Epilog

5.2K 188 81
                                    

Setahun berlalu.

Kematian, pastinya menggerunkan kan? Saat roh dicabut daripada badan, dalam keadaan bingung sendiri. Kematian, sesuatu yang menakutkan tetapi manusia sekarang takutnya hanya dibibir, perubahan? Tak berlaku pun. Sesuatu yang pasti. Yang menjadi persoalan bila agak sampai janji Allah membawa kita pulang? Mungkin janji Allah di sana lebih manis didunia ini, mungkin.

Kata orang, tak usah takut mati kerana mati itu seperti berpindah rumah, permulaan di tempat baharu. Dunia ditinggalkan, pindah ke Akhirat. Sama sahaja seperti itu. Yang ditakutkan hanya barang-barang yang dibawa ke rumah itu, barang yang elok ataupun sudah rosak? Sama sahaja dengan bekalan yang dibawa ke akhirat. Bawa yang baik? Atau yang buruk?

Jika ingin kematian yang baik, maka ketaatan terhadapNya haruslah dijaga setiap detik. Kerana tak ada satupun makhluk yang tahu bila mereka akan 'berpindah'. Dunia ini hanyalah singgahsana sebelum berpindah ke akhirat. Sama macam free trial. Rehearsel sebelum ke akhirat. Yang berbezanya cara setiap orang memanfaatkannya.

Aturan Allah itu tak ada tolok tandingnya, kalau sudah dikata pergi pasti juga pergi. Namun keajaiban Allah itu juga pasti.

Bagi dunia.. kita mungkin adalah seseorang yang ternama, diminati dan dikagumi. Hang pikiaq malaikat Izrail peduli ka? Ehem bagi malaikat maut,kita tidak lain hanyalah sebuah nama yang sudah ada dalam daftaran, menanti masa dibawa pergi. Hanyalah sebuah nama. Gelaran tengku, datuk mahupun raja sudah tiada gunanya. Tetap akan dikambus di dalam tanah yang sana.

Sebab itulah ada orang cakap, kita ini datangnya dari tanah, berjalan di atas tanah, kembali juga akan ke tanah jadi mengapa lagi perlu bersifat langit? Tak adanya sutera mahal, penthouse mewah tu pun tak ada, beg Gucci guccu tu apatah lagi. Yang cuma ada hanyalah jasad berbalut kain putih bersih bersama liang lahad yang muatnya hanya seorang.

Sesungguhnya kita semua adalah milik Allah, dan kepada-Nya lah kita semua pasti akan kembali. - (Q.S Al-Baqarah: 156)

Lumrah manusia juga, bila ada tak mahu hargai, bila tak ada baru tercari-cari. Huh.

" Aku datang ni. " ujar satu suara garau, menghampar tikar di sebelah sebuah pusara. Batu nisan yang terpacak di situ dipandang, dibaca sebelum tersenyum tipis.

" Setahun dah kau tak ada. " ujar suara itu lagi. Tersenyum tipis.

" Mommy, Yaya rindu.. " sambut satu suara lain pula. Memandang pusara yang sentiasa bersih.

" Come, kita sedekahkan mommy surah. " panggil suara garau itu. Yaya menganggukkan kepala. Gadis comel itu melabuhkan duduk bersebelahannya. Surah Yasin dibuka sebelum sayup-sayup kedengaran satu suara garau mengalunkan jantung al-Quran itu merdu. Ditemani bayu angin sepoi-sepoi bersama dada langit yang redup.

Betullah, seperti sudah tahu akan kepergiannya. Dia menitipkan semua ucapan selamat tinggal kepada semua, jawatannya diserahkan kepada yang lebih layak. Rumahnya dijual serta tanah pusaka arwah ibunya yang dibeli itu diwakafkan untuk pembinaan asrama baharu sebuah sekolah agama. Segalanya telah diselesaikan tanpa pengetahuan sesiapa.

Termasuk Adam.

Pemergiannya juga secara senyap, tiada siapa yang tahu sehinggalah Encik Rayden sendiri pelik melihat tiada sebarang reaksi dari tubuh kaku itu sebelum dia disahkan meninggal dunia. Siapa sangka, kepulangan gadis itu selepas lapan tahun rupanya adalah petanda yang selepas ini dia akan pergi tapi kali ini.. untuk selamanya.

Pergilah, kalau terlalu banyak sangat kesakitan yang kau tanggung di sini jadi adalah lebih baik kau pergi agar terhentinya kesusahan yang menyeksa diri. Pergilah dengan tenang, jika itu mampu memadamkan segala kepedihan, kekecewaan kau disini maka itu kami lepaskan kau pergi. Mungkin di sana, ibu dan adik kau sedang menanti.

Love , Cik BabysitterOnde as histórias ganham vida. Descobre agora