Part 67

57.8K 2.2K 310
                                    

Zara membantu Puan Maisarah memasak untuk makan tengah hari nanti. Pagi tadi Zarif Haikal membawa Zara pergi ke rumah mama papanya. Zarif Haikal kata tak ada lah nanti Zara merengek lagi. Bibir mintak di cium je. Zara sempat melakukan protes kepada Zarif Haikal sebelum Zarif Haikal dengan lihai mengucup Zara tanpa lepas.

Lain kali Zara tak nak tunjuk dirinya protes depan Zarif Haikal jika begitu Zarif Haikal akan lakukan kepada Zara. Zara tinggal di dapur sambil memasak lauk ayam masak merah mengikut kata Puan Maisarah. Suaminya dan anak-anak Puan Maisarah suka makan ayam masak merah.

Jadi Zara cuba mengangguk sambil mengunci makanan itu di dalam kepala. Sesekali Zara boleh masak ketika mereka berdua di rumah nanti. Biasa lah pengantin baru masak pon belum power lagi. Nanti Zara nak minta Puan Maisarah membantu mengajar Zara sehingga lebih pandai memasak lagi.

Zara memegang pelipis kepalanya apabila sakit kepala tiba-tiba menyerang kepala Zara. Zara memegang sudip erat menahan sakit kepalanya. Zara menutup mulutnya apabila sesuatu dari dalam perut memberontak ingin keluar.

Bluewrkk... Bluwerkk...

Kebetulan Zara bersendirian di dapur itu. Mama katanya ingin naik ke bilik sekejap manakala papa tidak tahu ke mana. Zarif Haikal juga tidak tahu pergi ke mana. Zara memuntahkan segalanya sambil memegang tepian singki kuat. Seketika pandangan Zara kabur sebelum semuanya gelap dan hanya kedengaran suara orang menjerit.

Zara membuka matanya dengan perlahan. Zara juga mendesis sakit kerana sakit di kepalanya yang belum berkurang. Zara cuba membangunkan tubuhnya dengan lemah.

" Zara dah sedar. Zarif! Abang! Zara dah bangun ni ". Mama menjerit memanggil bapa mertuanya dan suaminya. Mama tersenyum lebar sambil menatap Zara yang sudah bersandar di kepala katil. Tidak lama kemudian masuk Tuan Razak dan Zarif Haikal ke dalam bilik.

Seketika Zara mengerutkan dahinya apabila dirinya di pandang oleh tiga pasang mata itu tanpa lepas. Zara tak faham dengan situasi begini. Kenapa semua orang memandang ke arah Zara. Ada sesuatu terjadi ke semasa dirinya pengsan tadi.

" Ke--Kenapa? Ada sesuatu terjadi ke tadi? Mama? ". Puan Maisarah bukannya menjawab melainkan memeluk Zara erat sambil mengucup kepala Zara. Zara yang masih tidak faham hanya terpinga-pinga.

Zara memandang Zarif Haikal dan Tuan Razak. Namun hanya senyuman tipis dari bibir Zarif Haikal dan senyuman lebar pada bibir papa terlihat. Zara semakin pelik.

" Apa dah jadi? ". Zara menjadi bingung seketika. Puan Maisarah melepaskan pelukan pada Zara sambil mengusap lengan menantunya. Puan Maisarah tidak sangka semua ini membuahkan hasil secepat ini.

" Mama ada berita gembira nak bagitahu Zara ni ". Mama mengusap kepala Zara lembut. Zara cuba menatap Zarif Haikal namun sama seperti tadi. Hanya senyuman tipis terukir pada bibir Zarif Haikal. Zara mengangguk dengan ragu.

" Zara mengandung sayang... Mama tak sangka Zarif Haikal betul-betul tunaikan permintaan mama secepat ni. Nanti lepas makan pergi check kat hospital okay ". Puan Maisarah masih tersenyum tanpa lepas. Zara terkedu dengan tatapan tidak percaya akan kata mama. Zara menunduk memandang perut lepernya.

Sesaat Zara mendongak menatap tiga orang di situ dengan mata yang berbinar dengan air mata. Jadi Zara mengandung? Zara tak percaya semua ini. Jadi kehendak Zarif Haikal yang mahu Zara mengandung dalam waktu terdekat ini berhasil. Zara terasa ingin menangis gembira.

The Zarif Haikal Possession Where stories live. Discover now