4| one by one

2.4K 211 11
                                    

KELOPAK mataku buka, sungai yang bersih dan jernih menjadi perkara pertama yang ku nampak. Kepala ku toleh ke sebelah, kearah Jesyca yang sedang bermain dengan air sungai tersebut.

Setelah agak lama duduk diatas tanah aku mulai berdiri. Daun dan ranting yang berada dipunggung ku kibas kibas.

"Syca, jom pergi tempat lain. Kalau kita diam diam kat sini memang taklah orang jumpa kita" Dia mengangguk dan turut berdiri.

"kita kat mana sekarang ni? Aku tak pernah nampak hutan ni kat sekolah kita" soalnya. Aku diam seketika sebelum menjawab soalan tersebut

"Hutan Gishter. Hutan ni milik academy. Setiap kali pertandingan diadakan memang selalunya hutan ni yang sering digunakan."

"Maksudnya diorang guna teleport lah untuk hantar kita kat hutan ni" gumamnya

Setelah itu kami mula berjalan meninggalkan sungai tersebut. Tidak pun jauh kami melangkah, suara suara yang agak familiar mulai kedengaran.

"Haih! Cam takde tempat lain je nak lawan. Dipilih nya juga hutan ni. Bencilah macam ni! "

"Urg! Why are those stupid mosquitoes bite me!"

"Benci aku dengan perempuan tua tu. Takde tempat lain ke selain ni, urg! Jatuh standard aku!"

"Waaah, sedap kena gigit nyamuk?" sapa Jesyca girang. Taysa berserta dua temannya tergamam melihat kelibat aku dengan Jesyca. Namun selepas itu senyuman lebar terukir dibibir Taysa

"Ha! Aku tak sangka aku akan jumpa kau secepat ni, lyn" dia menepuk tangannya. Teruja melihat aku yang berada di hadapannya.

"Well, aku bukannya jenis yang suka menyorok" balasku dengan senyuman sinis. Taysa bengang.

"memandangkan kau dah ada kat depan aku, apa kata kita mulakan pertandingan antara kita berdua?" sejurus berkata dia mengeluarkan dua bebola api dikedua tangannya.

Senyuman senget ku ukir.

"Syca, kau boleh uruskan kawan si Taysa yang lain?" Dia mengangguk lalu pergi sedikit jauh dari aku. Mencari tempat yang agak luas untuk bertarung.

Jesyca dan kedua teman Taysa ku pandang dengan ekor mata. Seingatku, berbanding dengan Taysa yang agak kuat, Ellys dan Kayra tidaklah sekuat mana. So, kalau dia lawan dua orang tu aku yakin dia akan menang.

Pedang yang ku letak di pinggangku aku capai. Riaksi Taysa yang terlihat geli hati melihat pedangku, aku biarkan.

"Hah! Do you think you can beat me with that lame sword of yours??" selesai mengejekku dia tertawa terbahak bahak.

Bibir senyum sedikit.

"Who know? Maybe this lame sword can make you cry later" serentak aku berkata sedemikian, mana ku alirkan kepedangku. Membuatkan api menyelimuti seluruh pedangku.

Gelak Taysa mula terhenti. Matanya tajam memandangku.

"How arrogant ! " tengkingnya

Pedangku genggam erat, lalu dihala tepat kearah Taysa berserta senyuman lebar.

"Thank you for the compliment"

————⨳

Boom!

SETELAH menyerang, jarak ku ambil. Taysa yang sedang mengatur nafasnya ku pandang dengan senyuman sinis.

Berbanding dengan aku yang baik baik saja, Taysa terlihat teruk. Nafasnya tidak teratur dan serabai. Badannya juga mempunyai beberapa luka akibat perlawanan dengan aku.

Tidak cukup dengan itu, aku yakin dia berada di bawah tekanan setelah perlawanan kawannya dengan Jesyca berakhir dengan kemenangan Jesyca.

Untuk sekarang aku boleh je kalahkan dia, tapi aku berniat untuk bermain dengannya sedikit.

Taysa mengangkat tangannya yang terdapat api ditelapak tangan. Aku mulai bersiap sedia untuk menanti serangannya. Namun untuk seketika, aku tergamam apabila dia mengubah arah serangannya kearah– Jesyca!

Boom!

Asap tebal menyelimuti Jeayca membuatkan aku tidak tahu apa yang terjadi kepadanya. Tidak lama kemudian nafasku hela lega melihatkan dinding aisku sempat menghalang serangan dari Taysa mengenai Jesyca.

Taysa yang mula terlihat pucat ku pandang tajam.

"Whoa, tak sangka pula Cik Taysa ni sanggup guna cara kotor untuk menang ye?" dia tersentak mendengar sindiranku.

"I-itu bukan cara kotor! Aku serang dia sebab dia pun musuh aku!" dalihnya keras. Jari telunjuknya diarah pada Jesyca.

"Tapi baru je kau cakap tadi yang ini perlawanan antara kita berdua kan? Kenapa? Kau takut nak lawan aku yang kuat ni sebab tu kau serang yang lemah dulu. Begitu?" dia terdiam. Tidak mempunyai ayat untuk membalas.

Jari ku petik sekali, serentak itu sebuah letusan api mengenainya. Dia terlontar kebelakang. Dia mencuba untuk berdiri dan berlari kearahku, namun dalam sekelip mata kakinya melekat ditanah akibat ais yang kuletak dikedua kakinya.

"Pengecut! Kalau berani lawan aku lah! Kau faham tak, ah perempuan?!" dia mulai memberontak sendirian sambil meneriakkan kata kata kesat.

Keadaan Taysa dengan rambut yang serabai, muka yang terdapat sedikit arang hitam akibat letusan api tadi dan luka luka kecil dibadannya membuatkan aku mengukir senyuman mengejek yang lebar.

Cukup untuk membuat Taysa semakin naik berang.

Melihatnya masih meneruskan sesi berkata perkataan kesat, aku mengangkat sedikit kening. Memberinya pandangan mengejek supaya amarahnya semakin membara

"Hey" panggilku. Taysa yang dari tadi memberontak tersentak.

"You look.. Very disgusting you know? "

❥————

NOTES;

⚔ – setiap kali AA mengadakan pertandingan seperti TGMG selection, hutan yang dinamakan sebagai Hutan Gishter akan dijadikan sebagai tempat perlawanan. Untuk menjalankan pertandingan TGMG Selection, sihir hologram dengan kekuatan tingkat tinggi digunakan. Kegunaan sihir ini untuk menjadikan perlawanan terasa nyata.

Pertandingan didalam hutan tersebut hanyalah pertandingan yang tidak nyata. Apabila peserta diserang, tidak akan ada kecederaan yang berlaku di dunia nyata. Serta, tidak akan ada rasa untuk sakit ketika cedera.

Untuk itu, sihir hologram digunakan untuk membuat peserta memiliki risiko cedera, dan berasa kesakitan hanya didalam pertandingan.

Sekiranya peserta yang didalam pertandingan memiliki kecederaan yang teruk hingga dikategorikan sebagai tidak mampu berlawan, peserta itu akan serta merta disingkirkan.

————⨳

Tyfr. Vomment ✨
Reedited : 02042021

Little Light In The Dark  | su - oe |Where stories live. Discover now