77. Pedih

2.2K 127 21
                                    

" Hai Yaya. " Batrisha mendekati meja makan yang menempatkan si comel itu. Yaya mengangkat wajah namun hanya seketika sebelum meneruskan kembali aktiviti melukisnya membuatkan Batrisha terkedu sendiri.

" Mommy dah tolong Mak Som masak, Yaya nak makan tak? Kita makan sekali nak tak? " soal Batrisha cuba memeriahkan suasana namun dia hanya dihadiahkan cengkerik. Krik..krik.. tak ada balasan.

" Cantiklah, dah improve eh skill mewarna? Cantik. Kemas. " puji Batrisha sengaja menarik perhatian Yaya namun masih lagi tiada balasan malah si kecil itu siap mengalihkan buku warnanya daripada menjadi tatapan mata gadis itu.

" Tak nak makan ke? "

" Boleh tak kakak jangan kacau? Be quiet. " balasan Yaya itu membuatkan Batrisha kelu sendiri.

Kakak? Oh okey. Jadi, Yaya pun nak boikot kakak? Yaya dah lupa kakak ke? Yaya benci kakak macam papa Yaya jugak ke?

Batrisha bangun, tersenyum kelat sebelum kembali menuju ke dapur. Mendekati wanita separuh abad yang sedang mengacau sesuatu di atas dapur gas itu.

" Diorang anak-beranak ni memang diet ke apa Mak Som? " soal Batrisha sarkastik, dia memandang lauk yang sedang menggelegak di dalam periuk itu.

" Kash memang macam tu, bila dia lapar baru dia turun sendiri. Yaya pulak tak boleh dibiar leka sangat mewarna, karang dia lupa makan semua. " balas Mak Som memotong daun kesum sebelum dimasukkan ke dalam periuk berisi asam pedas ikan pari itu. Batrisha terangguk-angguk sendiri.

" Tak apalah, orang pergi tengok Kash kejap. Tadi ketuk tak ada bunyi pun, hidup lagi ke tak tak tahulah. " balas Batrisha selamba sebelum mendapat tamparan lembut daripada Mak Som. Batrisha sengih. Rilek.

Tangga penthouse itu didaki satu-persatu, Batrisha memandang ruang sekeliling rumah itu. Cantik, semuanya dihiasi warna hitam dan putih. Kebanyakan perabot di dalam rumah ini berwarna hitam dan berlatarbelakangkan dinding putih. Dia tersenyum, rekaan dalaman yang sama seperti di kondonya cuma yang berbeza dinding kondo itu berwarna kelabu gelap.

Haah, maklumlah dia hidup dalam kegelapan. Itupun rumah yang Adam pernah sewakan padanya dahulu dan sekarang sudah menjadi rumahnya. Orang cakap buat investment untuk rumah ni berbaloi, yelah masa dia beli rumah tu baru beratus ribu. Sekarang ni dah dekat sejuta lebih dah untuk satu unit kondominium itu. Kalau dia jual balik hehehe sis kayo.

Langkah kakinya terhenti pada anak tangga kosong itu, tergantungnya sebuah bingkai gambar besar. Gambar Kash, Aliya dan Yaya di dalam satu bingkai memakai persalinan rona putih. Batrisha senyum melihat bingkai gambar itu, fahamlah dia yang itu gambar kahwin Kash dan isterinya. Dia menunduk sebentar sebelum kembali merenung bingkai gambar bersaiz gergasi yang tergantung di dinding tangga itu.

Wajah Kash tak berubah, tetap sama seperti dulu, si kecil Yaya juga kelihatan gembira sahaja di dalam gambar itu. Dan Aliya Nadhiah, isteri Kash kelihatan sangat cantik dalam busana baju kurung moden bermaterial satin itu. Sedang tertawa mesra di samping Kash dan Yaya. Batrisha senyum. Entah, dia tak tahulah sama ada dia ikhlas atau tidak dalam mengukir senyuman itu.

Yang pasti, ada sesuatu yang retak sendiri. Jauh di dalam sini.

Bingkai-bingkai gambar kecil di sebelah bingkai gergasi itu dipandang pula, sebuah cetakan nama.

Walimatuurus
Kash Aldrin ♡ Aliya Nadhiah

Batrisha senyum sebelum menundukkan wajah. Keluarga ini nampak bahagia. Senyuman Kash pada gambar di bingkai kecil itu nampak tersangat menawan seolah-olah kegembiraan di dalam dunia ini memang milik lelaki itu. Sekali lagi hatinya rasa tercarik sendiri sebelum perlahan dia menunduk, beristighfar dalam diam. Menghalau rasa iri hati yang datang bertandang.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now