16 | you're much worse

2.2K 178 4
                                    

Bam!

SHERLY yang sedang mengatur nafasnya ku tatap lalu barrier merah miliknya yang mengelilingi gelanggang ku kerling.

Terlihat banyak orang yang sedang berusaha menghancurkan barrier tersebut. Barrier itu tidak mudah untuk dihancurkan tetapi juga tidak bermaksud mustahil. 

Berdasarkan kekuatan dan jumlah orang yang sedang menyerang barrier itu, akan mengambil masa sekurang kurangnya 10 minit lagi sebelum barrier itu hancur.

Aku harus pantas membunuh Sherly sebelum barrier tersebut berjaya dihancurkan.

Sherly yang maju mendekatiku dengan sabit ais dikedua belah tangannya ku tendang di perut. Walau begitu, sempat dia melibas sabit itu kearahku menyebabkan lukanya bahuku.

Bibir ku ketap kuat.

Dalam perlawanan kami berdua yang sudah berlangsung lebih dari satu jam, Sherly mengalami banyak luka yang parah. 

Sepanjang hari ini, aku telah menggunakan banyak mana. Jadi mustahil bagiku untuk menggunakan sihir penyembuhan secara terus terusan kerana ianya memerlukan mana dalam jumlah yang besar.

Oleh kerana itu, walaupun tidak sebanyak dan seteruk Sherly, aku juga mempunyai beberapa kecederaan.

Sejurus mengaktifkan sihir graviti, dia kembali berlari kearahku dengan sabit yang masih di tangan. Dahi ku kerutkan sambil kaki undur setapak dengan susah payah.

Sihir yang diaktifkannya memanipulasi graviti disekeliling untuk menekanku hingga aku jatuh terduduk dan tidak dapat bergerak.

Akan tetapi, aku juga menggunakan sihir graviti ku untuk melawan gravitinya ke atas. Atas sebab itulah, aku masih boleh bergerak sedikit.

Belum sempat aku mengelak, dia mengacukan lagi sabitnya ke leherku.

Tang!

Tangan yang memegang pedang untuk menghalang sabit itu dari melukaiku bergetar sedikit akibat ketidaksediaanku atas serangannya.

"tch! " decitku kuat.

Perutnya ku tendang kuat, lalu ku ambil jarak darinya. Pedang yang ku cipta menggunakan ais ku genggam erat.

Saat dia maju kehadapanku, aku menghayun tumbukan ke hidungnya. Mengakibatkan hidungnya berdarah.

Kami berlawan sesama dengan menggunakan pedang aisku dan sabitnya.  Melihat dia begitu fokus dalam menyerang dan mengelak seranganku, aku mengambil kesempatan itu untuk menarik kolar bajunya kuat dan melingkari tanganku ke lehernya untuk mengunci sherly agar tidak dapat bergerak

Pedang lantas diletakkan dilehernya. Dia yang tidak boleh melepaskan diri dari kuncianku membuatkan aku mengukir senyuman sinis yang lebar.

"heh, In the end you're the one that getting killed. Do you have any last word? "  pedang ku acu dilehernya.

"urgg! F*ck!" rontanya sekuat hati.

Bibir mengukir senyuman puas lalu pedang ditekan pada lehernya membuatkan darah mengalir keluar. Bersiap sedia untuk menusuk lebih dalam.

I don't care how others will think about this. All i ever want in my damn life is to kill every Achlysian.

Every single of them.

Tepat disaat dimana aku ingin menekan lagi pedangku, sebuah memori masa lalu tiba tiba menerpa diminda.

----

"P-please spare my life. If this request is too much, then, please atleast spare my niece life. She is a strong child so I know that both of you will meet one day. Please, I'm begging you"

Little Light In The Dark  | su - oe |Where stories live. Discover now