30. Hurm good

2K 114 7
                                    

" You nak tahu satu benda? " soal Batrisha cuba berdalih selepas hampir 15 minit mereka berdiam diri. Ini semua angkara kawan-kawannya yang tak guna itulah, ada ke patut suruh dia bersemut-semut dengan Kash ni? Suruh panggil sayanglah? Abang? I-you segala? Lepas tu siapkan batu apikan Kash lagi, suruh Kash buat silent treatment dengannya sampailah dia cakap I-you dengan lelaki tu! Ish!

" Susah sangat ke nak faham? " balas Kash tiba-tiba, dia berhenti lalu menoleh belakang ke arah Batrisha yang sudah berdiri kaku. Anak mata gadis itu diselami, sedalam mungkin.

Renungan redup daripada Kash sedikit sebanyak menimbulkan mainan rasa dalam hati batu milik Batrisha. Tapi dia tak mudah goyah, pantas matanya dipanah kembali ke dalam anak mata Kash. Melawan rasa itu.

" Susah ke you nak faham yang I date you not just for fun. Susah sangat ke nak percaya? " keluhan berat dilepaskan, jelas Kash benar-benar maksudkannya tapi Batrisha? Dia tahu apa?

" Susah, memang susah. "

Sekali lagi mata mereka bertemu, hanya memandang satu sama lain tanpa sebarang bicara. Bunyi keluhan kedengaran, dan kali ini bukannya datang dari bibir sang jejaka namun dari si gadis. Wajahnya berkerut.

" Okay let's make it clear. I'm a bad girl Kash, really bad sampai you tak terfikir apa yang I mampu buat. I bagi you peluang untuk jauhkan diri dari I sekarang. " beritahu Batrisha jujur, aku bagi kau peluang terakhir Kash. Buat pilihan sebaik mungkin.

" Nope, I'm not gonna do that. I don't mind, macam yang I cakap I'm not dating someone for fun Nurin Batrisha.  " balas Kash, masih lagi memaku bebola matanya pada wajah itu. Ya, dia akui gadis itu tak adalah teruk mana? Kan?

" I dah bagi peluang Kash, lepas ni jangan harap you boleh lari dari I. " Batrisha tertawa kecil lalu selamba menapak selangkah ke hadapan membuatkan dirinya begitu rapat dengan tubuh lelaki itu.

" Let's be a friends? " bisik si gadis perlahan sebelum dia berlari pantas melintas ke hadapan dengan senyuman penuh makna tersungging di bibir. Kash terpana dan tanpa disedari wajahnya bahang memerah. Tangan dibawa mengusap belakang leher.

Batrisha di hadapan tersenyum.

' You silap orang ni Kash. '

Kash melajukan gerak kakinya, kembali membawa langkah seiring dengan gadis itu. Dari sisi dia memandang wajah itu. Kash senyum tipis.

" Wanna know something? "

" What? "

" I like the way you comfort Yaya, the way you layan Yaya, the way you tarik attention dia. " Kash hanya melirik gadis itu.

" Banyak lagi pasal I yang you tak tahu Kash, banyak sangat jadi tak perlulah ambil hati atau puji. I jaga Yaya sementara I tak busy lagipun you cakap just for one month. We have another less than two weeks before your parents balik sini.  " balas Batrisha bernada sarkastik, moodnya berubah. Setiap detik dengan Kash buatkan mood dia sentiasa berubah setiap masa.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now