" Sepatutnya abang sendiri faham kenapa semua ni berlaku. Bukan tanya dekat Zara balik. Kenapa abang tak balik semalam? Kenapa Zara call langsung tak angkat? Kenapa? Abang boleh jelaskan?  ". Cara petuturan Zara mula meninggi sedikit dengan rasa sakit menyerang hatinya.

Zarif Haikal kaku sendiri dalam beberapa saat dengan pandangan berubah redup merenung wajah Zara. Namun itu hanya sekejap sebelum matanya menajam kembali sebaik cengkaman pada lengan Zara terlepas. Isterinya masih ingin melarikan diri tanpa dengar sebarang kata dari pihaknya.

Zara yang dapat melepaskan diri lekas berlari kecil menuju ke arah pintu. Baru tombol ingin di pegang bunyi dentuman benda pecah tepat di sebelah kepalanya.  Dengan tangan memegang tombol pintu, matanya melirik ke bawah.

Pasu bunga kaca yang sepatutnya berada di atas meja tepi katil kini berderai menjadi kepingan kaca. Zara menatap serpihan kaca tersebut dengan tatapan terkejut bercampur tidak percaya. Za—rif Haikal baru membaling pasu bunga berisi air dan beberapa batang bunga mawar ke arah dirinya?

Dirinya sudah berada di tahap takut kini berubah menggigil dengan kedua tangan mulai menjadi sejuk. Langkah berat di belakang tubuhnya semakin dekat. Kaki Zara terasa berat ingin membuka langkah, tangannya pula sudah tidak sanggup memulas tombol pintu lagi.

Zarif Haikal berdiri tepat di belakang tubuh kecil Zara dengan tatapan kosong lalu tangannya terangkat menghentak pintu yang membuat isterinya semakin ketakutan. Air mata yang berlinang sudah membasahi kedua pipi Zara seraya kakinya menjadi lemah dan berkemungkinan akan menyebabkan dia jatuh ke lantai jika Zarif Haikal tidak menyambut dirinya.

" Jangan main main dengan aku Zara. Sekali aku minta kau cerita apa yang jadi sebenarnya kau mesti cerita macam mana aku nak. Bukannya jawab dengan soalan balik ". Intonasi Zarif Haikal berbisik halus. Tangannya mengapai tangan Zara yang tadinya menyentuh tombol pintu sebelum di tarik ke belakang badan dengan satu sentakan.

" Ah! Abang sakit.. Tangan Zara sakit abang.. ". Serentak Zara menjerit sakit dengan tarikan berupa hentakan tadi. Zarif Haikal semakin di luar kawalan dengan emosi memuncak penuh di atas kepala.

Bukan ke Zarif Haikal pernah cakap dia bukan jenis seorang lelaki yang penyabar. Apa yang dia mahu mesti dia dapatkan. Semakin kau menolak semakin kuat keinginan Zarif Haikal ingin mengetahuinya. Tambah lagi seluruh anaknya menolak dirinya dan isterinya juga?

So apa yang patut dia buat? Memang dia tak balik semalam. Tapi sebab kerja. Kerja yang begitu penting untuknya yang perlu di selesaikan. Jadi tidak adil bagi dia jika Zara hanya memutuskan untuk menjauh dari dirinya? Zara lupa ke siapa dirinya sekarang ini?

Zarif Haikal dia perlu disiplin isterinya sedikit keras mungkin. Agar Zara meletakkan seratus peratus kepercayaan kepada dirinya. Bukannya menghindari dia dengan cara bodoh macam ni. Dia menarik kuat tangan Zara ke belakang dengan sebelah tangan memeluk pinggang isterinya ketat.

" A—Abang sa–sakit.. Tolong jangan macam ni Zara takut... ". Jantungnya memacu laju seakan mahu pecah. Sikap Zarif Haikal satu ini begitu menakutkan dirinya. Sudah lama Zara tidak melihat sisi hitam suaminya yang satu ini kecuali jika terlalu marah seperti sewaktu mereka belum berkahwin dulu.

" Kau selalu cakap macam tu bila kau takut Zara— Ayat tu akan keluar bila kau takut— Tapi... Bukan ke kau yang buat aku jadi macam ni— Kalau kau tak cabar sisi buruk aku keluar dia tak akan keluar Zara— ". Zarif Haikal seakan bukan dirinya sahaja. Dengan perlahan bibirnya mengucup leher terdedah Zara lembut.

Zara semakin menggigil takut, sebelah tangannya yang di kepak ke belakang sudah terasa kebas. Jika dia tidak menghentikan Zarif Haikal, suaminya akan pergi lebih jauh dan mengerikan.

The Zarif Haikal Possession Where stories live. Discover now