Part 49

48.3K 2K 258
                                    

Hohohoho 🌚🌈

#######


" Terima kasih Nek Jah jemput Zara makan dekat sini ". Zara membantu Nek Jah membersihkan pinggan makan yang telah digunakan. Hafiz iaitu cucu Nek Jah juga sudah hilang entah kerana selepas habis makan tadi.

" Sama-sama Zara. Nenek tak kisah pun nenek lagi suka tengok kamu balik sini makan makanan nenek. Sekurangnya nenek ada lah juga teman nak bersembang. Ini tidak sorang-sorang je dekat rumah ". Nek Jah seakan mengadu pada Zara. Zara tersenyum mendengar suara lirih Nek Jah.

" Kenapa nenek duduk sorang-sorang. Bukan ke Hafiz ada temankan nenek ". Tanya Zara apabila teringat akan Hafiz. Kalau Nek Jah tinggal dengan Hafiz mestilah Nek Jah tak kesunyian kan. Tapi kenapa macam sebaliknya je.

" Hmm nak harap Hafiz tu tak ada lah jawabnya. Hafiz tu pergi sekolah lepastu balik nak dekat petang. Dah sampai petang pergi melepak dengan kawan-kawan dia tu. Tinggal lah nenek seorang dalam rumah ni tak ada kawan ".

Nek Jah sedikit berdecih kerana sikap tak senonoh cucunya itu. Zara mengangguk sambil mengeluarkan bunyi O pada mulutnya. Zara fikir Hafiz tu baik teman Nek Jah rupanya tidak. Seketika Zara teringat akan pandangan tajam Hafiz pada dirinya.

Pandangan Hafiz seakan tak pernah melihat wajah Zara. Tapi memang Hafiz tak pernah tengok Zara. Lagi pun Zara tak pernah tahu Nek Jah ada cucu yang tinggal bersama Nek Jah. Zara ada rasa merinding ketika bertentang mata dengan remaja lelaki itu.

Zara terdiam. Remaja lelaki ya. Zara nampak Hafiz macam lagi muda dari Zara. Mungkin Hafiz berumur tujuh belas tahun. Tambah lagi Nek Jah berkata Hafiz pergi sekolah. Jadi kesimpulannya Hafiz memang masih remaja.

Zara menghela nafas. Remaja macam Hafiz pun menakutkan Zara inikan pula orang dewasa yang pelik-pelik. Contoh macam Zarif Haikal dan Airiel. Ehhh lekas Zara menghalau fikiran itu menjauh. Nek Jah tergelak kecil melihat Zara tiba-tiba mengelengkan kepala dengan sendirinya.

" Zara fikir apa tu sampai geleng kepala bagai. Teringat boyfriend lah tu ya ". Usik Nek Jah yang sedang mengelap pinggan yang telah di cuci oleh Zara. Zara tersengih malu. Mana ada dia teringatkan boyfriend lagi pun Zara mana ada boyfriend.

" Apa Nek Jah ni. Zara mana ada boyfriend lah ". Jawab Zara sambil menyambung mencuci pinggan mangkuk. Nek Jah terlepas ketawa melihat Zara yang sengaja menyibukkan diri dengan mencuci pinggan. Nek Jah tersedar sesuatu.

Nek Jah belum solat maghrib! Lekas Nek Jah mengeringkan tangannya pada kain lap yang tersangkut di dinding dapur. Zara menatap Nek Jah yang sedang mengelap tangan yang basah. Zara sedikit pelik dengan tindakan cepat Nek Jah.

" Nenek pergi solat dulu ya Zara. Zara boleh solat tak. Kalau boleh kita solat sekali ". Zara mengelengkan kepala sambil menahan malunya. Zara cuti sejak semalam lagi. Nek Jah tersenyum lalu bergerak pergi menuju ke dalam biliknya. Zara menyambung kerjanya semula.

Zara khusyuk membasuh pinggan sehingga tidak menyedari susuk tubuh Hafiz masuk ke dapur. Hafiz memeluk tubuhnya sambil bersandar pada dinding dapur memerhatikan Zara daripada belakang. Chewing gum dikunyah lambat. Hafiz tersenyum nakal apabila imaginasinya mula bangkit.

Zara menghentikan tangan yang mencuci pinggan apabila perasaanya mulai tidak sedap. Zara merasakan ada mata yang sedang memerhati dirinya. Bulu roma Zara meremang. Sudahlah tingkap di depan Zara. Entah entah ada orang tengok Zara tak!

The Zarif Haikal Possession Where stories live. Discover now