40. Sama-sama gedik!

2K 110 0
                                    

Batrisha memandang skrin telefon apabila tiba-tiba Samsung itu berbunyi menandakan ada mesej masuk. Berkerut dia melihat mesej yang dikirim Adam. Batrisha sengih, pasti Adam sudah tahu hal yang mereka akan bekerja sebumbung.

Ting! Ting!

Adam Adzim
Baik kau turun skrg sblum aku gantung kau hidup hidup.

" HAHAHAHA kemain marah nampak! " Batrisha ketawa sebelum hud kepalanya ditarik menutupi rambut. Dia menyelak sedikit langsir bilik itu. Kelihatan Adam sedang berpeluk tubuh bersandar di Ford Ranger miliknya.

Batrisha melangkah, hari Selasa yang indah ini dia buat keputusan untuk work from home sahaja memandang dia akan masuk kerja secara officially di TG minggu hadapan selepas Attar bertolak ke Australia. Mentang-mentanglah Adam akan masuk kerja hari esok, hari boleh pulak awal pagi dia menempek dekat rumah ini.

" Hello my brother! " tegur Batrisha mengusik, dia tahu kejap lagi pasti telinganya akan tertanggal apabila mulut Adam dah start menceceh.

" Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. " balas Adam tak bernada.

" Amboi, marah betul tu! "

" Yelah, pergi TG tak cakap. Kena tarik masuk Bugatti tak cakap and paling aku marah sekali kau terjun tasik? Hampir kena kenduri dengan geng rempit? Apa lagi kau buat? " tegang wajah Adam, dia betul-betul marah dengan apa yang dilakukan gadis itu sepanjang ketiadaannya.

" Ala janganlah marah, kau tau kan aku ada kecelaruan emosi? Marahlah, nanti kau cepat tua, tak ada siapa nak kahwin dengan kau baru tahu! " balas Batrisha memancing mood untuk bergurau. Adam berpeluk tubuh, mata masih mencerlung tajam.

" Yelah yelah, aku minta maaf. Emosi aku tak stabil. Kau tahu kan kes setan tu baru je settle, datang pula orang tua tak guna ni. Cuba cakap dengan aku, macam mana aku tak stress? Nasib baik aku belum daftar dekat Tanjung Rambutan! Boleh gila tau tak hidup macam ni! " luah Batrisha, dia memandang Adam. Sejak Along pergi, Adamlah yang menjaganya walaupun pada mulanya keluarga Adam tak menyukai. Adam tetap menjaganya dari jauh.

Kau dah macam abang aku dah Dam!

" Hish lain kali kau buat macam tu lagi, aku humban kau masuk loji belakang taman sebelah. " balas Adam, nak marah banyak-banyak pun bukan gadis itu mahu dengar.

" Yelah brother. Hah welcome home! " Batrisha bersorak sedikit. Moodnya baik hari ini, jadi dia mahu pergi mencari hiburan sebelum mengambil Yaya di tadika.

" Hurm, mana kau pergi malam semalam? Suruh ambik dekat airport pun berkira! " balas Adam lagi.

" Alah, kau kena faham yang aku ni tidur awal. Lepas isyak dah syahid cane nak ambik kau yang sampai pukul 10 malam? Sorry eh my brother, kalau flight kau siang bolehlah aku ambik. Hehehe semalam aku dah ke bulan dulu. " tersengih-sengih Batrisha menerangkan hal sebenar. Memang benar semalam dia tidur awal sebab petang itu dia dan Yaya bermain games sampai penat gila nak mati!

" Bagi alasan je pandai. Nak ikut aku balik rumah mama tak? " soal Adam membuatkan berfikir sejenak.

" Malaslah, aku ada kerja nak buat kejap lagi lepas tu terus nak ambik Yaya balik tadika. " terang Batrisha usai berkira-kira.

" Hurm okeylah kalau macam tu. Jangan buat perangai sangat, kau tu dah besar. " pesan Adam. Batrisha sengih.

" Okey. Sorry buat kau risau. Ehh mana hadiah aku? "

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now