56. Another chapter of us

2K 114 20
                                    

" Nah. "

Nadim menghulurkan payung berwarna hitam itu lalu payung itu bertukar tangan.

" Sumpahlah kau nak masuk sini? Dah fikir habis dah? " soal Khairunnisa bersama wajah janggal melihat Nadim yang gembira semacam walhal dia langsung tak rasa apa-apa.

" Ikut jelah, banyak cakap pulak dia ni. " balas Nadim sedikit menjeling, macam biasa hujung tali beg Khairunnisa ditarik.

" Yahh seriuslah kau ni? Kau mimpi apa ajak aku masuk sini? Taknaklah Nadim.. "

" Taknak? Fine, aku ajak perempuan lain. "

Khairunnisa diam bersama jelingan tajam.

Nadim senyum.

Kemenangan berpihak kepada lelaki ya kali ini! Satu tepukan gemuruh!

" Sikit sikit nak ugut, yelah mentang-mentang aku yang ngorat dia lepastu ugut. Ugut jelah pandai. Benci. " rungut Khairunnisa dengan bibir terjuih, dia berjalan laju meninggalkan Nadim di belakang. Nadim sengih.

" Mengada. "

Langkah kaki diatur mengejar Khairunnisa yang sudah bergerak ke pintu masuk, wristband yang dipakai diimbas sebelum mereka melangkah masuk.

" Seriously 28 years old Khairunnisa in this place? Zoo? You must be insane Khai. " rungur Khairunnisa pada diri sendiri saat melepasi pintu masuk. Nadim tak lekang dengan senyuman berjalan selamba melepasi gadis itu.

" Jangan nak dramatik sangat, jom. " Nadim menarik hujung beg silang Khai, membawa gadis itu menjelajah ke dalam tempat yang dihiasi banyak haiwan itu.

Khairunnisa mencebik. Mengikut sahaja lelaki yang memakai kemeja berwarna putih bersama Ray Ban yang tergantung pada butang baju lelaki itu. Apalah nasib dia hari ini! Kalau dia tahu macam ni, baik dia ganti tempat Doktor Kirana tu haih!

" Jom, kita tengok spesis kau dulu. "

" Huh? "

" Monyet and orang utan. "

" Wah, main kasar ni bang. "

Nadim ni kan bukannya dia tak tahu yang Khai ni penakut, penakut segala jenis binatang. Apa yang ditakutkan sangat pun tak fahamlah, semut pun nak takut. Kalau lempang perempuan ni sekali pun best jugak.

Nadim memimpin Khai, tangan tak lepas menarik hujung tali beg silang Khairunnisa. Bukan boleh sangat gadis ini, kejap lagi terjerit sana sini histeria. Entahlah, personaliti Khai setahun lepas bagaikan lenyap. Khairunnisa yang cool dan menakutkan itu bagaikan sudah pupus, kini hanya tinggal Khai yang mengada, penakut dan banyak songeh.

Tapi tak apa, dia suka.

Nadim senyum lagi, macamlah dia tak dengar mulut gadis itu asyik menceceh sahaja dari tadi.

" Eh tu apa? " soal Khairunnisa merujuk kepada seekor monyet namun hidungnya sedikit besar dan berwarna cerah. Dia terpegun. Maklumlah sebelum ni manalah dia nak jejak tempat macam ni, duduk rumah tidur kan lagi best.

" Itukan kau. " balas Nadim bersama ketawa.

Khairunnisa menjeling.

" Dah puas dah hidup 29 tahun ni? Nak mati sekarang ke? " soal gadis itu sarkastik, Nadim ketawa lagi. Suka benar ya menyakat doktor Khai ni, sekali melayang stateskop atas kepala baru tahu!

" Tu monyet Belanda, dia ada mixed sebab tu lah hidung dia mancung lebih sikit. " terang Nadim dengan wajah serius. Khairunnisa berkerut sebelum kedengaran letusan ketawa.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now