♔BAB 29♔ LYN PAST

1.1K 99 4
                                    

"Kau dah bangun, Lyn?"

Terpisat pisat mataku melihat Fandy yang kini sedang bersandar pada pintu sambil memandangiku. Perlahan aku mengangguk.

"Kalau macam tu bangunlah. Kau belum makan pun sejak kelmarin?" tuturnya lalu melangkah pergi.

Kelmarin? Jadi maksudnya aku tidur dah lama lah ni. Nafas ku hela perlahan. Lalu kepala yang berbalut kain kupegang. Sakit.

Dahlah tak mandi, bangun awal dari kebiasaan, kena pukul pula dengan orang yang aku tak kenal. Haih, makin lama aku kat sini, makin teruk aku jadinya.

Rungutku dalam hati. Dengan hati yang bengkak aku pergi ke meja makan. Fandy yang duduk tegak diatas bangku sambil memandangku aku jeling.

Setelah duduk, nasi dan sayur ku saukkan dalam pinggan. Lalu dikuis kuis menggunakan senduk. Tidak punya selera untuk makan.

"Makan. Jangan bazir kan makanan" tegurnya. Mulut ku cebikkan.

"Suka hati sayalah. Selama ni kat istana, kalau saya bazirkan makanan ke apa, takde siapa yang halang. Kenapa pula awak nak halang saya dari bazirkan makanan?" luah ku sakit hati. Namun tidak lama riakku berubah. Menyesal akan perbuatanku sebentar tadi.

Macam mana kalau Fandy naik angin dan marah aku? Kalau aku fikirkan lagi, selama tiga hari aku kat sini aku tak pernah sekalipun nampak dia marah. Apa apa tentang dia pun aku tak tau. Berdegup kencang dada ku menanti riaksi Fandy.

Fandy menarik nafas dalam, lalu menghembuskannya. Dia memandangku tajam. Tersentak aku dengan pandangannya

"Istana dan rumah aku lain. Kat istana kau akan dilayan selayaknya sebagai seorang princess tapi kat rumah aku, semua yang kau nak kau akan buat sendiri. Kat rumah ini, kau hanyalah orang biasa, bukan princess. Jadi dengar cakap aku, jangan bazir kan makanan. Mulai hari ni, kau akan belajar berdikari." Selesai makan, dia meninggalkan dapur. Tinggal aku seorang diri menahan rasa dimeja makan.

Nasi dipinggan ku pandang lama.

"A-aku taknak makan! " kataku dengan suara yang perlahan namun keras. Namun tiba tiba aku merasa takut dengan ayat Fandy sebentar tadi. Kalau aku tak makan, dia akan marah aku ke?

Lalu dengan penuh tak rela hati aku memaksakan diri untuk makan. Walaupun nasi yang masuk dalam kerongkong aku tu rasanya seolah olah macam pasir je.

Selesai makan aku menuju ke bilik. Pintu ditutup kuat tanda protes. Setelah agak lama terperap didalam bilik aku melangkah ke tingkap. Halaman belakang rumah ku pandang dari tingkap. Sempat ku kerling jam dinding.

14:55

"Apa Fandy buat kat sana?" Soalku pada diri sendiri taktala melihat kelibat Fandy di halaman belakang. Perilakunya yang meletakkan dua kayu panjang diatas tanah lalu berlalu pergi mengundang pelik dikepalaku.

"Dia nak buat apa dengan kayu kayu tu? " gumamku perlahan.

Tok! Tok!

Tersentak aku mendengar ketukan tersebut.

"A-awak nak apa? " laungku gagap.

"Keluar pergi halaman belakang. Kita berlatih"

Berlatih? Teragak agak aku ingin menyetujui. Tapi oleh kerana aku takut dimarahi dia, aku menyetujui. Pantas aku ke halaman belakang. Setibanya aku disana dia memberiku salah satu dari dua kayu yang ada disana.

Little Light In The Dark  | su - oe |Where stories live. Discover now