♔BAB 28 ♔ LYN PAST

1.3K 101 6
                                    

14 years ago

"EYIN!" Membulat mataku apabila melihat balairung mulai dipenuhi asap tebal dan api. Walaupun aku masih kecil tapi aku cukup tau, yang kami sekarang diserang oleh musuh yang aku sendiri tidak tahu siapa.

Belum sempat aku berlari kearah abangku, Eden, tanganku ditarik seseorang. Serentak itu juga persekitaranku berubah.

Asap tebal, api dan semua keluargaku hilang dari pandanganku. Air mata mulai bergenang ditubir mata.

"A-abang Eden." Naik turun dada apabila kelibat Eden tidak ku lihat dimana mana. Tiba tiba bahuku disentuh. Membuatkan aku terkejut dan jatuh terduduk diatas tanah.

"Princess tak apa apa?" bulat mataku melihat si jejaka yang sedang memandang aku dengan cemas. Dia cepat cepat membantuku berdiri.

"A-awak siapa? Mama papa dan abang Eden mana?" Soalku laju. Dia yang lebih tinggi dari ku, aku pandang dengan kepala yang didongakkan.

Dia mengukir senyuman lebar. "Nama aku Fandy. Mama papa dan abang princess ada je, cuma diorang suruh aku jagakan Princess kejap. Ada benda penting nak buat katanya." jelasnya sambil menarik tanganku lembut.

Mendengarkan itu, rasa cemasku mulai berkurang sedikit. Sekeliling kupandang. Namun disebabkan gelap, aku hanya mampu melihat sedikit sahaja. Seperti taman dan jalan raya yang ada lampunya.

"Fandy.. Kita nak kemana?" Soalku perlahan.

"Kerumah aku. " Usai berkata, sebuah rumah setingkat yang sederhana besar dan berwarna kuning menyapa mataku. Dia berlutut dihadapanku lalu memegang kedua bahuku.

"Aku minta maaf, rumah aku tidak sebesar dan semewah istana milik princess. Tapi terima atau tidak mulai sekarang princess akan tinggal disini. Princess tidak keberatan kan?" Dia melebarkan senyuman sambil memandangku dalam. Perlahan lahan aku mengangguk.

"Tak.. " balasku perlahan. Kaki melangkah masuk apabila Fandy berjalan mendahuluiku.

"Ni bilik Princess. Disebabkan aku belum sempat sediakan segala baju dan keperluan princess, princess tak dapat mandi tau malam ni. Esok barulah kita beli baju. Memandangkan hari dah malam." Tuturnya tenang. Dia mengambil bantal yang tersimpan didalam almari lalu meletakkannya diatas katil.

"Tidurlah. Princess perlukan tenaga yang cukup untuk hari esok" Mata hanya memandang kelibat Fandy pergi. Pintu kututup lalu baju yang kupakai aku pegang dan pandang.

"Tak mandi?"

***

Tok tok!

Mataku buka perlahan apabila tidurku diganggu. Jam kecil yang melekat didinding aku kerling.

06:30

"Apa yang Fandy nak pagi pagi buta ni.. "gumamku perlahan. Badan diiring menghadap siling.

"Yaaaa?" balasku panjang. Mata kembali dipejam

"Jom makan. Kejap lagi kita ke pasar." Terbuka mulutku mendengarnya. Ke pasar? Seawal ni? Tapi selalunya saya bangun jam lapan setiap pagi. Apesal sekarang bangun awal pulak

Bergerak gerak bibirku merungut tapi dalam masa yang aku tetap berusaha bangun untuk mencuci muka. Selesai melakukan itu, aku duduk dimeja makan. Makanan yang dimasak Fandy kutatap pelik. Ini je?

Perlahan mata mengarah kepada Fandy yang tenang mengunyah nasinya. Teragak agak aku ingin memasukkan nasi kedalam mulut. Dapat ku sedari pandangan Fandy terhadapku walaupun dia sedang makan.

Takpelah. Lagipun aku tak pernah nampak jenis makanan seperti ini. Tak sangkah, rupanya sedap juga

Little Light In The Dark  | su - oe |Where stories live. Discover now