51. They are so cute

2K 103 24
                                    

Hampir berjam perjalanannya merentas ratusan kilometer akhirnya dia sampai di rumah itu. Honda Civic miliknya diberhentikan, nafas dilepas berat memandang kawasan rumah itu sunyi sepi. Ayah ada dekat rumah ke tak ni? Batrisha mematikan enjin, membuka pintu kereta dan melangkah keluar daripada perut Civic itu.

Tudung bawal yang dipakainya diperbetulkan, dia baru sahaja selesai menziarahi kubur arwah ibu dan adiknya. Dia melangkah mendekati kawasan rumah milik Encik Rayden, ayah kandungnya. Namun belum sempat pintu rumah itu diketuk tiba-tiba bahunya disentuh.

" Kakak? "

" Ayah.. " tak semena-mena tubuh tua itu dipeluk erat, kakinya lemah. Encik Rayden terkejut bila tubuhnya diterpa sebegitu.

Batrisha? Dia bagaikan sudah rebah, kaki yang melangkah kukuh tadi bagai sudah lemah. Kekuatan diri yang disimpan sekian lama bagai sudah hilang, dia benar-benar sudah jatuh tersungkur kali ini. Esakan tangis kedengaran, menangis di bahu ayah sendiri. Segala peristiwa silam mereka kembali bermain di mindanya.

Bermula dengan penceraian ibu dan ayah yang membawa mereka kepada detik permulaan dimana terseksa hidup bersama lelaki bernama Rashid itu. Hidup mereka kelam semenjak itu, banyak yang Batrisha tak tahu kerana dia sudah menetap di asrama ketika itu. Hanya ada along, ibu dan adik di rumah. Along sentiasa disepak terajang, ibu sering kali diberi penampar dan adik.. hilang maruah diri.

Mula-mula hanya perkara ringan sahaja namun selepas along dihalau keluar dari rumah itu, lelaki itu makin galak memperkosa adiknya. Ibu? Setiap kali cuba mempertahankan adik, pasti sahaja wajah ibu dilayangkan penampar. Disepak terajang itu perkara biasa sampailah satu hari ibu dipukul kerana tak mampu memberi lelaki itu duit.

Ibu, dipaksa menjadi pelacur. Melayan lelaki lain di rumah sendiri atas desakan suami sendiri. Celaka! Dan yang paling menyakitkan hati apabila ibu hanya berdiam diri, dia tahu semua itu semasa arwah adiknya masih hidup. Nurin Harisha yang memberitahu apa yang terjadi, tubuh adiknya penuh lebam dan kesan-kesan jijik, tak mampu diungkap.

Memang, memang dia ada cuba buat laporan polis tapi siapa yang mahu percaya budak berusia 16 tahun ketika itu? Dan lelaki bangsat itu juga turut mengugut jika melaporkan hal ini pada pihak berkuasa, dia akan menjual rumah pusaka ibu dan menghalau mereka satu keluar berambus dari sini.

Jadi dia sebagai remaja 16 tahun mampu buat apa? Hanya mampu melihat ibu dan adik sendiri menjadi mangsa keganasan seksual. Ada satu hari, dia juga hampir menjadi mangsa nafsu serakah lelaki itu namun sempat melarikan diri, bergegas pulang ke asrama. Along? Along berhenti belajar dan mula bekerja. Hasil duit kerja itu akan dihulurkan pada dia di asrama.

Dia pernah minta tolong atuknya, atau lebih tepat lagi Tengku Razman. Keluar outing pada hujung minggu, dia bergegas ke syarikat gah itu namun ketika itu syarikat itu masih biasa sahaja. Belum lagi gah dan terkenal seperti sekarang namun sekelip mata sahaja menjadi megah kerana kewibawaan Tengku Razman.

Dia melutut, merayu, meminta sepenuh hati agar atuknya menolong mereka sekeluarga untuk keluar daripada neraka dunia ini namun apa yang dia dapat? Ya, wajahnya diludah. Dia ingat dengan jelas macam mana tubuhnya dihumban keluar oleh sekuriti dalam syarikat itu. Di halau dan disepak macam kucing kurap.

Bukan sekali tapi tiga kali dia merayu macam orang tak ada maruah dan balasannya pastilah makian dan dihalau keluar. Perkahwinan yang berlaku antara ayah dan ibu tak mendapat restu keluarga ayah sebab katanya ibu tak setaraf dengan mereka yang memegang gelaran tengku. Dan disebabkan ayah berdegil berkahwin juga dengan ibu, ayah dibuang kerabat.

Nama tengku pada pangkal nama ayah diharamkan lagi, entah macam tu lah rasanya. Sebab itulah nama dia hanya Nurin Batrisha, kalau dalam kad pengenalan pun hanya Nurin Batrisha dan dia tak hamak pun nak memegang gelaran itu. Dia, along dan adik dikatakan darah haram sebab perkahwinan ayah dan ibu.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now