Part 66

58.6K 2.3K 255
                                    

" Saya nak kerja boleh tak? ". Ujar Zara kepada Zarif Haikal yang baru pulang. Zarif Haikal melepaskan jaket dan T-shirt putih yang tersarung pada tubuhnya tanpa melayan Zara. Zara berdiri tiga langkah jauh dari Zarif Haikal. Zara menunggu jawapan Zarif Haikal.

Zara akan mati bosan kalau tinggal sorang-sorang dalam rumah besar milik Zarif Haikal ini. Bayangkan rumahnya ada tiga tingkat. Boleh tercabut kaki Zara kalau ulang alik naik turun. Lagipun mereka dah tinggal hampir seminggu dalam rumah ini. Zarif Haikal selalu keluar rumah. Jadi Zara tinggal sorang-sorang nak buat apa.

Baik Zara duduk rumah lama dia kan. Tapi Zara dah ada suami yang perlu Zara jaga. Tak akan lah Zara nak tinggalkan suami dia pula sementara Zara duduk tempat lain. Jadi Zara ambil langkah untuk sambung bekerja semula. Lagipun masa cuti Zara dah lama habis. Nanti Harris bising pula.

Walaupun sebenarnya Zara tidak menerima telefon daripada Intan atau Harris yang marah kerana Zara tak masuk bekerja. Zara agak pelik sedikit. Zara masih menanti Zarif Haikal. Seketika Zara memejamkan matanya kerana geram dengan tindakan Zarif Haikal yang tidak tahu malu.

Zarif Haikal selamba membuka seluarnya dan di campak ke atas katil. Hanya boxer yang tersisa pada badan Zarif Haikal. Menutup tempat private nya sahaja. Zarif Haikal tersengih jahat. Sengaja Zarif Haikal berbuat begitu. Zarif Haikal malas melayan Zara yang ingin bekerja semula.

Sejak beberapa hari lepas Zara sudah mengujarkan keinginan untuk bekerja semula. Dan jangan harap Zarif Haikal akan izinkan. Dah jadi isteri buat apa nak kerja lagi. Zarif Haikal boleh tanggung Zara sampai ketua. Sampai anak-anak sepasukan bola sepaknya keluar nanti.

Jadi nak risau apa? Sibuk nak bekerja lagi. Zarif Haikal mengambil tuala semasa Zara sibuk memejamkan kelopak mata kerana tidak mahu melihat tubuh terdedah Zarif Haikal. Zarif Haikal berjalan santai menuju ke bilik mandi tanpa menghiraukan Zara. Seketika Zara membuka kelopak mata dengan perlahan.

Zara mendengus geram apabila melihat pintu bilik mandi sudah tertutup rapat. Zara tahu Zarif Haikal tidak mahu membahas soal ini. Beberapa hari lepas Zara sempat meminta izin untuk bekerja namun di abaikan oleh Zarif Haikal. Zara masih ingat kata-kata Zarif Haikal padanya. Harta aku banyak, aku boleh tanggung kau. So tak payah nak kerja sangat.

Seperti itu lah kata Zarif Haikal. Zara menahan geram yang teramat sangat. Zara bukan sengaja mahu bekerja namun kebosanan tahap dewa ni boleh buat Zara sakit kepala. Tak akan lah nak baring atas katil selama dua puluh empat jam. Zara tak kira nak tak nak kali ni Zarif Haikal mesti mendengar permintaan Zara.

Zara duduk di atas katil selepas meletakkan seluar dan baju Zarif Haikal ke dalam bakul pakaian kotor sementara menunggu Zarif Haikal keluar. Tidak lama kemudian kedengaran pintu di buka. Zara lekas berdiri sambil menatap Zarif Haikal. Zara memejam matanya sesaat sebelum membuka nya.

Zarif Haikal suami Zara kan. Jadi tak perlu malu. Zarif Haikal mengelap rambutnya dengan tuala hitam berukuran kecil bersama tuala hitam yang melingkar menutup dari paras bawah pusat sehingga lutut. Zarif Haikal selit tuala pun ala kadar. Sekali tarik mahu tercabut.

Zara lekas mengusir fikiran nya itu. Sempat pula otak Zara berfikir begitu. Zarif Haikal berdiri di tengah ruang bilik sambil menatap Zara sebelum bergerak ke arah almari mencari baju dan seluar. Zara menarik nafas setinggi boleh. Jangan takut. Zarif Haikal tak makan orang. Zarif Haikal makan Zara je. Hehe.

" Awak... Saya nak kerja. Saya dah bosan duduk rumah ni sorang-sorang. Jadi izinkan saya kerja ya. Yayaya ". Zara cuba memujuk Zarif Haikal dengan lembutnya. Kalau dengan Zarif Haikal tak boleh kasar-kasar. Zarif Haikal menghentikan tangannya daripada memilih baju. Zara ni kan buat Zarif Haikal geram.

" Kan aku cakap tak payah. Apa degil sangat kau ni. Duduk je lah bukannya ada hantu pun dalam rumah ni ". Balas Zarif Haikal sedikit tegas sambil kedua tangan berdakap di dada. Zarif Haikal menatap Zara datar. Zara menurunkan tangannya lalu meremas tepi bajunya menahan geram.

The Zarif Haikal Possession Where stories live. Discover now