75. Bayaran balik

2.1K 116 32
                                    

Khairunnisa bangun saat jarum jam menunjuk ke angka 5 setengah pagi, bunyi alarm suara Haechan itu mengejutkannya daripada lena. Terpisat-pisat dia bangun dari tidur, menyelak comforter. Rambut yang mengurai terlepas bebas itu diikat gaya messy bun sebelum figura di sebelahnya dipandang sekilas. Tubuh Nadim sedang terbaring tak berbaju di sebalik comforter.

Comel.

Wajah itu beriak tenang dalam lenanya, rambut Nadim jatuh sepenuhnya menutup dahi. Khairunnisa tersenyum sendiri, tak sangka dia akan bangun di sebelah lelaki ini. Tak sangka akhirnya mereka disatukan dalam ikatan yang lebih suci. Khairunnisa bersila di sebelah tubuh itu, memandang wajah itu penuh minat.

" Bangunlah, nak subuh dah. " kejut Khai, comforter yang dipakai Nadim ditarik sedikit membuatkan dahi lelaki itu berkerut lantas comforter itu ditarik kembali. Menyelubungi tubuhnya yang tak berbaju, Khairunnisa ketawa kecil.

Dah tahu sejuk aircond, gatal jugak buka baju bagai! Mengadanya Nadim ni!

" 5 minit. " ujar Nadim dari dalam selimut. Khairunnisa ketawa kecil. Dah macam tengah gerak anak sendiri dah ni.

" Bangunlah, kata nak subuh sekali. " kali ini Khairunnisa sudah bangun. Memperbetulkan kedudukan bantal miliknya sebelum mencapai telefon di atas laci di sisi katil.

"Pukul berapa sekarang? " soal Nadim, dia sudah berbaring terlentang dengan mata tertutup sebelah. Suara husky itu kedengaran dalam dan garau, Khairunnisa yang baru sahaja nak stalk post terbaharu Enhypen terkedu sendiri. Terkejut mendengar suara Nadim yang serak basah dan.. seksi?

" 5:50. "

" Tak azan lagi kan? Nak tidur kejap, lima minit. " balas Nadim sebelum meloloskan diri masuk ke dalam comforter menutup seluruh tubuhnya. Khairunnisa bangun.

" Ah takde takde, bangun sekarang. Cepatlah bangun wahai Andika saya. " ujar Khairunnisa namun sedikit pun tak membuatkan lelaki itu bergerak. Huh!

" Tak nak, lima minit please. Lima minit je. " ujar Nadim dari dalam comforter, suka hati dia je nak mengelat.

Puk!

Khairunnisa naik ke atas katil, bersila di hadapan comforter berbalut manusia di dalamnya itu. Menampar-nampar perlahan belakang tubuh Nadim yang berbalut comforter.

" Bangunlah, kejap lagi dah nak masuk waktu. "

Nadim akhirnya menyelak comforternya bersama mata sebelah yang masih terpejam. Dia menguap perlahan sambil memperbetulkan kedudukan baringannya sebelum memandang wajah si isteri yang sedang bersila.

" Orang mengantuklah, semalam OT tahu tak. "

Khairunnisa terkedu. Wajahnya memerah. Yang Nadim pergi ingatkan cerita semalam kenapa? Ya Allah mana dia nak letak muka ni?

" Sayang suruh orang bangun ni, dah mandi wajib ke belum? " soal Nadim selamba dengan mata yang masih terpejam. Wajah Khairunnisa sudah merah. Dia bangun dari bersila mahu meninggalkan Nadim yang asyik dalam mamai itu. Huh!

" Diamlah. Dahlah bye- "

Buk!

Khairunnisa ditarik, rebah di atas dada Nadim. Rebah di atas dada ketak tak berbaju itu, argh!!

" Dah kacau orang tidur lepas tu nak lari? In your dreams. " Nadim tersenyum mengejek lalu tubuh Khairunnisa dirangkul erat di atas dadanya. Mengunci pergerakan gadis itu sepenuhnya, membiarkan isterinya terkebil-kebil sendiri.

" Tak penat ke? " soal Nadim lagi, masih lagi dengan mata tertutup namun tangan lelaki itu tak duduk diam. Menyebak helaian rambut Khairunnisa yang jatuh di atas dadanya. Gadis itu kelu, huh masih boleh dipanggil gadis ke pun?

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now