Part 53

53.2K 2K 188
                                    


Zara menahan sedu sambil memeluk tubuhnya kuat dan erat. Menatap Zarif Haikal yang duduk di sofa berkulit sambil menghisap rokok itu dengan getaran ketakutan. Zara mengesat air mata yang mengalir di hujung mata dengan tangan yang sejuk. Zara takut dengan Zarif Haikal selepas kejadian tadi.

Zara menutup matanya apabila teringat kejadian tadi. Hampir saja dirinya rosak akibat kerja gila Zarif Haikal namun akibat tangisan dan jeritan Zara yang begitu kuat menghentikan tindakan Zarif Haikal yang sedang menindih tubuhnya tadi.

Dan di sini lah Zara berada. Di dalam bilik tempat mereka tidur semalam dengan Zara memeluk lutut nya sambil duduk di atas lantai bersandar kan dinding manakala Zarif Haikal di atas sofa tanpa berbaju menatap Zara sinis. Zara terpaksa menahan malu apabila auratnya terdedah.

Rambut Zara telah dilihat oleh Zarif Haikal sehingga sekarang dan Zara juga memegang lengan baju sebelah kanan yang telah terkoyak akibat rentapan daripada Zarif Haikal seketika tadi. Zara hampir menangis histeria akibat perilaku Zarif Haikal tadi. Zara sedaya upaya tidak menjerit dan memaki Zarif Haikal.

Cuma mereka berdua yang ada di dalam bilik ini. Zara risau setiap katanya akan mengumpan Zarif Haikal untuk melakukan perkara tidak senonoh kepada Zara lagi. Zara menunduk sehingga hampir melindungkan wajahnya daripada dilihat oleh Zarif Haikal.

Zara takut dengan cara pandangan Zarif Haikal kepada dirinya yang terdedah ini. Zarif Haikal mengecilkan matanya apabila asap hisapan dari rokok di tangannya menghalang penglihatannya untuk menatap Zara. Zarif Haikal hampir hilang kendali tadi jika tidak mendengar teriakan dan tangisan Zara.

Zarif Haikal sengaja ingin menakutkan Zara namun secara tiba-tiba nafsunya naik apabila melihat Zara tanpa bertudung itu. Nasib baik dia boleh mengawal dirinya sebelum betul-betul merosakkan Zara. Seperti kini Zarif Haikal sedang terus menatap Zara yang ketakutan.

Daripada sini mata tajam Zarif Haikal boleh melihat badan kecil Zara mengeletar dan menggigil secara bersamaan. Inilah yang Zarif Haikal suka. Zarif Haikal suka melihat ketakutan Zara pada dirinya. Perkara itu menjadi satu perkara kesukaan Zarif Haikal.

Bagi Zarif Haikal ketakutan Zara pada dirinya adalah satu daripada minat Zarif Haikal yang baru. Zarif Haikal menenyehkan hujung rokok pada bekas abu rokok lalu bergerak ke arah Zara yang seakan meringkuk untuk menutupi tubuhnya daripada pandangan liar Zarif Haikal.

Zarif Haikal berjongkok di depan Zara. Dalam keadaan dekat begini Zarif Haikal jelas melihat tubuh Zara yang menggigil. Zara juga tidak langsung mendongak utntuk melihat Zarif Haikal. Zarif Haikal mencari di mana dagu Zara untuk ditarik supaya menatap dirinya.

Zara mengelak cuba menepis tangan Zarif Haikal daripada menyentuh dirinya. Namun mendengar geraman kasar Zarif Haikal yang bermaksud tidak menyukai tindakan Zara membuat Zara membiarkan wajahnya menjadi tatapan Zarif Haikal.

" Jangan lawan aku Zara. Aku dah cakap berapa kali, aku tak suka kau lawan aku Zara. Sekali aku cakap kau milik aku bermakna kau milik aku. Aku tak payah dengar kata setuju daripada kau. Kalau ikutkan jahat aku tadi habis dah kau. Tapi aku still baik untuk lepaskan kau--- ".

" ---Jadi dengan baik nya aku harap kau kawal perangai kau. Aku tak suka milik aku jadi kasar. Faham? Kau mesti dengar semua cakap aku Zara sama ada betul atau pun tak. Macam aku cakap kan dulu, kalau kau jadi good girl, aku akan jadi very very good boy untuk kau tapi--- ".

" ---Kalau kau jadi bad girl untuk aku, aku akan jadi lagi bad daripada sangkaan kau Zara. Kau nak? ". Zarif Haikal menatap wajah basah Zara dengan senyuman sinis. Zara  mengeleng laju, Zara tak nak Zarif Haikal menjadi lebih jahat. Zarif Haikal juga memaksa Zara untuk berlawan mata dengan dirinya. 

The Zarif Haikal Possession Where stories live. Discover now