82. Bodoh, aku suka kaulah.

2.6K 136 15
                                    

Hari demi hari berlalu mengikut arus masa yang terlalu misteri. Pastinya Batrisha sudah kembali menjadi babysitter tak bergaji, pembantu rumah tak berpengalaman dan jururawat tak bertauliah kepada keluarga kecil Kash semuanya demi sebuah kemaafan daripada lelaki itu walaupun dia rasa sukar dan mustahil.

Egonya yang dijunjung tinggi dahulu terpaksa direndahkan dengan frekuensi yang terlalu rendah, semuanya demi mendapat kemaafan lelaki itu. Personalitinya yang sentiasa baran dan cepat marah terpaksa dikawal. Mesti semua orang pelik kenapa dia terlalu beria memohon maaf daripada lelaki tu tapi dia punya sebab sendiri.

Mustahillah kalau ditanya dia tak rasa nak give up ke terlalu beria untuk lelaki yang sentiasa beku sahaja itu. Kalau dia masih Batrisha setahun yang dulu, sudah pastinya dia dah lama angkat kaki blah dari situ sebab dia peduli apa. Kalau orang tak sudi, dia seribu kali tak hendak tapi sebab dia Batrisha yang sekarang jadi dia terpaksa bertahan.

Semua sebab janji yang telah ditabur pada Puan Suhaila dan sebab diri sendiri yang rela. Rela menyakitkan hati sendiri. Tak kelakar weh tolong crush yang bersedih atas kehilangan si isteri. Koyak teruk hati dia setiap kali terpandang gambar kahwin mereka.

Sudah dua bulan lebih dia menjadi sukarelawan tak bertauliah di sini tapi Kash masih tetap sama cumanya tak seagresif seperti dahulu, masih boleh bertolak ansur dan mendengar kata. Yaya? Dah kalau namanya anak lelaki itu, pastilah beku seperti papanya juga namun Yaya juga lebih banyak mendiamkan diri dan tak sekasar dahulu. Tapi tetap, hatinya rindukan Yaya yang dulu.

Dulu dia tak sukakan Yaya sebab si comel itu terlalu manja haha sekarang what comes around goes around. Yaya pula tak sukakan dia sebab terlalu mencuba mendekati gadis comel itu. Pasti sahaja ada cara Yaya untuk mengelak daripadanya. Terasa? Ah, dia dah biasa. Setakat nak tepis rasa terguris dan tersinggung itu, petik jari je.

" Aku dah siap sidai baju, lauk dalam bekas tu semua dah masuk dalam fridge. Plaster dekat dahi kau tu jangan lupa tukar sebelum tidur nanti. " beritahu Batrisha sambil memperbetulkan kedudukan tudung bawal miliknya. Imagine pakai tudung straight dari pukul 8.30 pagi sampai 9.30 malam? Haih.

" Kau tak nak tolong tukarkan? " soal Kash yang sedang memandang skrin Iphone itu tak bernada. Batrisha mengangkat kening.

" Kau kan tak suka aku buatkan. Buatlah sendiri, tak apa darah luka kau dah kering cuma still kena tutup takut kuman. Cabut plaster tu slow-slow lepas tu sapu krim and tampal yang baru. Jangan lupa tau, sebelum tidur. " balas Batrisha masih lagi berdiri di cermin besar yang terletak di ruang hallway antara ruang tamu dan pintu keluar.

" Malas. "

Batrisha melepaskan keluhan. Lengan tshirt hitam bercorak kepala Elmo merah dilipat sambil menjalan mendekati Kash. Gaya macam gengster nak tumbuk orang dah dia ni huh tapi boong, gengster tak pakai baju Elmo okey. Gengster tahi kucing.

" Baik kau get ready sebelum kulit dahi kau tertanggal, aku nak tukar plaster ni. Kalau kena infection ke apa ke baru ada akal, orang pesan tu buat jelah. Ada jugak kena baling dengan kasut ni kang. " omel Batrisha sendiri lalu mencapai plastik kapas dan plaster milik lelaki itu. Tak sedar yang Kash sedang simpan senyum di sebalik iPhone X yang dipegang lelaki itu.

" Cepatlah, aku nak balik. Dah nak dekat pukul 10 ni karang kau marah pulak. " ujar Batrisha sebelum selamba melabuhkan duduk di sebelah lelaki itu. Kash hanya memalingkan wajahnya ke arah gadis itu.

" Luka kau ni dalam jugak tapi darah dah kering so still kena cuci and ganti plaster selalu. " ujar Batrisha mencabut perlahan-lahan plaster empat segi tepat yang berada di dahi kiri Kash itu.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now