Part 68

63K 2.1K 562
                                    

Masuk bulan pertama pertama Zara tiada sebarang masalah. Zara juga jarang muntah seperti ibu hamil yang lain. Cuma rasa tidak sedap badan dan pening kepala hadir. Zara lebih kerap duduk di dalam bilik. Namun sakit kepala hanya datang sekejap sahaja. Dan selepas itu Zara bebas melakukan kerja rumah.

" Abang.. ". Panggil Zara dengan meleret kepada Zarif Haikal yang sedang khusyuk menghadap laptop. Sekarang sudah menjelang waktu petang. Zarif Haikal yang terdengar orang memanggil dirinya segera melihat ke belakang.

Zara dengan tersengih berdiri si belakang suaminya. Zarif Haikal cuma menjungkitkan sebelah kening tanda bertanya mengapa. Tangan yang mengetik tadi berhenti untuk memberi perhatian kepada ibu mengandung itu. Zara teringinkan sesuatu. Tapi takut menganggu Zarif Haikal.

" Apa? ". Melihat isterinya tidak kunjung membuka mulut untuk berbicara. Zarif Haikal bertanya terlebih dahulu. Nak menunggu si isteri bercakap dengan sikap malu malu tu mahu sampai malam tak bercakap.

" Saya nak pergi beli barang sikit boleh tak? Saya boleh pergi sendiri kalau abang sibuk. Saya pinjam kereta abang ya ". Zarif Haikal memusingkan kerusi nya untuk menghadap Zara. Zarif Haikal tak suka dengan kata Zara tadi. Nak keluar seorang diri? Jangan harap Zarif Haikal nak izinkan.

" Nak beli apa? Jangan nak keluar sorang-sorang. Kau tu mengandung. Kalau nak beli barang ke mengidam je cakap je dengan aku. Jangan pendam sorang-sorang. Aku ada aku boleh belikan ". Zarif Haikal memeluk tubuhnya sambil menatap Zara tajam. Suka fikir dia menyusahkan Zarif Haikal.

Zara tersenyum malu. Zara takut kacau Zarif Haikal buat kerja tu je. Sebab tu Zara lagi rela pergi sendiri.

" Saya teringin nak makan buah mangga. Tu yang nak keluar pergi beli ni. Saya takut ganggu abang ". Zara berujar perlahan sambil menunduk ke bawah. Zarif Haikal menghembuskan nafas nya. Sepatutnya Zara tak perlu fikir macam tu.

" Dah tak payah nak sendu sangat. Kau pergi siap, aku bawa kau pergi ". Walaupun kedengaran kasar namun hati Zara meletup letup bahagia. Zara mengangguk laju dan pergi mencari baju untuk keluar. Zarif Haikal mengeleng perlahan dengan sikap comel isterinya itu.

Patutlah dah nak jadi mak orang ni. Zara kena lebih terbuka betul tak atau Zarif Haikal yang terlalu menakutkan? Zarif Haikal mengangkat bahunya. Zarif Haikal menutup laptop berlogo Apple lalu bangkit mengambil kunci kereta. Zara bersiap dengan pantas. Cukup menyarung dress labuh berwarna purple dan tudung bawal chiffon yang memang tersangkut pada hanger.

Zarif Haikal berjalan bersebelahan dengan Zara menuju ke bawah. Perjalanan hanya mengambil masa lima belas minit sahaja. Zarif Haikal terus merangkul pinggang Zara masuk mencari buah yang di ingin kan. Sedang Zara sibuk memilih ada beberapa orang wanita melirik kepada mereka berdua atau lebih tepatnya kepada Zarif Haikal.

Mungkin kagum dengan wajah tampan dan tubuh Zarif Haikal yang boleh di kategorikan sado itu. Zara mendengar mulut mulut memuji suaminya. Terdetik rasa cemburu melihat Zarif Haikal menjadi tumpuan orang lain. Zarif Haikal membuat bodoh mendengar pujian wanita wanita tersebut.

Zarif Haikal melihat tangan Zara berhenti memilih dalam keadaan mematung dengan kepala tertunduk. Zarif Haikal faham akan itu. Zarif Haikal menatap tajam ketiga wanita itu dan di jeling menyampah. Zarif Haikal yang memang terkenal dengan sikap tidak tahu malu itu mengucup pipi Zara.

Zara merona malu dengan perlakuan Zarif Haikal. Tidak lama kemudian tiga wanita itu beredar pergi. Zarif Haikal tersenyum sinis apabila firasatnya mengatakan Zara cemburu. Sebab itu Zarif Haikal mengucup pipi Zara.

" Dah jangan cemburu sangat. Aku ni suami kau. Kat sebelah kau lagi ni. Tak ada nya aku nak layan perempuan tu ". Zara termalu sendiri apabila Zarif Haikal menangkap dirinya sedang cemburu. Zarif Haikal mengosok puncak kepala Zara. Hailah nampaknya Zara dah makin jatuh hati dekat Zarif Haikal ni.

The Zarif Haikal Possession Where stories live. Discover now