Epilog 2.0

4.7K 182 61
                                    

cerita ni dah penuh drama, jadi epilog dia pun dramalah. dah mcm crita sweet dreams jadi dengan ini daku umumkan yang Love, Cik Babysitter ada dua ending. Ni ending kedua. Korang pilihlah nak ending yang mana hehew. Yg dah nangis ending lepas, sedut balik skrg sbb daku jamin ini ending yg korang nak kan. Yg berharap ada miracle, disini saya tunaikan harapan anda sjsj. Happy reading! Hehehew

+++

Setahun berlalu.

Kematian, pastinya menggerunkan kan? Saat roh dicabut daripada badan, dalam keadaan bingung sendiri. Kematian, sesuatu yang menakutkan tetapi manusia sekarang takutnya hanya dibibir, perubahan? Tak berlaku pun. Sesuatu yang pasti. Yang menjadi persoalan bila agak sampai janji Allah membawa kita pulang? Mungkin janji Allah di sana lebih manis didunia ini, mungkin.

Kata orang, tak usah takut mati kerana mati itu seperti berpindah rumah, permulaan di tempat baharu. Dunia ditinggalkan, pindah ke Akhirat. Sama sahaja seperti itu. Yang ditakutkan hanya barang-barang yang dibawa ke rumah itu, barang yang elok ataupun sudah rosak? Sama sahaja dengan bekalan yang dibawa ke akhirat. Bawa yang baik? Atau yang buruk?

Jika ingin kematian yang baik, maka ketaatan terhadapNya haruslah dijaga setiap detik. Kerana tak ada satupun makhluk yang tahu bila mereka akan 'berpindah'. Dunia ini hanyalah singgahsana sebelum berpindah ke akhirat. Sama macam free trial. Rehearsel sebelum ke akhirat. Yang berbezanya cara setiap orang memanfaatkannya.

Aturan Allah itu tak ada tolok tandingnya, kalau sudah dikata pergi pasti juga pergi. Namun keajaiban Allah itu juga pasti.

Bagi dunia.. kita mungkin adalah seseorang yang ternama, diminati dan dikagumi. Hang pikiaq malaikat Izrail peduli ka? Ehem bagi malaikat maut,kita tidak lain hanyalah sebuah nama yang sudah ada dalam daftaran, menanti masa dibawa pergi. Hanyalah sebuah nama. Gelaran tengku, datuk mahupun raja sudah tiada gunanya. Tetap akan dikambus di dalam tanah yang sana.

Sebab itulah ada orang cakap, kita ini datangnya dari tanah, berjalan di atas tanah, kembali juga akan ke tanah jadi mengapa lagi perlu bersifat langit? Tak adanya sutera mahal, penthouse mewah tu pun tak ada, beg Gucci guccu tu apatah lagi. Yang cuma ada hanyalah jasad berbalut kain putih bersih bersama liang lahad yang muatnya hanya seorang.

Sesungguhnya kita semua adalah milik Allah, dan kepada-Nya lah kita semua pasti akan kembali. - (Q.S Al-Baqarah: 156)

" Dah setahun awak pergi. Saya doakan awak gembira di sana. " satu suara itu menutur memecah suasana sunyi di kawasan tanah perkuburan Islam itu.

" Kami datang nak lawat awak. Walaupun kita tak pernah kenal tapi saya percaya yang awak baik orangnya sebab tu Allah sayangkan awak dan bawa awak duduk dengan Dia dekat sana. " tutur suara itu lagi sambil tangan mengutip daun-daun kering yang mendarat di atas pusara itu.

" Selamat hari raya. " ujar suara itu lagi.

" Saya datang bawak suami dan anak awak Yaya tau. "

" Kami baca Yasin dulu eh. " ujar suara itu.

Setahun yang lepas, dia bertarung melawan sakitnya. Attar, Adam dan Kash datang mencarinya saat dia terlantar tak sedarkan diri kerana terlebih dos ubat yang ditelan hingga menyebabkan dia sesak nafas namun mujur ada jururawat yang baru sahaja melepasi wadnya perasan akan keadaan gawat yang berlaku. Terus bantuan penafasan diberikan.

Dia bertarung sendiri demi memulihkan kesihatan mentalnya, agar trauma dan mimpi hitam yang sering hadir hilang sedikit demi sedikit. Tak, dia belum lagi sembuh sepenuhnya sebab nak pulihkan kesihatan mental bukanlah mudah. Inipun dia sudah dapat maklum balas yang memuaskan daripada doktor. Doktor pun terkejut macam mana dia boleh recover dalam setahun sahaja walaupun tak sepenuhnya.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now