Part 60

61.9K 2.4K 449
                                    

" Jadi bila tarikh nak sandingkan Zarif dengan Zara ni? ". Di ruang tamu yang penuh dengan family Zarif Haikal berkumpul terdengar suara Tokma memecahkan kesunyian sejak tadi. Zara terkebil-kebil menatap Tokma. Tiada sebarang suara membalas kata Tokma.

Zarif Haikal yang duduk bersebelahan dengan Harris menggaru tengkuknya kekok. Zarif Haikal juga tiba-tiba kelu mahu menjawab pertanyaan Tokma. Puan Maisarah berpandangan dengan suaminya mendengar kata Tokma. Bukan ke Tokma tak suka kan Zara? Jadi sekarang ni apa?

" Tokma ni tanya kamu semua. Apesal diam je? Tokma bukan bercakap dengan meja depan ni hah ". Sekali lagi suara Tokma kedengaran tetapi kali kata Tokma agak memerli semua manusia di ruang tamu tersebut. Zara menunduk.

Tak terlalu cepat ke? Lagipun Zarif Haikal sendiri tak pasti dengan perasaan dia kan? Jadi kenapa Tokma mesti menyuarakan hal perkahwinan secepat ini. Cinta mereka belum berputik lagi. Atau Tokma nak mereka bercinta selepas kahwin? Zara tak pasti akan hal itu.

" Macam ni mama. Sarah pun tak boleh nak cakap atau nak tentukan pasal persandingan Zarif dengan Zara ni. Apa kata kita biarkan diorang je yang bincang dulu. Lepas dah sepakat baru kita bahas lagi. Boleh mama? ". Puan Maisarah dengan cepat membalas kata Tokma sebelum lagi banyak kata pedas Tokma keluar.

Tokma tersenyum selepas menghela nafas. Kalau begitu biarlah Zarif dan Zara beri kata sepakat barulah Tokma boleh bertanya lagi. Lagipun ni masa depan cucu-cucunya. Tak akan lah Tokma yang nak berlebih pula.

" Iyalah kalau macam tu. Hah Zarif Zara bincang lah elok-elok lepas tu baru bagitahu Tokma. Jangan lama-lama fikir, Tokma kena balik rumah Tokma semula ni. Kalau macam tu Tokma naik atas dulu lah ". Tokma sempat melemparkan senyuman pada semua orang dan berakhir pada Zara.

Zara membalas senyuman Tokma dengan perasaan segannya. Intan di sebelah Zara sudah menyenggol Zara dengan sikunya. Mahu mengusik Zara. Nampaknya tak lama lagi Zara jadi adik ipar Intan lah kan. Zara menepis Intan sambil membuat riak geram.

Orang cuak dia boleh pula nak mengusik. Intan terkekeh perlahan melihat muka geram Zara. Harris dan Zarif Haikal hanya memerhati gelagat dua perempuan di hadapan mereka itu. Harris mengelengkan kepala melihat tingkah Intan. Suka mengusik Zara. Sesaat, Harris menoleh kepada Zarif Haikal.

Harris tersenyum sinis melihat bagaimana pandangan Zarif Haikal kepada Zara. Zarif Haikal memandang Zara tanpa lepas sedikit pun. Harris menolak lengan Zarif Haikal sehingga Zarif Haikal mengalihkan pandangan kepada abang nya itu.

Zarif Haikal membuat isyarat apa dengan dagu yang di angkat ke atas. Seketika Zarif Haikal mendengus menyampah melihat senyuman yang terhias di bibir Harris. Mintak penampar.

" Jangan tenung anak dara orang macam tu ". Usik Harris pada Zarif Haikal. Zarif Haikal menjeling Harris tajam. Perangai Harris dua kali lima je dengan Intan. Elok sangat dua orang tu jadi suami isteri.

" Suka hati aku lah nak tenung ke nak. Kejap lagi dah tak ada dara lah tu ". Balasan daripada bibir Zarif Haikal membulatkan mata Harris. Harris menatap Zarif Haikal tidak percaya. Mulut Zarif Haikal memang tidak boleh di tapis. Harris menepuk belakang kepala Zarif Haikal kuat.

Zarif Haikal terkejut dengan pukulan Harris pada kepalanya. Bunyi pukulan itu menarik perhatian Intan dan Zara. Zarif Haikal menoleh bengang pada Harris. Zarif Haikal mengetap giginya.

" Kau apesal sial! ". Kan dah lepas carutan Zarif Haikal. Zarif Haikal mengenggam kuat kedua tangannya. Sekali lagi Harris menyentuh Zarif Haikal. Penumbuk akan hinggap pada wajah kacak Harris. Harris tersenyum jahil.

" Rilek lah. Aku pukul sikit je pun. Jangan lah marah. Lagipun mulut kau tu kurang ajar sangat. ". Makin berapi Zarif Haikal dibuatnya. Satu lagi carutan sial keluar dari mulut Zarif Haikal. Baru Zarif Haikal melayangkan satu tumbukan yang ditujukan ke arah Harris.

The Zarif Haikal Possession Where stories live. Discover now