Part 61

61.4K 2.3K 252
                                    

Awass 🌚🌚


.




.

Gurau je 😂😂🎇

Selepas tamat aktiviti persandingan kini Zarif Haikal dan Zara sudah memakai pakaian harian yang selesa. Tubuh Zara agak sedikit lenguh akibat aktiviti persandingan petang tadi. Kini masing-masing sudah mengambil tempat di ruang tamu atas kehendak Tokma. Zara agak keliru, kenapa Tokma nak mereka berkumpul.

Tapi di ikutkan sahaja. Malah Tokma menyuruh Zara menukar pakaian di bilik tetamu yang kosong berbanding di dalam bilik Zarif Haikal sendiri yang sudah menjadi suami sahnya. Zarif Haikal sempat memprotes kepada Tokma kenapa memisahkan mereka padahal baru berkahwin.

Di ruang tamu, kelihatan Tokma sedang bersembang dengan Zara. Manakala Puan Maisarah, Tuan Razak, Harris dan Intan juga ada di situ bersama. Harris sempat menanyakan sebab mereka perlu ada di ruang tamu itu tetapi hanya jelingan maut daripada Tokma membuatkan Harris menutup mulut. 

Tidak lama kemudian Zarif Haikal turun daripada biliknya dengan menyarung baju T-shirt polo dan seluar pendek paras lutut. Zarif Haikal tidak menunjukkan rasa takut atau gementar apabila kesemua mata menatap dirinya yang baru sampai. Zarif Haikal dengan selamba berjalan ke arah Zara dengan kedua tangan masuk ke dalam poket seluar.

Semua manusia yang ada di situ masih tidak menjauhkan pandangan daripada Zarif Haikal kecuali Zara yang sudah terlalu dengan sikap selamba, sikap tak tahu malu suaminya ini. Zarif Haikal melabuhkan punggung di sebelah Zara lalu dengan selambanya menyelusupkan tangan kiri ke pinggang Zara. Menarik Zara untuk merapat habis pada tubuhnya.

" Apa benda korang ni? ". Zarif Haikal menyampah akibat ditenung terlalu lama. Perasaan tak selesa itu timbul. Bukan salah dia lambat. Family dia yang berkumpul cepat sangat. Zarif Haikal mengerakkan jarinya ke pinggang Zara. Sengaja mengacau.

Dah jadi isteri. So what?

" Tokma nak cakap sikit dengan kamu berdua ni ". Ujar Tokma selepas di tegur oleh Zarif Haikal tadi. Mereka semua mengalihkan pandangan daripada Zarif Haikal selepas di tegur kasar. Zarif Haikal membalas dengan kening terjungkit sebelah. Tokma mengambil nafas panjang.

" Malam ni Zara tak akan tidur dengan kamu Zarif--- ". Belum sempat Tokma menjelaskan lebih panjang. Si lelaki yang baru bergelar suami langsung memotong ucapan Tokma nya.

" Apesal pula? Kita orang dah sah jadi suami isteri. Kenapa nak tidur asing ". Potong Zarif Haikal tidak setuju dekat kata Tokma. Tokma menghela nafas lagi. Cucu keduanya ini sungguh degil, keras kepala dan selalu membantah. Puan Maisarah dan Tuan Razak hanya memandang Tokma dengan riak pelik.

Memang nya kenapa pasangan pengantin yang baru berkahwin ini tidak boleh tidur bersama pada malam pertama mereka. Harris dan Intan sudah tersengih apabila menangkap sesuatu daripada gerak geri Tokma. Zara cuma mendengar tanpa membuka mulut sedikit pun.

" Zarif kamu ni membantah cakap Tokma. Tokma tak habis cakap lagi dah membantah ". Balas Tokma lagi. Zarif Haikal cuma mendengus. Jangan harap Zarif Haikal nak biarkan Zara tidur berasingan. Apa dalma fikiran Tokmanya ini. Bukan ke patut nya mereka mengalukan Zarif Haikal dan Zara tidur bersama pada malam pertama.

Zara diam sambil menatap Tokma. Tubuh Zara sudah seram sejuk semacam. Kaki dan tangan sudah berubah menjadi sejuk. Zara tidak pasti kenapa tubuhnya menjadi begitu. Padahal malam ini tiada angin berlebihan. Tokma sengaja membuat riak wajah yang tegas.

Padahal Tokma cuma nak menguji Zarif Haikal je. Dalam diam Tokma tersengih sendiri. Zarif Haikal memang tak makan saman. Apa dia tak puas hati semua dia akan keluarkan. Zarif Haikal dalam diam meremas kuat tepi pinggang Zara tanpa sedar. Zara menggigit bibirnya sendiri apabila terasa sedikit perih.

The Zarif Haikal Possession Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora