10. Perjanjian termeterai

2.9K 143 2
                                    

Khairunnisa bersendirian di laman belakang, memandang lantai rumput yang disuluhi cahaya bulan. Dia serabut, betul-betul serabut. Dengan hal pertunangannya, dengan Farrah dan Fasha yang melancarkan perang dingin dengannya. Ya, dia akui itu salahnya merahsiakan hal pertunangan ini walhal mereka sebenarnya sangat rapat seperti sebuah keluarga.

Keluhan berat sesekali terluah, buntu dengan apa yang berlaku. Apa pula kata ahli keluarganya tentang kes putus tunang ini? Khairunnisa memicit pelipis, saat ini dia rasa mahu sahaja ghaib dari dunia ini biarkan masalah dia hilang sementara waktu sebelum kembali. Sejak Fasha tahu akan halnya di tangaa itu, gadis itu terus pergi meninggalkannya. Batrisha pula entah ke mana.

Nasib baiklah Nadim berbaik hati ingin menghantarnya pulang selepas dia membuat keputusan untuk mengambil EL hari ini. Pulang sahaja, dia terus menyimpan barang-barang yang dibeli dan mula memasak untuk pertama kalinya hehehe tapi lauk yang dimasaknya langsung tak disentuh oleh Fasha dan Farrah. Menonong sahaja naik ke bilik Double F itu tadi.

Kari ayam dan sotong goreng tepung serta sup sayur itu langsung tak terusik, puas dia memujuk mereka namun hingga sekarang tidak keluar dari bilik alih-alih dia jamah seorang diri sahaja makanan itu.

" Bargh! "

" Oh mak arghh!!! " Batrisha ketawa melihat reaksi Khairunnisa yang benar-benar terkejut itu.

" Kau ni, kalau aku mati mampos kau aku hantar santau haa. " lengan Batrisha dicubit namun gadis itu masih ketawa mengekek sambil tangan sibuk menyinsing lengan baju kemeja hitam yang dipakai.

" Kau pergi mana hah? " soal Khairunnisa, ah nasib baik Batrisha tidak tahu akan hal ini kalau tak pasti sudah mati kutu sendiri.

" Aku? Buat apa lagi, cari kerjalah. " bohong Batrisha melabuhkan duduk di atas buaian sebelah Khairunnisa.

" Kau ni lulusan apa eh? Sejak menghilangkan diri lepas habis Matriks tu kau sambung study apa? " soal Khairunnisa, dia kurang bercerita rapat dengan gadis itu lagipun baginya Batrisha ini jenis yang tak boleh dipercayai kadang tu.

Habis tu persahabatan mereka ini terjalin atas dasar apa?

" Aku sambung business, tak mampulah nak sambung medic macam kau, sakit kepala. " balasnya perlahan, masing-masing diam melayan perasaan.

" Korang tak berbaik lagi? " soal Batrisha selepas hampir lima minit mendiamkan diri. Kharunnisa sudah mengerutkan dahi, jadi kalau Batrisha dah tahu kenapa masih mahu bercakap dengannya.

" Macam mana kau tahu kitorang gaduh? " Kharunnisa memandang wajah itu pelik.

" Fasha yang cakap. Kau dah tunang lebih lima tahun, kan? " soalan berbalas soalan, tangan diseluk ke dalam poket seluar jeans denim yang dipakai.

" Habis tu kau tak benci aku? " tanya Khairunnisa pula, Batrisha ketawa kecil.

" Benci? Asal pulak? Aku percaya kau ada alasan yang kukuh kenapa kau tak bagitahu kitorang. Aku okey. " jelas Batrisha dengan senyuman menghiasi wajahnya.

Alah Khai, dalam mimpi aku, kau yang marah kitorang sebab kitorang berkomplot dan belakangkan kau dalam kes pembunuh misteri itu, kali ini keadaan bertukar pula ya! Getus Batrisha dalam diam.

" Seriously? Kau tak marah? "

" Ye tak, aku nak tanya ni. Patut ke aku ambik job yang aku tak pandai buat tapi gaji dia lumayan. Patut ke? " wajah itu bertukar serius, Batrisha memandang dada langit yang gelap tanpa bintang mahupun bulan. Nak hujan ke?

" Ikutlah, lagipun nanti kau belajar jugak cara dia so slow-slow kau akan tahu and sekarang ni susah nak dapat kerja dengan gaji yang lumayan. Kenapa? Kau ambil job marketing ke? Company mana? " Khairunnisa menyoal sambil mata tertunak pada si rakan yang tiba-tiba mengeluh.

" Bukan marketing. " nafi Batrisha, mengeluh lagi.

" Habis tu? Kau ambik job apa? "

" Tak ambik lagi, aku tengah fikir. "

" Taulah tapi job apa?  Kau jangan buat suspens hanat! Kau nak jadi pengedar dadah ke? Jual organ? Ke wo wo jangan cakap kau nak jadi kongsi gelap? "

Buk!

" Sakitlah gila!

" Tahu pun, jangan merepek boleh tak? Aku ni walaupun jahil tapi tak adalah sampai bodoh macam tu, sia-sia je aku masuk dalam kalau kantoi. Otak tu pakailah sikit! " marah Batrisha usai menghadiahkan lukuan tepat pada kepala Khairunnisa.

"  Kau yang buat suspens lepas tu salahkan aku bila fikir bukan-bukan. Hah kerja apa sebenarnya ni? "

" Babysitter. "

" What!? "




" Tak lama pun, sampai tok mommy Yaya balik je lepas tu kau dah boleh berhenti kerja. " Kash bersandar pada kerusi di dalam McDonald's itu memandang Batrisha yang sibuk menikmati Prosperity Beef Burger. Perempuan ni kalau aku hempuk pakai dulang ni best jugak ni, orang tengah cakap, dia boleh selamba melantak macam tak makan setahun.

Niat mahu mengenakan gadis ini alih-alih dia yang terkena, dia hanya main-main sahaja ingin menjadikan Batrisha babysitter pada Yaya namun Yaya benar-benar mahu kakak Oreo menjadi babysitternya sehingga mahu merajuk dengan Kash jika kakak Oreo tidak menjadi babysitternya. Itu satu hal, yang gadis ini pulak banyak sahaja point dia nak kikis duit orang.

Sudahlah diminta RM5000 ringgit sebulan sekiranya mahu menjadikan dia babysitter kepada Yaya, sampaikan McDonald's yang dia makan itu pun Kash yang bayarkan. Tadi baru sahaja habiskan satu set Big Mac, sekarang ni melantak Prosperity pulak. Dia bela hantu raya ke apa?

" Hurm, tapi aku tak reti jaga budak-budak. Pernah ada seorang budak, aku tertumbuk sebab menangis kuat sangat. Kau tak takut aku tertampar Yaya ke apa ke? Tak takut ke? Aku kan tak baik.. " sarkastik sahaja balasan Batrisha kemudian tanpa rasa malu, dia sendawa kuat sambil memegang perutnya. Ya Allah perempuan ni!

Kash menjeling.

" Rileks, kau pun pernah sendawa kan. " selamba badak, badak pun tak selamba dan tak macam ni! Badak pun tahu malu!

" Haih, kau tak ada pilihan. Kau kena jadi babysitter Yaya jugak, dia nak sangat kakak Oreo dia ni. " balas Kash dingin, menyampah sebenarnya dengan gadis itu. Tak senonoh!

" Bagilah aku fikir dulu, kalau kau setuju pasal gaji baru aku on kalau tak tunggulah aku fikir dulu. " seronok Batrisha rasa saat ini, padanlah muka kau! Niat dia mahu mengenakan lelaki ini dengan meminta bayaran sebanyak RM5000 sebulan. Jadi babysitter je weh minta sampai 5k, memang patutlah kawan tu bengang!

Wajah lelaki itu sudah tegang. Tak masuk akal ya 5k untuk jadi pengasuh!

" Fine, 5k will be yours. "

" Okey aku on. "

" But.. "

" Apa lagi kau ni? " curly fries dikunyah-kunyah sambil memandang Kash tajam. Lelaki itu tersenyum senget.

" Kita kena sign agreement dulu. Win win situation right? " sinis Kash menuturkan kata dengan senyuman senget menghiasi bibir.

" Okey, aku tak ada hal as long as aku dapat 5k tu. " balas Batrisha selamba walhal sebenarnya dia juga ada perancangan sendiri. Ingat senang-senang sahaja dia biarkan dirinya diperbodohkan oleh Kash? Lelaki licik ini pasti tak lepaskan peluang mahu mengenakannya.

" Deal? "

" Okey deal. "

Kau tak ada masalah, pergi cari masalah tu kenapa Batrisha?

Love , Cik BabysitterOn viuen les histories. Descobreix ara