Part 10

60.7K 2.6K 110
                                    


Wah! Kome ni awesome lahhh!!! Daebak!! 👍 tak sangka view n vote byk camgini 💕 aku terharu 😭 thanks bebyk kome 💜🙆😫 komen kome tu author bace tapi tak sempat nk bls satu2 sorry eih. Tapi aku bace dah okay. Thanks byk2 tau 😆💓.

Nah bace lahh. Maybe bile sekolah aku tak dpt update selalu tau. Maybe 3 hari sekali. Camgitu lah 👌👌.

.

.

.



Zarif Haikal mematikan enjin kereta sebaik sampai di restoran tempat mereka selalu melepak. Dari dalam kereta Zarif Haikal boleh melihat Irfan yang sedang duduk di luar meja restoran sambil menunggu kedatangan Zarif Haikal dengan sebuah gelas minuman berperisa oren di atas meja yang Irfan duduki.

Zarif Haikal menutup pintu kereta dengan perlahan lalu melangkah ke arah Irfan dengan gaya yang santai. Irfan yang sedang menyedut air minuman yang di pesan akhirnya terlihat kehadiran Zarif Haikal setelah hampir setengah jam menunggu sahabat baiknya datang.

Zarif Haikal menarik sebuah kerusi berhadapan dengan Irfan. Zarif Haikal menatap Irfan dengan riak yang menginginkan jawapan daripada Irfan kerana menelefon dia semasa bersama Zara.

Mata Irfan bertembung dengan mata Zarif Haikal terus dia membuka mulut menjelaskan perkara sebenar yang harus disampaikan.

" Geng Zack ajak race macam biasa. Tapi dekat lebuh raya tepi hutan tu. Zack tak nak main dekat litar dia kata apa barang main ikut peraturan. Even sebenarnya kau main kat litar pun tak ikut peraturan kan ". Jelas Irfan tentang perlumbaan yang pihak lawan rancangkan kepada Zarif Haikal. Di akhir ayat Irfan seperti menyindir Zarif Haikal tentang cara permainan dia.

Zarif Haikal memang jenis seorang yang bukan  mengikut peraturan. Walaupun di dalam litar Zarif Haikal tetap tidak mengikuti peraturan yang sebetulnya.

Bagi Zarif Haikal itu semua hanya perkara remeh yang perlu dia ikuti. Membuang masa. Dan akhirnya Zarif Haikal tetap menang. Itulah hakikatnya. Zarif Haikal tidak terlibat dengan lumbaan di litar sahaja malah di lebuh raya juga tidak lepas dari tangan Zarif Haikal.

Atau boleh di katakan lumba haram. Tetapi satu perkara yang perlu diketahui ialah Zarif Haikal tidak berkumpul dengan kutu rayau atau lebih tepat mat-mat rempit di luar sana.

Zarif Haikal hanya berlumba dengan orang yang setaraf dengan dia. Jika tidak sila pergi dari depan mata Zarif Haikal. Zarif Haikal tidak akan melayan sekali pun.

Tetapi musuhnya iaitu geng Zack dan Zack sendiri kepala kepada geng tersebut selalu mencabar Zarif Haikal untuk berlumba walaupun pada akhirnya Zarif Haikal tetap akan menang akan perlumbaan tersebut.

" Zack kata kalau dia memang dia nak habuan tiga kali ganda dari wang yang korang pertaruhkan ". Sambung Irfan lagi. Sebelum itu Irfan berdehem terlebih dahulu. Kerana Zarif Haikal menatap Irfan dengan tajam selepas Irfan memerli Zarif Haikal.

" Sampah! Itu jeke yang otak Zack boleh guna. Bagi aku tiga kali ganda tak ada masalah. Kalau sial tu nak lima kali ganda pun aku boleh kasi. Tapi yakin ke dia boleh menang?. Sial tu berlagak je lebih tapi apa? Satu game pun dia tak pernah menang ".

The Zarif Haikal Possession Where stories live. Discover now