29. Selambanya dia

2.1K 122 4
                                    

" Apa yang tak kena dengan proposal ni?! Explain this? Kenapa TG hantar balik design kita untuk Xaviera Residensi tu? " keras suara Kash menyoal, wajah putih bersih itu mulai merah. Nafas lelaki itu tak teratur menandakan dia benar-benar dalam amarah.

Terdiam semua arkitek di situ melihat wajah tegang ketua arkitek mereka , selalunya Kash lah yang paling cool setiap kali berdepan masalah tapi kali ini mereka tersilap percaturan. Tak kena gayanya boleh terbalik kerusi meja dalam bilik mesyuarat itu dikerjakan ketua arkitek syarikat gah ini. Semua tertunduk kecut perut.

" Bagi saya proposal tu! " pinta Kash kasar.

" Woah, TG hantar balik ketiga-tiga sekali drawing kita. Dan cuba terang dekat saya kenapa tender ni boleh terlepas dekat Kumpulan HR! Dan setahu saya, syarikat kita memang dah dealing dengan TG cuma tunggu masa sahaja nak sign agreement dan turun start project tapi kenapa last minute macam ni TG cancel tender ni dengan syarikat kita? Ada apa-apa yang saya tak tahu jadi ke selama ni!? " fail itu dicampak kasar ke atas meja bersama tiga paperwork. Terdiam semua di situ.

Dazrin, selaku setiausaha lelaki itu terdiam. Barisan arkitek di situ semuanya menunduk menekur lantai. Memang lelaki itu patut marah kerana mereka sudah sedia maklum bahawa dua daripada lukisan itu ialah hasil kerja keras lelaki itu sendiri.

" I need an explaination! " mendengar jerkahan ketua arkitek itu membuatkan arkitek terketar kepala lutut.

" Kami sedang siasat perkara ni Encik Kash. " balas Zaim gelisah.

" Mana Izam yang handle bahagian kontrak? " mencerlung mata Kash memandang tajam manusia di dalam bilik mesyuarat itu.

Suasana dalam bilik mesyuarat itu tegang apabila Izam yang dicari tak pula munculkan diri.

" Mana Izam!? " soal Kash keras.

" Izam tak masuk meeting Encik Kash, dia kena ke TG hari ni. " balas Salina, rakan sepasukan Izam. Mata Kash mencerlung memandang wajah wanita itu.

" Buat apa lagi pergi TG?! Kenapa tak ada siapa-siapa bagitahu saya pasal ni? Dazrin, ada apa yang saya tak tahu? " butang lengan baju dibuka sebelum dia melipat lengan baju hingga ke paras siku dengan wajah bengis.

" Kenapa drawing Kumpulan HR ni 80% sama macam drawing kita?! Siapa yang jual maklumat ?! " lagi sekali suara Kash kedengaran memetir kuat.

" Kami memang dah tahu pasal TG tolak drawing kita sejak dua hari lepas dan pasal drawing Kumpulan HR yang hampir sama dengan kita Encik Kash tapi kami nak siasat dulu baru bagitahu Encik Kash. " balas Fahmi, bagi pihak Dazrin yang sudah pucat itu.

" Oh, nak tunggu lingkup dulu baru bagitahu saya? Bagus. " sinis Kash berkata.

" Hal ni bukan berlaku sekali tau, hari tu pun ada company rampas tender kita. Korang nak semua ni jadi lagi ke?! " tengking Kash kuat.

" Dazrin, aku nak kau siasat benda ni ASAP. "

" Salina, lepas Izam balik tolong minta dia jumpa saya. "

" Fahmi, saya nak awak proceed untuk projek dengan Bina Jaya. Pasal hal TG ni, kita tak perlukan syarikat yang tak percayakan kita tapi make sure saya tahu siapa dalang disebalik ni! "

" Zaim, lepas ni kita akan sketch sahaja plan tapak, tak perlu drawing. Pasal drawing yang dah ditolak tu, bagi pada saya. Saya tak nak ada sesiapa yang ciplak atau jual drawing tu pada pihak tak bertanggungjawab. " arah Kash dengan suara yang sudah mengendur namun masih tegas.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now