12. Last offer?

2.7K 142 6
                                    

Kletang kletung!

Awal pagi Isnin itu, dapur rumah mereka sudah riuh dengan bunyi sudu berlaga dengan teko kaca. Kelihatan Batrisha sedang sibuk mengacau sesuatu di dalam teko. Usai sahaja solat subuh, terus dia ke dapur menyediakan sarapan bekal buat anak bos. Maklumlah first day mestilah kena nampak poyo sikit, bajet bagus sangat!

" Fulamak, sejak bila kau jadi perempuan ni? " muncul Fasha di ruang dapur lengkap memakai kemeja putih dan kot serta slek bercorak flora, memang gaya orang-orang korporat sangat ya!

" Aku malas nak tunjuk skil. " balas Batrisha, dia menutup suis cerek elektrik sebelum memasukkan sesuatu ke dalam bekas.

" Roti je? Punyalah bising dapur ni sampai ke atas dengar, kau bakar roti sapu Nutella je? " Fasha menggelengkan kepala, punyalah dia semangat lompat turun ke bawah lepas dengar bunyi sudu bertemu kaca.

" Kau pun tahu aku terer masak megi dengan air je. " tenang Batrisha membalas gaya tak berdosa langsung. Alah dia peduli apa?

" Air teh ni weh? Aku kena tuang ke? " soal Fasha selesai melabuhkan duduk, teko berisi teh itu ditarik mendekatinya.

" Ha itu kau tuanglah sendiri, kalau yang tu pun nak suruh aku, baik aku patahkan je tangan tulang kau tu. " balas Batrisha bergurau kasar, Fasha tersengih-sengih. Ambik kau kena sebijik!

" Wau, apa riuh semacam ni? Bapak rajin duh, siapa bakar roti bagai ni?  " Farrah yang baru muncul di ruang makan terus melabuhkan duduk di sebelah Fasha.

" Bat ni ha, almaklumlah member dah nak jadi babysitter berjaya sekarang! " ujar Fasha menyindir, Batrisha hanya tersenyum nipis.

" Fuyo rajin ye sis, selalu aku nak pergi hospital pun kau masih syahid dalam bilik tu. Bangun subuh pun tak ikhlas. Hari ni kau first day eh? " perli Farrah pula lalu mencapai sekeping roti bakar, penutup Nutella dibuka. Di atas meja itu hanya ada kepingan roti bakar, botol jem pelbagai perisa, seteko air teh dan kotak Feel Fresh Epal.

" Ha dah dahlah tu sindir aku, aku ni selalu tidur lambat itu yang kadang syahid terlebih masa. Ni nasi lemak dengan kuih, aku pergi beli dekat gerai masuk simpang taman ni. Makanlah dulu. " plastik hijau berisi bungkusan nasi lemak dan kuih-muih itu diletakkan di atas meja.

" Peh kau bangun pukul berapa hari ni? Semangat betul ya nak jaga anak orang. " Fasha menjeling sekilas Batrisha yang hanya tersenyum nipis.

" Aku tak tidur semalam, tengok Fabricated City lepas tu leka baca No Smart Kids Allowed sedar-sedar je dah pukul 4:30 pagi. " balas Batrisha cukup selamba, tak langsung nampak tanda-tanda dia mengantuk.

" Gila la kau ni, tidur lambat ni boleh mati cepat tahu tak? " gertak Farrah dengan wajah serius.  Paku dulang paku serpih, mengata orang, dia pun sama je. Siapa yang layan My Man From Hell sampai ke pagi? Batrisha hanya menayang wajah tanpa riak. I don't give a damn bij.

Batrisha terus menuju ke bilik, nak pakai baju apa ni? Baju kurung? Alah dia bukan nak pergi interview kerja! T-shirt? Tak nampak macam sempoi sangat ke? Hoodie? Hari ni panas, lencun aku nanti pakai hoodie ni. Habis diselak baju dia dalam almari. Setelah hampir seminit 50 saat berdiri di hadapan almari, akhirnya sehelai kemeja loose berwarna maroon dicapai bersama skinny jeans hitam.

" Hurm tibai jelah. Mana aku tahu babysitter selalu pakai apa, asal tak bogel sudah. " omel Batrisha sendirian sebelum menukar pakaian.

Usai menukar pakaian dan menyarung tudung, beg galas hitam dicapai sebelum melompat turun ke bawah. Tak disangka rupanya berlaku drama sebabak di ruang bawah.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now