28. Tackle

2.2K 118 7
                                    

Khairunnisa keluar daripada bilik saat jam berdetik ke angka 12 tengah hari, dia mengikat rambut yang sudah panjang melebihi paras bahu. Hoodie ungu bercorak unicorn tersarung pada tubuhnya dengan sehelai seluar pendek separas pangkal paha namun ditutupi dengan kain batik yang dipakai. Mata yang terasa pedih digosok perlahan, moodnya memang sudah barai sejak berjumpa lelaki itu. Nadim.. sebaris nama itu meniti dibibir. 

Dia turun ke tingkat bawah, keadaan sunyi dan tak riuh macam selalu buat dia hairan. Ruang dapur dituju sebelum membuka pintu peti sejuk, sebotol air kosong dikeluarkan dan dicapai juga gelas yang tersusun di rak. Baru sahaja ingin meneguk air yang dituang, dia terpandang sticky note yang tertampal pada pintu peti sejuk itu.

Khai,
Tolong ambik Yaya masa papa dia datang hantar nanti, aku nak pergi beli barang kejap. Aku pergi tak lama, kejap je. Oh, tadi aku hantar baju pergi laundry, tolong sidaikan. Maseh.

Bat paling cool

Khairunnisa menjuihkan bibir, dia kemudiannya terus meneguk rakus air yang dituang tadi.

" Sidai baju, ambil Yaya hurm bolehlah. Lepas tu tunggu minah tu balik sebab aku nak sambung tidur. Hari cuti seperti ini tak patut dibazirkan. " gumam Khairunnisa sendiri, dia pergi ke bilik basuhan sebelum terlihat sebuah bakul berisi kain. Bakul itu diangkat ke depan.

" Mana tudung ni? "

" Sunyilah pulak, buka Era lah. " televisyen dihidupkan.

" Okey rancak sikit, lagu Mimpi bhai! " kata Khairunnisa menceriakan diri sendiri.

Sejak dari semalam dia tak keluar bilik, bila ditanya hanya alasan penat sahaja meniti di bibir walhal dia tak adalah penat mana pun cuma ya dia perlukan masa. Masa untuk lupa apa yang terjadi antaranya dengan Nadim dua hari lepas. Terserempak dengan lelaki itu pada malam itu membuatkan dia kelu sendiri.

Nadim tampak lain, tak bermaya dan sedikit kurus berbanding sebelum ni. Dia tertanya-tanya, apa sebenarnya berlaku pada lelaki itu? Sesuatu yang buruk terjadikah? Tapi apa?

" Ah malas fikir, sidai baju lagi baik! " hud dipakai menutupi kepala sebelum diikat talinya lalu dia mengangkat bakul menuju ke luar rumah.

Ampaian luar yang terletak di bawah pohon sebelah rumah mereka itu dituju, hanya ada keretanya sahaja di laman itu memandang Farrah sudah ke hospital, Fasha dengan klien dan mesyuarat dan Batrisha ke kedai membeli barang. Sejak dua menjak ni rumah itu dah jarang riuh, kalau bising pun hanya suara Batrisha dan Yaya sahaja itupun di siang hari.

Kalau malam pula, Farrah sibuk dengan buku medical miliknya. Fasha kadang-kadang masih lagi bekerja dan Batrisha akan duduk di dalam bilik menonton Netflix tak pun perempuan tu buat kerja sendiri. Dia pula, kadang-kadang akan study di ruang tamu bawah.

" Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa..... " Khairunnisa bersiul kecil, menyanyikan lagu raya dalam nada yang entah apa-apa.

Baju disidai satu persatu penuh cermat, jatuh baju-baju mahal diorang ni mati dia! Fasha tu punya kaya sampaikan duduk rumah pun pakai baju Gucci kot! Bukan fake okey! Farrah tu nampak je bodoh-bodoh buta fesyen tapi baju dari butik-butik weh!

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now