1. Stalker?

5.3K 196 1
                                    

Batrisha hanya duduk di kerusi itu memandang kosong perbicaraan mahkamah yang sedang berlangsung. Suasana tegang, pihak pendakwa raya sedang berhujah sesuatu. Dia memandang sepi seseorang yang dikenalinya, yang sedang berada di dalam kandang pesalah. Batrisha hanya memandang kosong tanpa perasaan terselit dengan pandangan yang penuh kebencian. Dia menghadiri perbicaraan ini kerana laporan yang diberi oleh pembantunya di sini beberapa minggu yang lalu.

Sebenarnya, dia pulang ke Malaysia bukan sahaja ingin kembali begitu sahaja. Dia mahu menghadiri perbicaraan di mahkamah hari ini tentang kes lelaki yang amat dibencinya itu. Alasan pulang ke Malaysia untuk memulakan hidup baru itu hanya sekadar rekaaan, dia bukan mahu mulakan hidup baru tapi dia mahu membalas dendam dan memusnahkan hidup ahli keluarga yang ada kaitan dengan lelaki tak guna itu. Segaris senyuman sinis terukir di bibir itu.

" Dah sampai masanya kau terima balasan dunia. "

" Perbicaraan kes ini akan dibawa ke tarikh berikutnya. " bergema bunyi tukul itu dijatuhkan oleh Tuan Hakim. Batrisha mendengus, kenapalah susah sangat nak jatuhkan hukuman. Tangguh-tangguh pulak!

Batrisha masih lagi tidak berganjak walaupun hampir kesemua manusia yang tadinya berada dalam mahkamah itu sudah pun perlahan-lahan bersurai cuma dia sahaja yang masih duduk di situ memandang beberapa orang pegawai polis membawa keluar tertuduh. Dia memandang tajam wajah tertuduh yang sedang tertunduk tak bermaya, wajahnya kelihatan resah. Batrisha tersenyum sinis. Ini balasan yang kau harus terima atas perbuatan kau! Jerit hati Batrisha dengan penuh amarah.

Kalau ikutkan hatinya yang tengah membara ini, mahu sahaja dia belasah lelaki itu sehingga patah riuk tulangnya, kemudian buang sahaja mayatnya ke dalam Sungai Klang itu. Biar hilang terus daripada muka bumi ini, tak ada kubur pun bagus! Biar tak ada siapa tahu kewujudan kau, biar mayat kau hilang tanpa jejak!

" Cik? " seorang lelaki menegurnya, Batrisha bangun tanpa kata terus berlalu langsung tiada senyuman atau balasan daripada teguran lelaki itu tadi. Dia terus berlalu tanpa menoleh kepada siapa-siapa.

" Peh, sombong gila! Doa-doalah aku tak jumpa kau dah lepas ni kalau tak memang cari nahas betul! " tempelak lelaki itu.

" Tengok tu Abang Kash, blah macam tu je! " marah lelaki itu lagi, geram betullah! Kash Aldrin pula masih memandang pemergian gadis itu tadi, dia seakan pernah berjumpa dengan gadis yang berlalu itu tadi tapi di mana?

" Dahlah Ran, jom balik. " Kash menyeluk poket seluar slacknya sebelum sama-sama beriringan keluar daripada ruang perbicaraan itu, namun bayangan gadis itu masih bermain-main di minda Kash. Siapa dia? Kenapa nampak macam familiar?

Sementara itu, Batrisha meloloskan diri ke dalam kereta Myvi yang disewanya selama sehari itu. Dia perlu bergerak ke banyak tempat hari ini jadi dia tak mahu menyusahkan rakan-rakan yang lain dan dia tak mahu mereka tahu akan perkara yang sedang berlaku.

" Dah tahu aku duduk situ, tak payahlah menyibuk. Huh, lepas tu meroyan kata aku sombong. " Batrisha mendengus kasar melihat lelaki yang menegurnya tadi beriringan dengan seorang lelaki yang lengkap memakai satu sut berwarna hitam berserta kemeja ungu kelabu.

Dua orang lelaki itu dilihatnya meloloskan diri ke dalam Camry sebelum kereta itu meluncur laju keluar daripada perkarangan mahkamah itu. Myvi itu juga digerakkan menyusuri jalan yang mulai sibuk.



" Aku nak Chicken McDeluxe wei. " beritahu Khairunnisa, terangguk-angguk Fasha menerima pesanan.

Dia menghampiri Batrisha yang berpeluk tubuh sambil beratur di hadapan kaunter pesanan. Normallah, awal-awal bulan ni orang tengah ada duit sebab tu ramai orang ni.

" Farrah dengan aku nak Prosperity Beef Burger, Khai Chicken McDeluxe. Air semua nak Coke. " beritahu Fasha pada Batrisha yang sedang berpeluk tubuh itu. Gadis itu hanya menganggukkan kepalanya tanda mengerti.

" Okey. "

Baru sahaja ingin melangkah mendekati kaunter tiba-tiba blaus hitam separas bawah lutut milik Batrisya dibasahi satu cup Oreo Mcflurry, Fasha tergamam melihat seorang kanak-kanak perempuan sudah jatuh tersungkur di hadapannya. Fasha menarik dia supaya ke tepi sedikit.

" Auch, sakitnya.. " Batrisha terkebil-kebil melihat baju yang sudah dihiasi setompok warna putih hasil daripada seni budak itu.

" Sorry akak, my mistake. I'm so sorry, please forgive me. " budak itu bangun atas pertolongan Fasha. Tertunduk-tunduk dia memohon maaf. Batrisha memandang sekilas wajah kanak-kanak dalam lingkungan 5 tahun yang seperti ingin menangis itu sebelum mengeluh perlahan. Kepala si kecil diusap lembut.

" It's okay, dah tak mau sedih-sedih. Meh kita beli baru. " pujuk Fasha, si kecil itu hanya menunduk, malu barangkali.

" Yaya! " pamitan satu suara mengejutkan mereka bertiga. Batrisha yang sedang mengelap bahagian blaus yang terkena aiskrim itu terkedu melihat seorang jejaka melangkah ke arah mereka.

" Papa, I'm sorry. Yaya tak sengaja langgar kakak ni. " kata si kecil itu mendekati si jejaka berkaki panjang tadi. Anak dia ke?

" Err saya minta maaf bagi pihak anak saya. " lelaki itu bangun berdiri usai mencangkung di hadapan si kecil bernama Yaya. Saat lelaki itu mengangkat wajah dan tersenyum senget seakan mengejek, Batrisha terkejut. Benar-benar terkejut sehingga tanpa sedar dia menutur sesuatu.

Senyuman itu, cukup sama dengan seseorang yang dia nampak tapi siapa? Batrisha berfikir sejenak. Oh ya!

" Kash Aldrin Rahman from Black Eagle? " omel Batrisha namun didengari lelaki itu dan dia turut terkejut.

" Did I know you miss? " di pihak Kash dia terkejut mendengar nama penuhnya disebut seorang gadis tak dikenalinya. Siapa dia ni? Black Eagle adalah badboy group yang dianggotai dia dan tiga lagi rakannya namun itu cerita dulu di zaman sekolah menengah. Apa kes ni?

" Student of Sekolah Menengah Sains Indera, am I right? " soal Batrisha sekali lagi, Fasha sudah mengerutkan dahi. Apa kena minah ni?

" Ya tapi kau ni siapa? Ex student SMSI? Mana kau tahu semua ni? " soal Kash, dia mendukung Yaya sambil mata memanah memandang wajah Batrisha.

" Nope, aku bukan student SMSI. Nevermind, okeylah bye! " terus tangan Fasha ditarik masuk kembali ke dalam barisan pantas meninggalkan Kash yang termangu-mangu.

" Stalker! " cemuh Kash lalu pantas membawa Yaya berlalu pergi, si kecil itu sibuk bermain tie yang dipakai papanya.

" Kau kenal ke lelaki hot tadi tu? " soal Fasha sedikit teruja. Batrisha membuat muka malas.

" Hot? Apa benda kau ni? Tak, aku tak kenal. " balas Batrisha cukup selamba namun dia masih berfikir, dia wujud!?

" Habis tu macam mana kau tahu nama dia, sekolah mana? Baik kau cakap betul-betul Bat! " ugut Fasha, Batrisha ketawa.

" Nevermind, aku silap orang agaknya. Dah order cepat! " sengaja mengalih topik sebelum dia kembali terfikirkan sesuatu. Diorang wujud ke?

random tag ;

jarikiy0t_ tddybae_

Love , Cik BabysitterTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon