Part 12

53.7K 2.5K 156
                                    

Sorry lmbt update. Busy Weyh. Ni aku lame satu okay. Minggu depan exam dah waduh waduh. Kk enjoy. Vote n komen

.

.

.

Zara berjalan santai bersama Intan di sisinya. Genap seminggu Intan dan Harris sebagai suami isteri. Mereka berdua menghabiskan masa bersama pada hari sabtu sebegini. Memandangkan Harris mengizinkan Intan keluar berjalan bersama Zara.

" Weyh jom beli kasut nak aku cadang nak beli kasut flat warna hitam satu lah. Jom jom Zara. Cepatlah sana tu ada kedai dia ". Intan bergayut pada lengan kanan Zara sambil memujuk Zara supaya menemani dia membeli kasut yang dia inginkan.

Zara cuma menatap Intan yang sedang berusaha memujuk dengan membuat wajah yang manja. Akhirnya tercetus ketawa Zara apabila melihat muncung panjang milik Intan yang semakin dekat pada pipinya. Seakan mahu menguncup pipi Zara.

" Tak payah mengada sangat nak pujuk, cium aku. Kau cium je abang Harris kau tu sudah ". Balasan daripada Zara membuatkan Intan kesal lalu dengan cepat mencubit lengan Zara kuat.

Meringis Zara akibat cubitan berbisa Intan. Terasa kuku Intan mencubit daging Zara kuat. Mungkin boleh lebam akibat cubitan itu. Zara menolak jari Intan yang mencubit lengannya menjauh.

" Sakit lah Intan. Kau kenapa main cubit cubit. Sakit tahu tak! Aku tak nak teman kau nanti kau tahu lah ". Ujar Zara sambil mengusap tempat cubitan Intan sebentar tadi. Mata Zara menikam tajam Intan yang sedang berdiri tegak sambil tergelak.

Suka melihat Zara merungut sakit macam tu. Intan memang kalau apa apa cubit je yang muncul dulu. Sakit dia bukan main. Rasa nak menangis je.

" Ala ala Zara sorry lah. Tak sengaja lah. Sakit ke? Tak apa tak apa sakit tu nanti kau claim dekat aku. Sekarang teman aku beli kasut sebelum Harris call suruh aku balik. Dia tu bukan boleh aku keluar lama sikit nanti mula lah keluar ayat ayat dia. Dah dah jom cepat ". Intan malas melayan Zara yang sakit akibat perbuatan dia tadi.

Intan menarik tangan Zara kuat sehingga terdorong Zara mengikuti langkah besar Intan. Zara mengikuti langkah Intan yang menuju ke arah kedai yang berhadapan dengan tempat mereka berdiri tadi.

Sampai di depan kedai tersebut Intan terus memilih kasut yang menawan pada mata Intan. Zara melangkah perlahan mendekati Intan yang membelakangi Zara yang sedang membelek kasut flat yang diingini dengan penuh minat.

Zara berdiri sambil memerhatikan Intan. Zara sama sekali tidak terfikir mahu membeli barang kecuali menemani Intan yang teringin sangat nak keluar.

Katanya rindu dengan Zara. Lagipun Zara sunyi sebab tak ada apa yang nak dibuat di rumah. Jadi lebih baik keluar dengan Intan untuk menghabiskan masa yang terluang.

Selesai membayar kasut yang menjadi pilihan Intan. Intan dan Zara bercadang untuk pergi ke kedai seterusnya namun langkah mereka berdua terhenti kerana telefon Intan berbunyi nyaring.

Zara menunggu Intan menjawab panggilan sambil memerhati sekeliling shopping mall yang penuh dengan orang ramai. Hari sabtu mestilah ramai orang yang datang mahu berhibur ataupun berbelanja.

" Zara aku kena balik dulu. Harris dah call dia kata dia tunggu aku dekat depan shopping mall ni dah. Sorry Zara aku kena pergi dulu. Sorry tahu ". Sebaik Intan menamatkan panggilan dia terus menghampiri Zara dengan riak wajah yang sedikit kecewa kerana tidak dapat bersama Zara untuk masa yang lebih panjang lagi.

The Zarif Haikal Possession Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin