7. Phone number huh?

2.9K 151 7
                                    

Batrisha memandang Yaya yang berada di sebelahnya, Kash yang sedang menjeruk rasa berhadapannya itu. Tahu sangat tak suka dia berada di situ. Eleh macamlah dia nak sangat berada di sini dengan adanya Kash oh dia tak hamaklah!

" Kakak makanlah selalu dengan Yaya dengan papa, rasa macam Yaya ada mama pulak ehek! " Batrisha hanya melemparkan senyuman pada Yaya yang sedang menikmati Fish n Chip yang disuapnya. Tapikan kenapa dengan mama Yaya eh? Dah bercerai or dah meninggal?

" Dahlah Yaya makan cepat, papa ada kerja lepas ni. " mendatar sahaja suara Kash, memandang tepat pada Yaya tanpa langsung menoleh pada Batrisha.

" Alah papa ni, Yaya nak spend time dengan kakak. Apa kata papa balik jelah nanti Yaya balik dengan kakak? " Oi Yaya, ingat aku driver kau ke? Tak nampak bapak kau tu tak suka aku huh?

" Err no lah Yaya, kita bukan tahu yang kakak ni baik ke tak? " balas Kash memandang Batrisha menjengkelkan dan senyuman senget mengejek.

" Ha ya lagipun mana tahu kakak culik Yaya macam mana? Kakak ni tak adalah baik mana. " balas Batrisha sengaja bernada sarkastik, dengan orang gila macam ni kita kena pakai reverse psychology kalau tak nanti kita pun sama gila dengan dia.

" Eh apa papa ni? Pertama kali Yaya jumpa kakak pun Yaya dah tahu kakak ni baik, kalau tak mesti dia marah Yaya masa tumpahkan aiskrim tu. Tak baiklah cakap macam tu. Lagipunkan papa orang baik tak mengaku diri dia baik sedangkan Rasulullah sendiri pun tak pernah mengaku dirinya yang terbaik siapalah kita manusia biasa ni kan, papa? "  balas Yaya selamba menyuap baki makanan di dalam pinggannya. Kash hanya mencebik melihat Batrisha tersenyum senget. Mengajuk dan mengejek.

" Ya, papa tahu tapi tak semua orang yang nampak baik, baik. Kita kena berhati-hati sekarang ni. " balas Kash sebelum menyedut baki jus limau yang dipesannya. Batrisha tersenyum sinis. Ok aku blah.

" Dahlah Yaya, akak tak nak papa marah Yaya. Next time okey? Lagipun kita dah kosong-kosong, kakak tak pernah marah Yaya pun. Terima kasih untuk makanan ni. Oh ya Encik Kash, minta maaflah menyusahkan dan membuang masa encik. Ini duitnya, terima kasih. Kakak gerak dulu tau? Jaga diri tau, belajar rajin-rajin. Assalamualaikum. " Batrisha bangun, sekeping not RM50 diselitkan di dalam kad menu sebelum dia bangun bersama beg silangnya. Dia berlalu pergi sehingga terlupa sepatutnya dia hanya menunggu disitu menanti Black Knight.

" Papa ni! Kan kakak dah merajuk, tak baiklah papa ni. " mencuka wajah Yaya tiba-tiba, dia mendengus kecil.

" Dahlah, Yaya nak cuci tangan. Tak nak kawan papa. " balas Yaya, terus berlalu meninggalkan Kash yang termangu-mangu. Kash terdiam, biadap sangatkah dia? Kenapa dia terkesan dengan riak mendatar gadis itu? Oh Kash, kenapa dengan kau ni?!

" Assalamualaikum. " seseorang menepuk bahu Kash perlahan, kelihatan Nadim tersenyum sebelum melabuhkan duduk di hadapannya. Nadim memandang tempat yang sedikit terusik itu.

" Yaya mana? Sorrylah lambat sikit, aku pergi site lepas tu macam dah lambat je aku terus solat dekat sana. " beritahu Nadim memandang pada Kash yang berpeluk tubuh dengan wajah keruh. Ah, pasti ada sesuatu tak kena ni.

" Ada orang lain ke selain Yaya dekat sini? " tanya Nadim. Kash menganggukkan kepalanya.

" Hurm. " hanya itu balasan Kash, mood dia sudah hilang.

" Who's ? Bakal mommy Yaya ke? " Nadim cuba menceriakan suasana dengan ketawa kecil dihujung bicara. Niat mahu mengusik terbantut melihat Kash yang melepaskan keluhan berat.

" Perempuan stalker tu ada dekat sini tadi. " balas Kash malas, ah dia malas mahu fikir dan pening kepala sekarang ni.

" Buat apa? "

Love , Cik BabysitterOnde as histórias ganham vida. Descobre agora