Part 83

32K 1.5K 85
                                    

Seperti biasa paginya Zara menyediakan sarapan untuk anak dan suaminya yang akan berangkat pergi ke sekolah dan kerja. Zara menyuap makanan ke dalam mulut si kembar secara bergilir dengan Zayfa duduk di atas kerusi khasnya sambil berusaha menyuap makanan ke dalam mulut dengan sendiri.

" Mama! Papa tak bangun pergi kerja ke? Nanti siapa yang hantar kami pergi sekolah! ". Jeritan kecil Zafril menarik perhatian Zara telah beralih untuk menyuap adik perempuan mereka makan. Zara mengukirkan senyuman manis untuk anaknya.

Zara tak sampai hati nak kejutkan Zarif Haikal yang terlihat mengantuk. Jadi hanya dia bangun untuk menyiapkan sarapan dan si kembar. Zakiff menyuap nasi goreng ke dalam mulut dengan caranya sendiri. Tidak peduli dengan pertanyaan adik kembarnya.

Biar dia makan sendiri sementara mamanya sibuk melayan Zayfa dan Zafril. Zakiff dah big boy kan.

Zara mengusap sisa nasi yang terlekat pada pipi Zafril begitu juga dengan Zakiff. Inilah kehidupan Zara sejak bergelar seorang ibu. Ada tiga orang kesayangan dia yang perlu dia layan setiap pagi seperti ini. Tidak lupa satu lagi dalam bilik tu.

" Kejap lagi papa bangun lah tu sayang lepastu nanti papa hantar kamu pergi sekolah okay ". Zara mencubit pipi Zafril lembut. Pagi pagi anaknya sudah bertanya. Zafril mendengar jawapan mamanya lalu mengangguk faham sambil menerima suapan Zara.

Zakiff mengeleng apabila Zara menyuakan sudu ingin menyuap lagi. Sekarang ni dia nak makan sendiri. Zara beralih ke arah Zayfa yang mula bermain dengan makanan sehingga habis berselerak tumpah. Zara mengeleng perlahan sebelum menyuap Zayfa lagi. Tidak beberapa lama kemudian suara kaki melangkah kedengaran.

Sesusuk tubuh lelaki dewasa muncul sambil membutangkan baju kemejanya sendiri. Zarif Haikal melangkah ke arah isteri dan anaknya berada. Sampai di sana sebuah kucupan penuh kasih sayang mendarat pada kening Zara dan setelahnya kepada anak-anaknya.

" Abang nak makan nasi ke— ".

" Tak tak abang dah lambat ni nak pergi kerja ". Zarif Haikal kelihatan kelam kabut mengapai roti yang telah di sapu jem nanas sebelum bergerak pergi. Sempat pipi Zara di kucup sekilas. Zara terkedu sendiri dengan sikap suaminya yang baru pertama kali begini. Zarif Haikal berlalu pergi tanpa berpaling lagi.

Zara hanya mengekori suaminya dengan sebuah pandangan yang bercampur aduk. Kenapa Zarif Haikal bersikap macam ni? Ada sesuatu yang suaminya sembunyikan dari dirinya ke? Kenapa sejak dua hari ni perilaku suaminya berubah pelik? Kalau sibuk kerja sekalipun Zarif Haikal tidak akan bersikap begini.

Adakah sikapnya ini berkaitan dengan wanita bernama Betty itu?

Zakiff menoleh untuk melihat papanya yang baru sahaja pergi tanpa makan terlebih dahulu. Lalu budak berumur lima tahun itu menoleh ke arah mamanya yang terlihat berubah sedih. Terdetik sesuatu soalan timbul pada Zakiff tentang perkara yang berlaku tadi.

" Mama.... ". Suara halus Zafril yang terdengar seakan mahu menangis mengalihkan fikiran Zara ke arah anaknya. Zara lekas mengedipkan kelopak matanya beberapa kali menghalang cairan jernih daripada meluncur jatuh. Mungkin Zarif Haikal terlalu sibuk.

" Sayang habiskan makanan dulu  sekejap lagi mama hantar kamu pergi sekolah. Sekarang ni mama nak siap dulu barulah boleh hantar kembar. Zayfa sini ikut mama ". Zara mengangkat tubuh kecil Zayfa ke dalam gendongan untuk masuk ke dalam bilik. Nampaknya hari ni biarlah dia hantar kembar ke sekolah.

Zafril menoleh menatap Zakiff yang berada di sebelahnya. Zakiff hanya diam lalu kembali menyuap makanan.

######

Kini keadaan sunyi sepi kerana tiada bunyi suara dari si kembar. Kalau si kembar dah sekolah macam ni lah sunyi rumah. Tiada yang mahu menjerit sana sini. Zayfa pula tidur selepas merengek seketika tadi. Zara mengemas rumah seorang diri. Dalam pada mengemas dirinya tidak berhenti berfikir tentang sikap Zarif Haikal yang mula berubah.

The Zarif Haikal Possession Where stories live. Discover now