Part 5

58.3K 2.8K 184
                                    


" We meet again girl ". Ujar Zarif Haikal dengan senyuman sinis yang menakutkan Zara tidak lepas dari bibirnya. Suka melihat riak wajah Zara yang terkejut melihat dirinya.

Zara tergamam. Bibir diketap kuat.

Apa pula kali ni? Macam mana dia boleh dipertemukan dengan lelaki yang kurang ajar ni lagi. Ada terdetik perasaan kesal pada dirinya sendiri.

Zarif Haikal tidak lepas dari tersenyum sinis melihat Zara. Nampak sangat yang perempuan di depannya ini gelisah, dan takut melihat dia. Zarif Haikal hanya ketawa jahat dalam diam.

Kaki di bawa melangkah menghampiri Zara yang masih berdiri tegak lurus menatap Zarif Haikal. Tidak tahu mengapa jantung Zara mula berdetak kencang. Yang pasti bukan sebab suka akan kehadiran Zarif Haikal melainkan perasaan gementar, benci dan takut.

Zarif Haikal berhenti tepat di hadapan Zara. Sebaik mata Zarif Haikal terpandang akan kereta milik Zara teringat kembali pasal kejadian yang Zara menampar muka. Timbul perasaan geram di dalam hatinya.

Mungkin sekarang masa yang sesuai untuk balas dendam? Mungkin? Akal jahat Zarif Haikal mula merangka pelbagai rancangan untuk menganggu Zara.

Tengoklah dengan keadaan Zara yang terlihat terdesak sekarang kerana keretanya rosak. Mesti Zara memerlukan bantuan. Betul tak? Iblis pada Zarif Haikal mula terbit sedikit demi sedikit.

Tanpa menunggu lagi Zarif Haikal berpaling semula ke arah superbike dia. Tidak mahu membantu Zara membetulkan kereta yang mungkin rosak.

Zara tercegat bagaikan patung. Kenapa lelaki tu patah balik? Kenapa lelaki tu tak bantu dia? Kenapa tak tanya dia apa yang berlaku? Fikir Zara. Tanpa berlegahkan masa Zara maju setapak sambil memanggil Zarif Haikal.

" Encik... ". Panggil Zara tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Tangannya kembali menggeletar akibat takut. Takut kerana kemungkinan lelaki yang berhenti ini tidak mahu membantunya dalam keadaan terdesak sebegini.

Zarif Haikal berhenti tanpa berpaling melihat perempuan yang memanggilnya. Muncul sekali lagi senyuman sinis di bibirnya. Sudah agak yang perempuan itu akan memanggilnya untuk bantuan?

Zarif Haikal mengerakkan kepala sedikit ke sebelah kiri tanpa mengerakkan badan. Membawa isyarat apa kepada Zara. Sengaja Zarif Haikal membuat begitu.

Mahu tengok sejauh mana Zara akan meminta bantuan dia. Masa itulah Zarif Haikal akan memainkan peranan jahat dalam dirinya.

" Encik nak pergi mana? Kereta saya rosak. Boleh encik tolong tengokkan kereta saya ". Ujar Zara perlahan. Suaranya yang lembut meremangkan bulu roma Zarif Haikal. Zarif Haikal memejamkan mata melawan perasaan pelik yang mula timbul.

Zara pula terpaksa menggunakan ton suara yang lembut memandangkan dia mahu meminta pertolongan daripada lelaki tersebut.

Tak akan lah Zara mahu menengking atau menghamburkan kata kata kasar kepada lelaki tersebut. Nanti ditakutkan lelaki tersebut tidak mahu membantu Zara. Lagi mempayahkan keadaan.

Akhirnya! Sahut Zarif Haikal di dalam hati. Apa yang dia rancangan nampaknya berjalan lancar setakat ini.

Perempuan ini memanggilnya dan menjelaskan apa yang berlaku. Barulah Zarif Haikal berpaling semula menghadap Zara dengan senyuman yang sukar ditafsirkan maksudnya.

The Zarif Haikal Possession Where stories live. Discover now