Part 56

51.8K 2.1K 184
                                    

Zara bermundar-mandir di dalam biliknya sambil beberapa kali merenung skrin telefon yang memaparkan nombor telefon Zarif Haikal. Sejujurnya Zara tidak tahu mahu membuat apa sekarang ini.

Tadi semasa menghantar makanan kepada Zarif Haikal atas arahan Puan Maisarah. Zara terluka mahu memberitahu Zarif Haikal supaya datang ke rumah Puan Maisarah malam ini. Tadi langsung tak teringat.

Tapi sampai je rumah, dah siap tanggal tudung baru teringat. Jadi Zara sekarang dalam di lemma nak call ke tak nak? Nak call ke tak nak? Nanti kalau Puan Maisarah marah macam mana? Zara juga yang kena nanti.

Tapi tak akan lah Puan Maisarah nak marah bakal menantu dia kot. Maybe. Zara menarik nafas panjang dan dihembus perlahan. Zara memilih untuk menghantar mesej kepada Zarif Haikal sahaja. Nanti kalau call, apa pulak Zarif Haikal fikir.

Zara menggigit bibirnya semasa hujung ibu jari ingin menekan tombol send kepada Zarif Haikal. Namun itu hanya seketika apabila Zara sudah menghantar, barulah Zara menarik nafas lega. Sekurangnya Zara beritahu jugak kan.

Zara meletakkan telefon dan berlalu ke dapur sambil bernyanyi perlahan. Jadi hal Zara dengan Zarif Haikal dah selesai kan. Zara mengukirkan senyuman seorang diri. Seketika Zara terdiam apabila teringat gerangan Tok ma yang menjadi tetamu istimewa Puan Maisarah nanti malam.

Agaknya siapa Tok ma ni? Sampai Puan Maisarah beria menyuruh Zarif Haikal pulang. Zara mengangkat bahunya apabila dirinya tidak menemui jawapan. 

######

Zara berdiri di tepi keretanya sambil menatap rumah besar nan megah di hadapan matanya sekarang ini. Zara menelan air liur kasar. Zara masih berdiri dan terus berdiri. Zara sendiri tak faham kenapa Puan Maisarah menjemput Zara ke rumahnya malam ini juga.

Bukankah ada orang istimewa nak datang jadi kenapa ajak Zara sekali. Selepas makan petang tadi, Zara mendapat panggilan daripada Puan Maisarah yang menyuruh Zara datang pada malam ini.

Tapi entah kenapa hati Zara berdetak laju seakan ada aura menakutkan yang berada di dalam rumah Puan Maisarah. Kaki Zara bergerak perlahan menghampiri rumah Puan Maisarah. Namun itu seketika sebelum kaki Zara berpatah balik kembali ke arah kereta.

Tapi satu suara yang memanggil nama Zara menghentikan langkah Zara daripada berlalu pergi. Puan Maisarah melangkah menghampiri Zara yang sudah berpaling menghadap dirinya. Zara tersenyum kekok.

" Kenapa Zara berdiri dekat luar ni? Masuk lah, mama dah tunggu dari tadi. Lepastu tadi mama dengar bunyi kereta tu mama ingat Zara dah datang tapi tak masuk-masuk tu mama keluar ni ". Jelas Puan Maisarah sambil memegang lengan Zara.

Zara menggigit bibirnya lagi apabila Puan Maisarah mula menarik lengannya supaya masuk ke dalam rumah. Apabila semakin hampir dengan pintu masuk, jantung Zara berdegup semakin kencang. Sebelum melangkah masuk sempat Zara memberi salam.

" Zara duduk sini dulu. Mama nak pergi dapur kejap dah siapkan makanan. Sekejap lagi mama ambil kan Zara minuman ". Ujar Puan Maisarah selepas mengarahkan Zara agar duduk di atas sofa di ruang tamu. Zara mengangguk sambil mengujarkan terima kasih.

Zara memainkan hujung bajunya apabila suasana hening tanpa sebarang suara hanya bunyi kipas yang kedengaran. Zara menunduk tapi sesekali memerhatikan segenap ruang tamu itu. Bukan Zara tak pernah tengok tapi sengaja hilangkan bosan.

" Mama.. ". Zara lekas berpaling ke arah pintu masuk apabila bunyi pintu ditepuk kuat kedengaran bersama suara yang memanggil Puan Maisarah. Zara melihat Zarif Haikal masuk dengan selamba.

The Zarif Haikal Possession Where stories live. Discover now