♔BAB 27♔

1.2K 104 12
                                    

"IZINKAN saya memperkenalkan diri. Nama saya, Verealyn Areve. Adik perempuan kepada Avden Verend. Iaitu prince Avden." Badanku tundukkan sedikit, sebelum ditegakkan kembali bersama tatapan kosong.

"Singkatnya, dia adalah Princess Erea. Adik perempuan ku yang disangka telah mati sejak 14 tahun lalu." Nafasku tarik dalam. Sempat kukerling Eden yang beriak tenang.

Pandangan kuarah kedepan, kearah kesemua pekerja yang berkhidmat didalam istana. Lalu, kepala ku dongakkan sedikit. Bangunan bangunan tinggi sekolahku aku pandang dari jauh. Segala bicara Eden tidak ku endahkan.

Agaknya apa riaksi dorang kalau tau identiti sebenar aku?

***

"Haih.. Tadi itu perbicaraan yang cukup panjang ya" keluh Eden sejurus melabuhkan dirinya diatas sofa. Tempat disebelahnya aku duduk perlahan.

"Uncle kat mana? Aku tak nampak kelibat dia sejak tadi lagi." Dia tersenyum nipis.

"Uncle ada urusan dengan kerajaan sebelah. Kejap lagi dia sampai. Sementara menunggu kehadiran dia, kita tunggu kat sini. Ini adalah pejabat dia." jelasnya lembut. Kepala mengangguk perlahan. Lalu mata ku liarkan ke sekeliling.

Maksudnya pejabat ni pejabat untuk raja yaa.. Jadi, pejabat ni pun pernah didiami papa.

Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki berumur 40-an didalam bilik tersebut. Dia memandangku lama lalu duduk dihadapan aku dan Eden.

"Uncle perkenalkan, ini Eyin. Adik Eden" pantasku tundukkan badan seketika.

"Lama tak berjumpa, uncle. Uncle apa khabar?"

"Ah,baik saja. Sepertinya kamu tumbuh dengan baik. Pandai Fandy jaga kamu. Aku fikirkan budak tu pandai mengurat je. Huh, tak sangka betul uncle" Dia ketawa besar manakala aku mengetap bibirku perlahan.

"Oh ya, bercakap tentang Fandy, dia macam mana? Dia kat mana sekarang ni. Lama tak jumpa, rindu uncle dibuatnya" Soalnya bersama senyuman yang melebar.

"Mati"

"Huh?" Eden dan Uncle mula memandangku pelik. Aku mengenggam kuat kedua tanganku. Gigi diketap sekuat hati. Tak kesahlah kalau dia kebas sekalipun

"Fandy dah mati 7 tahun lalu. Dia dibunuh askar Darbello yang menyerang kampung kami ketika itu." tuturku dengan suara yang bergetar. Menahan marah.

Senyap. Tiba tiba terdengar suara uncle tertawa- hambar. Dia menggelengkan kepalanya.

"Budak tu, aku belum sempat pun nak bebel dia puas puas dia dah tinggalkan aku. Awal pulak tu" aku hanya mendiamkan diri. Membiarkan dia melayan dirinya melalui lawak hambar sebentar.

Suasana senyap sebentar. Pandanganku arah kepada uncle.

"Uncle, boleh kita berbincang? Ada benda penting yang harus saya katakan" Dia tersentak sebelum mengangguk laju.

"Sebelum itu, Eden, kau keluar kejap boleh? Beri aku ruang untuk berbincang dengan uncle" Eden tersenyum lalu keluar dari bilik. Nafas ku tarik dalam.

"Perkara yang ingin saya bincangkan, mengenai Darbello. Baru baru ini, dihari yang sama Eden memperkenalkan dirinya sebagai Prince Avden, saya berserta guardian saya telah diserang oleh salah satu pengikut setia Darbello. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Anthea.

Little Light In The Dark  | su - oe |Where stories live. Discover now