4. Makcik Weng Memalukan!

3.2K 154 6
                                    

" Yeay yeay, nak piknik nak piknik!! " jerit Khairunnisa terlompat-lompat riang, bakul yang dijinjing sudah terhuyung-hayang akibat dirinya terlampau teruja memandang lautan membiru yang terbentang luas dihadapan mata.

" Ya Allah perempuan ni ingat sikit kau tu doktor, perangai tak macam doktor siot kau ni! Memalukan aku je hish! " rungut Farrah, tikar dikepit celah lengan sambil memperbetulkan cermin mata yang melorot pada hidung.

" Tumpah makanan dalam tu, siap kau. " ugut Batrisha menjeling tajam pada Khairunnisa sudah tersengih-sengih.

" Aku eksaited kau tau tak ish! Korang ni dengkilah! " balas Khairunnisa lagi, bakul berisi makanan yang dibawa mereka diletakkan di atas pasir sebelum dia berlari mendekati gigi air.

" Nice doh view dekat sini. Not bad! " ujar Fasha, iPhone 11 diangkat tinggi menangkap panorama yang menarik hatinya.

" Jom duduk sana, korang nak mandi ke? " Batrisha menyoal, bakul makanan yang ditinggalkan Khairunnisa diangkat sebelum mengatur langkah ke tempat yang lebih teduh dan tersorok daripada pandangan pengunjung. Farrah mengekori langkah si rakan, sesekali angin bertiup lembut membuatkan kemeja oversize yang dipakai Farrah melayang-layang.

" Tak kot. " Batrisha menganggukkan kepala mendengar balasan Fasha.

" Ya Allah, best gila! " Khairunnisa menjerit, sandal yang dipakai dijinjing sambil berjalan-jalan anak di gigi air.

" Fuh panasnya! Kita je buat kerja gila datang tengah-tengah panas ni haih! " keluh Farrah. Batrisha meletakkan bakul yang boleh tahan berat itu sebelum Farrah menghamparkan tikar di tanah.

" Alah rileks la kejap lagi reduplah, dah pukul 4 ni cuba rileks. Bukan selalu nak macam ni. " celah Khairunnisa sambil tangan sibuk memperbetulkan topi pantai yang dipakainya.

Fasha melabuhkan duduk di sebelah Farrah yang sudah mengipas dirinya dengan kipas tangan yang dibawa. Batrisha pula sibuk mengeluarkan makanan dari dalam bakul rotan yang Doktor Khairunnisa gigih pergi beli semalam. Beria betul! Gigih betul lepas Isyak ajak dia keluar semata-mata nak beli bakul rotan, tikar dan bahan-bahan untuk sajian yang mereka akan sediakan. Sabar jelah!

Bekas berisi chicken puff hasil tangan Khairunnisa dikeluarkan begitu juga dengan sebekas nasi goreng seafood yang digoreng Fasha tengah hari tadi. Farrah pula hanya buat puding trifle itupun baki yang semalam, makhluk sekor tu memang pemalas nak mati! Batrisha? Yang ni lagi sekor, selamba badak dia je bawak cikedis bermacam-macam jenama kononnya tak mahu cemarkan dapur tu, ish pemalas!

" Awh cantiknya puff aku, first time buat kot. Sila appreciate okey hehehe. " Khairunnisa berdiri disebelah Batrisha yang duduk bersila itu, tersengih-sengih dia memandang bekas besar itu.

" Dia ni kena rawat diri sendiri ni ya Allah. " Fasha ketawa ceria menampakkan gigi taringnya. Cantik!

" Khai, Khai lagu ni lagu ni! " panggil Farrah, Khairunnisa menoleh lantas dengan itu tiba-tiba kedengaran permulaan sebuah lagu yang amat dikenalinya terus Khairunnisa menari penuh teruja. Farrah ketawa melihat keletah si rakan yang terlebih ceria begitu juga Fasha yang sudah bertepuk tangan sambil ketawa.

Habis bergoyang-goyang dan berserabut outerwear ungu pastel yang dipakainya akibat terlalu teruja mengikut rentak lagu Runaway nyanyian kumpulan terkenal Korea, Tomorrow X Together. Batrisha pula sudah berkerut melihat dari kejauhan ada berpasang mata yang memandang ke arah Khairunnisa yang masih ligat menari-nari. Bersepah koreografi pun Khairunnisa masih kusyuk dengan tariannya.

" Khai.. " suara Batrisha memanggil perlahan namun langsung tidak menarik perhatian Khairunnisa yang masih riang ketawa dan menari-nari dengan koreografi yang bersepah dan ikut suka hati dia je!

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now