64. This is life

1.9K 99 9
                                    

" Sayang, you tak rasa ke I nampak lagi cantik and ayu kalau pakai dress warna putih ni? " soal suara itu, Aryan yang baru ingin menjamah nasi lemak sebagai sarapannya menghentak kasar sudu dan garpu.

Prang!

Kasar. Cukup kasar sehinggakan pembantu rumah agam itu, Mak Ina dan Kak Piya terhenti daripada melakukan kerja mereka. Masing-masing terkedu dengan Aryan yang tiba-tiba menghentak sudunya. Rengusan kasar kedengaran kuat. Tajam mata Aryan memerhati langau yang menyemakkan matanya di pagi hari sebegini.

" Kau pakai warna putih pun kalau hati kau hitam tak guna jugak. Tetap nampak buruk dekat mata aku. Berambus sekarang. " keras amaran yang keluar daripada mulut Aryan, lelaki itu meneguk kasar air Coke di dalam gelasnya.

" Sayang... tak baik tau cakap macam tu dekat I. I will be your fiance soon okey, treat- "

" Berambus, jangan kacau aku nak breakfast. Just in case kau tak tahu mana pintu keluar, aku boleh tunjukkan. " pintas Aryan tanpa nada, suaranya dingin. Benci dan menyampah.

Sudahlah semalam dia sibuk dengan pembinaan kolam dalam bangunan hotel mereka itu sehingga dua tiga pagi dia berjaga meneliti setiap hasil kerja yang sudah dijalankan. Pagi-pagi ini dia mahu bersarapan dengan tenang sebelum berehat pada tengah hari. Qada balik tidurnya yang agak tunggang-langgang kebelakangan ini.

Tapi, pagi-pagi lagi ulat bulu ini sudah terpacak di dalam rumahnya. Datin Celina pula entah menghilang kemana, dia cukup benci betul melihat Emilie yang seperti ulat bulu terlebih bulu itu. Menyakitkan hati! Tengoklah, pagi-pagi lagi sudah pakai dress tanpa lengan yang mendedahkan bahu dan seluruh kawasan kolarnya.

Kalau perempuan itu tunduk, Aryan jamin mesti nampak punya lurah dada gadis itu. Apa dia tak ada sedikit rasa malu kah? Berpakaian macam tak ada agama. Aryan meneruskan suapan selepas tiada lagi bunyi yang datang daripada perempuan bernama Tengku Emilie Tengku Hasnan itu.

Nama Emilie, muka jawa. Macam bodoh.

Rungut Aryan dalam hati. Dia menunduk, menghadap nasi lemaknya yang masih berbaki. Daripada dia angkat muka terbuat maksiat mata, baik dia tenung je kacang goreng dalam pinggan dia. Alang-alang tu bolehlah dia kira berapa ekor ikan bilis dalam cedokan sambal yang diambil.

Biarlah, asal dia tak sakit mata.

Menyampah dan menyemak. Pagi-pagi dah buat dia hilang mood. Yang mom pun benarkan perempuan ni masuk buat apa entah. Macam tak ada rumah sendiri. Rungut Aryan lagi, bukan apa. Lenguh pulak badan dia menunduk sahaja menghadap nasi lemak ini. Maklumlah, bermasalah jugak jadi orang tinggi ni. Kena bend badan. Lenguh.

" Cakaplah apa you nak cakap, I'm gonna marry you no matter what happens Aryan Zachary. " balas Emilie, dia tersenyum mengejek. Melabuhkan duduk betul-betul disebelah Aryan.

" You ingat you layan I kasar macam ni I akan menyerah kalah? No Aryan, no until I get you as my husband! Mark my words baby.. "

Prang!

Aryan bangun, tak apa kau tak nak berambus. Biar aku yang berambus!

" Bullshit. " carut Aryan kasar.

Habis berkecai gelas berisi air Coke itu tadi ditolak Aryan, tak juga lupa yang dress Emilie juga basah di bahagia paha kerana tolakan kasar Aryan tadi. Pinggan nasi lelaki itu juga ditinggalkan begitu sahaja, bersama hentakan sudu yang kuat. Lelaki itu bergerak pantas naik ke tingkat atas.

" Argh Aryan! " Emilie bangun kerana dressnya yang sudah lencun dan melekit ditumpahi air bergas itu. Mak Ina dan Kak Piya hanya diam. Tak tahu mahu berbuat apa, dengan anak majikan mereka Encik Aryan itu jangan dibuat main.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now