58. Happier than before

2K 107 11
                                    

" Hello! "

" Kon'nichiwa! "

Batrisha ketawa melihat Farrah yang tertunduk-tunduk mengucap selamat pada penjaga kaunter tiket itu.

" Rilek bodoh. " tegur Batrisha, Farrah terpinga-pinga.

Furutsu Sando yang berada dalam tangan Farrah dihulurkan pada Batrisha.

" Jom duduk sana sia, penat bodoh pusing tempat ni. Kita dah masuk macam-macam. " rungut Farrah sebelum membawa langkah ke bangku berdekatan.

Betullah Aryan cakap dulu, perempuan ni pandai main Uno je. Diorang baru je jalan dalam Universal Studios Tokyo ini sekitar dua jam setengah pun dah penat ke? Batrisha menggeleng, dah macam bawak anak saudara dia pulak. Tapi tak dinafikan yang mereka memang dah lakukan macam-macam aktiviti yang berada disini. Digagahkan juga kaki menapak mendekati Farrah yang sedang meneguk air mineral itu.

" Taman tema ini seluas 54 hektar iaitu bersamaan dengan 130 ekar. Kawasan kesepuluh, The Wizarding World of Harry Potter, dibuka pada 15 Julai 2014 dengan tarikan utamanya, Harry Potter and The Forbidden Journey . Kawasan ini dimodelkan pada daerah dengan nama yang sama di Universal Orlando dan Universal Studios Hollywood. "

Farrah tayang wajah toya. Dia dah mula dah Bat ni!

" Namun terdapat juga tarikan yang tidak ada di Amerika Syarikat dan unik untuk Universal Studios Jepun, seperti Black Lake dan Hogwarts Express Photo Op. "

" Dah kau diam boleh tak, dah macam tourist guide dah. Aku nak menikmati udara sejuk ni pun tak senang. " rungut Farrah, Batrisha sengih. Nak buat macam mana, dia bosan baik dia baca pamplet yang diberi tadi.

" Kalau ikut maps, lepas ni kita naik train Harry Potter. Apatah nama station dia, Hogsmeade kot. " beritahu Batrisha, Farrah angguk mengiyakan. Langkah diatur menjauhi Farrah sedikit, dia mahu membuang botol mineral yang sudah kosong miliknya itu ke dalam tong sampah di hujung sana.

" Kon'nichiwa! " sapa seorang pemuda. Farrah yang sedang menunduk itu mengangkat wajah. Batrisha menoleh, melihat pemuda itu dari jauh mendekati Farrah.

" Kon'nichiwa. " balas Farrah agak kekok melihat pemuda bermata sepet itu. Batrisha dari jauh menahan ketawa melihat wajah gelabah Farrah. Bodoh kelakar siot! Mana doktor F yang garang sangat tu?

" Anata wa kankōkyakudesu ka? " soal pemuda itu, tergamam Farrah sendiri. Apa yang dia cakap ni? Batrisha yang sudah hampir namun sengaja berdiri jauh sedikit ketawa kecil.

Woi Paah, dia tanya hang tourist ka.

Mahu sahaja dijerit pada rakannya itu tapi Batrisha sengaja, sengaja mahu melihat sejauh mana lelaki itu cuba mengenakan Farrah. Bodohlah dia ni kacau kawan aku!

" Err I can't understand what are you talking about. Can you speak in English? " balas Farrah dengan tersekat-sekat. Dia gelabah.

" Nihongo o shitte imasu ka? " soal lelaki itu lagi, kali ini Farrah sudah mahu tepuk dahi. Batrisha dihujung sana sudah ketawa namun dalam silent mode, hanya kelihatan gadis itu menekan perut.

Kali ini lelaki itu menyoal jika Farrah tahu bahasa Jepun namun Farrah yang hilang kosa kata hanya menayang wajah pelik.

" Onamaehanandesuka? " soal lelaki itu lagi dengan wajah tak bersalah dan sentiasa tersenyum sambil menghantar isyarat pada Batrisha yang berada jauh sedikit daripada Farrah. Lelaki itu bertanyakan nama Farrah sebenarnya.

" Duhh dia ni aku tak faham siot, tanya apa lagi masya Allah. " rungut Farrah sedikit kuat, alah bukannya lelaki itu tahu pun. Namun pemuda itu sudah mengembungkan pipi, faham dengan rungutan Farrah.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now