Part 65

63.8K 2.1K 106
                                    


Rasanya Zara tak akan duduk senang semasa berbulan madu dengan Zarif Haikal kan. Zara di buli habis-habisan oleh Zarif Haikal. Mentang-mentang Zarif Haikal cuma berdua dengan Zara dengan sesuka hati Zarif mengarah Zara dan Zara sebagai isteri semestinya mengikuti kata suaminya.

Zara ada cuba melawan namun hanya dengan tatapan tajam daripada mata Zarif Haikal membuat Zara mengalah.

Jadi lebih baik Zara menuruti kata Zarif Haikal kalau tak nak di buli. Seperti sekarang. Zara sedang gugup duduk di atas riba Zarif Haikal dengan posisi kedua kaki terjuntai ke belah kiri. Zarif Haikal memeluk pinggang Zara dengan sebelah tangan.

Manakala sebelah tangan lagi sibuk memegang seputung rokok yang menyala. Zara hanya memakai dress hijau muda yang bercorakan bunga-bunga kecil. Zarif Haikal pula hanya berseluar pendek dan semestinya tanpa memakai baju. Freedom babe. Zara mengibas tangan apabila asap rokok tersebut terkena pada wajahnya.

Zarif Haikal sengaja membuat begitu. Dalam diam Zarif Haikal tersengih jahat mengingati malam panjang hangat mereka berdua malam tadi. Mungkin first night di hotel ini Zarif Haikal melepaskan Zara. Namun second night memang Zarif Haikal membalas dendam dengan secukupnya.

Zarif Haikal kembali menghisap rokoknya lalu melepaskan asap berbentuk O ke udara. Zara sudah penat mengibas tangannya supaya asap tersebut menjauhi Zara. Boleh lemas Zara kalau lama-lama macam ni. Zara nak marah tapi takut Zarif Haikal membulinya lagi teruk seperti malam tadi.

" Kau dah tahu ke yang Kakak ipar kau tu dah mengandung? ". Ujar Zarif Haikal setelah sekian lama berdiam sambil merokok. Seperti biasa selepas puas merokok, Zarif Haikal menjilat bibirnya yang kering. Zarif Haikal melirik ke bawah untuk melihat Zara.

" Tahu. Tadi Intan ada call bagitahu saya. Dia kata dah lima minggu kan. Saya tak sangka Intan mengandung cepat macam ni. Padahal masa tu Intan tak ada tunjuk yang tanda-tanda dia mengandung pun. Saya gembira dengarnya ". Panjang lebar Zara menjawab pertanyaan Zarif Haikal seketika tadi.

Wajah Zara jugak berubah ceria. Zara betul-betul gembira mendengar sahabatnya mengandung. Nampaknya penantian Harris dan Intan berakhir. Zara tak sabar nak balik lepas tu nak pegang perut Intan. Zara tersenyum lebar tanpa sedar dirinya di tenung oleh sang suami. Zara akan jadi makcik tak lama lagi.

" Banyak kau cakap ya. Apesal happy sangat? ". Tanya Zarif Haikal lagi. Zara menyelak rambutnya dan diselitkan ke belakang telinga. Wajah Zarif Haikal di tatap sebelum membalas lagi. Zara masih dalam mood gembira sehingga tak menyedari ada singa yang terbangun dari tidur.

" Mestilah saya happy gila! Sebab tak lama lagi Intan ada baby. Lepastu saya dah jadi makcik! Mesti baby Intan comel. Eihh geram! ". Zarif Haikal terkesima dengan sikap manja yang satu ini. Padahal Zara tak pernah menunjukkan sikap nya ini pada Zarif Haikal. Zarif Haikal makin tersenyum sinis. Nampaknya Zara dah selesa dengan dirinya bukan.

Zara sudah terbayang wajah-wajah comel baby yang sering di lihat ketika dulu. Zarif Haikal menggigit bibirnya. Kenapa Zarif Haikal baru perasan yang Zara ni tersangat comel dengan sikap begini.

" Kalau kau dah tak sabar nak ada anak yang comel sangat tu. Apa kata kita sambung aktiviti kita balik nak? Boleh lah kau mengandung sama tahun dengan Intan kan ". Zara terdiam selepas tuturan Zarif Haikal itu. Zara menautkan keningnya kerana melihat riak wajah Zarif Haikal yang mulai berubah.

Seketika wajah Zara berubah pucat apabila Zarif Haikal bangun sambil mengangkat tubuhnya. Zara menjerit kecil sambil memukul bahu Zarif Haikal. Zara faham dengan riak nakal pada wajah Zarif Haikal itu. Zara mengeleng mahu menolak namun Zarif Haikal sudah berjalan masuk ke dalam menuju ke atas katil.

Dan Zara tahu yang dirinya tidak terlepas lagi. Zara sempat memarahi Zarif Haikal namun seperti biasa apa yang Zarif Haikal hendak pasti dia dapat kan. Nak menolak pun dah terlambat.

The Zarif Haikal Possession Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang