15. Banyaknye surprise!

2.6K 138 3
                                    

" Eh apahal gelap semacam ni? Diorang tak balik lagi ke....tapi kereta ada. " gerutu Khairunnisa seorang diri, dia ni tak adalah berani sangat lalu pantas suis lampu dipetik.

" Congratulations Medical Officer(MO) Khairunnisa Khayrin! " laungan kuat itu bergema dan kelihatan Batrisha, Farrah, Fasha dan tak lupa juga si kecil Yaya sedang berdiri sambil tersenyum ke arahnya. Sebiji kek di atas meja menarik perhatian. Khairunnisa terkesima.

" Welcome to the club! " Farrah tersenyum segaris.

" May Allah bless you kakak! "

" Bukan ke korang marah aku lagi? " soal Khairunnisa hairan lalu menapak perlahan ke arah mereka yang berdiri di belakang meja makan.

" It was a prank bro, kitorang sepakat nak wish congrats sebab kau dah officially MO sekarang. Well kitorang dah tahu sejak dulu lagi kau dah bertunang and as a friend kitorang fahamlah kalau kau tak nak cerita benda ni. " beritahu Farrah sambil ketawa lalu berjalan mendekati Kharunnisa. Bahu gadis itu dipaut mesra.

" Officially doktor gais, nahlah kek hang. Aku maleh pegang lama-lama! " sua Fasha padahal tadi kek tu dekat atas meja tak kacau dia pun, gatal nak pegang bagai.

" Awh aku patut nangis ke ni! Dahlah korang palau aku, tak aci betullah! " wajah Khairunnisa sudah memerah menatang sebiji kek Red Velvet. Dia ketawa.

" Congratulation sis.  " bahu Khairunnisa ditepuk Batrisha perlahan.

" Jom kita snap gambar! " ujar Fasha bersemangat melihat Polaroid Camera yang tergantung elok pada leher Batrisha.

Klik!

Klik!

Klik!

Klik!

" Macam mana korang tahu? " soal Khairunnisa saat selesai menangkap gambar, sebiji kek itu dipotong beberapa bahagian.

" Mak kau sendiri call aku, tapi aku tak boleh balik sebab tengah final exam masa tu. Aku email Farrah, dia pun dapat tahu daripada kakak kau. Diorang suruh kitorang rahsiakan semua ni daripada kau sebab Adrel tak bagi hebohkan pertunangan kau, kan? Kami diam je tapi kan, aku pelik juga. Kita lost contact terus dengan Bat tapi dia rilek je masa kitorang bagitahu yang kitorang dah tahu kau bertunang. Kau tahu ke Bat? " celah Fasha menjawab persoalan Khairunnisa dan kini semua mata tertumpu pada Batrisha yang sedang menyuap kek ke dalam mulut.

" Eh bukan ke kau yang bagitahu Bat? Malam tu Bat cakap yang kau bagitahu dia. " balas Khairunnisa pula. Masing-masing terarah pada wajah Batrisha yang beriak tenang sahaja.

" Hm? "

" Macam mana kau tahu? "

" Err kan korang kononnya gaduh? Lepas tu aku tahulah pasal tu. Pasal surprise Khai ni. " balas Batrisha dengan wajah selamba, dia hanya membalas pandangan curiga ketiga-tiga ahli Black Knight itu.

" Obviously, something fishy somewhere. " ujar Farrah mengecilkan mata memandang Batrisha.

" Betullah. "

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now