Part 76

43.2K 1.9K 322
                                    

Zara dan Zarif Haikal berada di dalam kereta membawa dua anak kembarnya yang di letakkan di belakang tempat duduk menuju ke rumah Irfan dan isterinya Lara. Irfan sudah berkahwin dengan pilihan hatinya selepas sebulan kes kedatangan wanita yang mengaku sebagai girlfriend suaminya itu berlaku.

Kini anak kembar Zara sudah berusia dua tahun enam bulan. Manakala Lara isteri Irfan selamat melahirkan anak pada minggu lepas dan hari ni baru mereka ingin melawat anak kepada sahabat baik Zarif Haikal. Sejak kejadian itu terjadi, tiada sebarang gangguan yang hadir di tengah-tengah rumah tangga Zarif Haikal dan Zara.

Mereka hidup tenang tanpa gangguan. Tengoklah kembar pun dah umur dua tahun. Buat masa ini Zara belum mahu menambah anak lagi kerana ingin fokus kepada Zakiff dan Zafril terlebih dahulu. Kata Puan Maisarah mama mentuanya, biar anak kembar mereka besar sikit baru tambah anak lagi.

Nanti risau si kembar tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya. Walaupun benda itu agak di tentang oleh Zarif Haikal. Zarif Haikal kalau boleh nak je anak lagi tapi bila fikirkan balik. Tunggu lagi satu atau dua tahun lah baru bagi adik dekat si kembar.

Zarif Haikal mengendong Zakiff yang cergas bermain dengan kereta mainan bersaiz kecil pada tangan gemuk nya. Zara pula mengambil Zafril yang terlentok lena. Mengantuklah tu sebab tadi baru lepas minum susu. Tapi lain pula dekat Zakiff yang aktif luar biasa.

" Assalamualaikum ". Sebaik Zara memberi salam pintu rumah milik Irfan terus terbuka lebar seakan tahu ada sahabat baiknya ingin datang. Irfan menyambut kedatangan Zara dan Zarif Haikal. Sempat Irfan bersalam dengan Zarif Haikal sambil mengujarkan sesuatu.

" Hello— Bapak orang dah datang dah ". Ujar Irfan yang mendapat balasan malas daripada riak wajah Zarif Haikal. Zara masuk terlebih dahulu membiarkan bapak bapak orang di luar. Irfan sempat mencubit pipi Zafril yang tertidur.

Nasib tak terjaga anak Zarif Haikal tu.

" Kalau aku bapak orang kau apa bapak setan? ". Balas Zarif Haikal kasar sambil melangkah kaki masuk ke dalam rumah. Irfan ketawa perlahan. Dah lama tak bergurau dengan Zarif Haikal sejak jadi bapak orang ni. Irfan mencubit kedua pipi Zakiff yang berada di gendongan papanya.

Zakiff yang berada tidak senang dengan cubitan Uncle Irfan terus melontarkan kereta mainan bersaiz kecil ke arah wajah Irfan. Zarif Haikal tersenyum sinis melihat Irfan mengadu sakit akibat di baling oleh Zakiff. Hah, kacau lagi Zakiff kan dah dapat.

" Anak papa ni good boy ". Zarif Haikal menyokong perbuatan anak sulungnya itu dengan mengusap kepala Zakiff. Irfan mengosok dahi yang terasa sakit sebelum menunduk mengutip mainan anak sahabatnya itu. Tunggulah nanti Uncle Irfan balas balik Zakiff. Gumam Irfan penuh dendam yang main main.

Tiba di ruang tamu kelihatan Zara duduk bersebelahan dengan Lara yang duduk di atas lantai sambil bersandar. Zara tersenyum suka melihat bayi kecil berjantina perempuan itu. Kulitnya putih-putih kemerahan. Macam anak kembarnya dulu.

Zara berbual dengan Lara tentang bayi tersebut. Para suami duduk di atas sofa sambil menatap bayi yang baru lahir itu tidur di atas tilam. Zara meletakkan Zafril di atas pehanya sambil memeluk perut anaknya supaya tidak lari ke mana-mana.

Zakiff pula di pangku oleh Zarif Haikal sambil bermain dengan baju papanya. Irfan masih geram dengan pipi tembam Zakiff lekas mencari celah untuk mencubit anak Zarif Haikal.

" Apa nama anak kau? Aku dengar perempuan betul ke? ". Pertanyaan Zarif Haikal mendapat perhatian daripada Zara, Lara dan juga Irfan. Irfan automatik merenung ke arah anaknya itu sebelum mengangguk mengiyakan.

" Haah anak aku perempuan. Nama dia apa erk? Aku lupa— ". Irfan mengaru kepalanya untuk mencari di mana letak nya nama anak perempuan nya. Seketika apabila matanya bertembung dengan isterinya ; Lara. Irfan tersenyum kaku melihat pandangan tajam Lara. Tak kan nama anak sendiri lupa kot.

The Zarif Haikal Possession Where stories live. Discover now