16. Kenapa?

2.3K 135 1
                                    

" Turun cepat. "

" Aku tak nak. "

" Cepat. "

" Aku nak tidurlah gila. Pergi mangkat sana. "

" Cepat sebelum aku hon bagi taman ni meriah sikit, sunyi macam kawasan kubur je. " komen Kash membalas tanpa mempedulikan suara itu mencarut disana.

" Kan aku dah cakap aku tak nak pergi, kau tak faham bahasa Melayu ke? Ke nak suruh aku cakap Spanish? Bahasa Jerman? " suara marah-marah dihujung talian membuatkan wajah Kash berkerut jengkel.

" Cakaplah. "

" Cakap apa hah?! " sergah suara di sebelah sana sekali lagi membuatkan Kash mengeluh bosan.

" Cakaplah Jerman dengan Spanish kau tu. " suara tanpa nada daripada Kash itu lagi mendatangkan kemarahan pada pihak di hujung talian. Bunyi dengusan kasar jelas kedengaran.

" Huh, aku tak nak pergi lagipun Sabtu bukan hari aku bekerja. Bye. "

Namun belum sempat talian diputuskan, suara Kash kedengaran mengugut.

" Then say adios to your 5k. " sinis Kash tersenyum walhal manusia yang sedang marah-marah dihujung talian bukannya nampak pun.

" Dumb shit! "

" Cepatlah, Yaya tunggu ni. "

Tut..tut...

Pin! Pin!

Kash tersenyum lagi, mengejek dengan tangan menekan hon di dalam kereta. Yaya di tempat duduk belakang sudah memandang hairan. Dia memperbetulkan kaca mata yang berada di atas batang hidungnya. Hari ini dia hanya santai memakai plain T-shirt berwarna hitam dan kemeja lengan pendek biru gelap diluar dipadankan dengan jeans denim jenama Levis. Dia kembali bersandar di pintu kereta Honda Accord miliknya usai memberi 'salam' hormat pada tuan rumah di dalam.

" Hoi. " sergah satu suara dengan wajah tegang sedang membuka kunci gril rumah.

" Kau ni Islam ke kafir? Dah lupa cara bagi salam? " balas Kash dengan wajah selamba tanpa sebarang riak. Wajah tegang Batrisha langsung tak diendahkan.

" Kau tu Islam sangat ke hon rumah orang macam tak ada hari esok? " sinis sekali Batrisha membalas, sudahlah semalam dia tidur pukul 2 pagi sebab tengah berbalas email dengan Adam. Hari-hari cuti begini pun nak ajak keluar bagai.

Dia akui sejak kejadian Kash demam di rumahnya itu, hubungan mereka yang pada mulanya kelat macam Komunis dengan Rejimen Askar Melayu kini sudah sedikit baik, macam British dengan Tanah Melayu? Entahlah, yang pastinya tidaklah macam dulu. Perangai Kash tak adalah setan mana cuma dia terlebih pendiam dan suka berahsia. Eh paku dulang paku serpih nampak?

Mereka boleh dikatakan sudah berkawan? Eh tak, mungkin macam pekerja dan majikan? Bolehlah.

" Masuklah. "

" Kau kena sampuk apa tiba ajak aku ni. " sinis sahaja suara Batrisha saat meloloskan diri di sebelah tempat duduk pemandu. Hari ni dia bercadang mahu tidur sahaja dari lepas subuh sampai sebelum Maghrib.

Berlatih ke alam Barzakh?

Tak adalah.

Cuma dia letih, semalam sampai ke pukul 4 pagi dia siapkan kertas kerja yang perlu dihantar tepat pada masanya. Dengan sibuk berbalas email dengan Adam akan hal yang satu itu dan sibuk meneliti perintah mahkamah serta surat-surat geran tanah. Jadi sebab itulah hari ini dia mahu qada' tidur tapi tiba-tiba tepat pukul 8 pagi, ada makhluk Allah yang berperangai terlebih 'mulia' mesej dia dengan ayat tak boleh blah.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now