Part 55

54.1K 2.2K 143
                                    

" Dah lama Zara tak datang rumah mama ni. Sibuk sangat ke? Tak tahu mama ni rindu dengan Zara. Hari-hari tunggu Zara datang tapi tak ada pun ". Ujar Puan Maisarah sambil menatang dulang mendekati Zara yang duduk di kerusi di luar rumah.

Zara tersenyum lemah mendengar kata Puan Maisarah. Betul lah kata Puan Maisarah itu, sudah hampir dua minggu Zara tidak datang menjenguk ke rumah ini. Lagi pun Zara sibuk dengan kerja yang semakin hari semakin banyak.

" Maaflah mama, kerja Zara banyak dekat office tu. Sebab tu lah tak dapat datang nak jenguk mama macam selalu ". Balas Zara lembut sambil membantu menuangkan air ke dalam cawan. Puan Maisarah menepuk bahu Zara. Dalam keadaan macam ni pun Zara masih berlembut.

" Tak apa Zara mama faham. Patutnya mama bagitahu Harris jangan bagi Zara kerja banyak-banyak sampai tak sempat nak jenguk mama. Mama rindu menantu mama ni tahu tak! ". Puan Maisarah beriak geram sambil memikirkan wajah anak pertamanya itu. Zara tergelak kecil dengan gelagat comel Puan Maisarah.

Tetapi itu hanya sementara sebelum bibir yang ketawa tadi berubah muram. Zara tak pasti dirinya masih patut dianggap sebagai menantu atau pun tidak. Selepas hari di mana Zarif Haikal menghantar Zara pulang. Zara langsung tak menerima panggilan daripada Zarif Haikal.

Wajah Zarif Haikal juga tidak menyapa pandangan Zara selama hampir dua minggu ini. Zara lelah dengan keadaan begini. Zara fikir Zarif Haikal akan berusaha lebih untuk menunjukkan rasa cintanya kepada Zara. Namun hampa, kelibat Zarif Haikal langsung tidak dilihat.

Adakah Zara yang terlalu beria dalam hal ini. Zara seorang je yang mencintai Zarif Haikal manakala Zarif Haikal tidak. Atau pun Zarif Haikal sengaja menganggu Zara tanpa ada niat tertentu. Zara masih tidak dapat menangkap sikap Zarif Haikal. Zara pun tak faham kenapa hatinya masih menyukai Zarif Haikal.

" Zara okay? Zara ada sesuatu yang nak kongsi dengan mama ke? Kalau ada, mama boleh jadi pendengar. Mana tahu mama boleh tolong selesaikan masalah kamu ". Dari sejak Zara mengelamun tadi sudah menjadi perhatian Puan Maisarah.

Zara mengeleng menidakkan semua kata Puan Maisarah. Tak akan lah Zara nak kongsi masalah remeh ini kepada Puan Maisarah. Buat malu je. Kalau boleh biarlah Zara seorang diri memendam hal ini. Puan Maisarah mengenggam tangan Zara untuk menyakunkan semangat.

" Zara ada masalah dengan Zarif? ". Zara yang tadinya menunduk memandang meja kini menatap wajah Puan Maisarah yang masih kekal tersenyum manis. Zara sedikit terkejut dengan pertanyaan Puan Maisarah.

Macam mana Puan Maisarah boleh bertanya seperti itu. Macam Puan Maisarah tahu akan masalah Zara. Zara menggigit bibirnya tanpa sedar. Cuba mengawal perasaannya. Puan Maisarah mengusap tangan Zara lembut.

" Zara tak berjumpa dengan Zarif ke? Zara cintakan anak mama kan. Zara cintakan Zarif Haikal kan. Jujur dengan mama ". Puan Maisarah mengalihkan tangannya ke pipi Zara dan dielus perlahan. Cuba memahami masalah Zara dan Zarif Haikal.

Zara terdiam sambil mata berkelip beberapa kali. Zara tak tahu reaksi apa yang patut dia tunjukkan kepada Puan Maisarah. Zara terasa bodoh dengan dirinya sendiri. Masalah cinta yang tak selesai. Patut ke Zara berputus asa lagi?

" Zara dengar cakap mama. Kalau Zara betul sayang dan cintakan Zarif. Zara kena tunjukkan perasaan Zara pada Zarif. Mama tahu Zarif pun cintakan Zara juga. Tapi Zarif tak pernah tunjukkan rasa cinta dia pada Zara. Mama yang jaga Zarif sejak kecil jadi mama tahu macam mana sikap Zarif yang sebenar ".

Puan Maisarah menarik nafas panjang. Puan Maisarah nak tak nak mesti masuk campur dalam hal Zarif Haikal dan Zara. Puan Maisarah ada cara untuk membuat Zara terus mencintai Zarif Haikal. Puan Maisarah dah terlalu biasa dengan Zara. Jadi automatik Puan Maisarah mahu menjadikan Zara sebagai menantunya.

The Zarif Haikal Possession Onde histórias criam vida. Descubra agora