20 | Heart II

2.3K 168 21
                                    

"SHOULD we gather with the other or attack Aden's group first? "  Soal Zen sambil memerhatikan aku yang baru selesai mengintai isi kepala si gadis berspek mata.

" Kumpul dulu. Berkemungkinan tinggi yang 'heart' akan diserang memandangkan kita terpisah" Zen mengangguk.

" Kau dapat detect tak mana diorang?" Soalku pada Zen

Dia memejamkan matanya seketika lalu berkata,

"Lily, lisa.. dan Jesyca. Diorang tiga sedang bersama. Aku tak dapat detect yang lain sebab terlalu banyak mana disana sini." Ujarnya dengan dahi yang berkerut seolah olah tidak puas hati dengan apa yang dia sampaikan.

" Good job" aku duduk membongkok. Tangan diletak pada tanah sejurus mata dipejamkan.

Ting~!

Bunyi desingan yang kuat menampar gegendang telinga membuatku mengerutkan dahi kesakitan. Walau begitu, aku tetap meneruskan untuk menggunakan kuasa ku.

Keluasan tempat kami bertarung ialah lebih kurang 20km. Lalu aku akan menggunakan kuasa detector ku untuk mencari siapa saja yang berada dalam lingkungan 20km ini.

'Kami sekarang berada di Selatan. Timur laut, Tenggara takde. Kat Utara ada Aider dan Isya. Kat Barat laut ada Rayan. Lily, lisa dan Jesyca pula ada kat Barat Daya.'

Suatu hal yang baik bahawa 'heart ' tidak berseorangan sekarang ini. Yah, walaupun mereka sedang dikepung oleh kumpulan Aden.

Setelah berdiam diri untuk masa yang agak lama aku membuka mata dan berdiri. Muncul lingkaran sihir berwarna ungu di tanah pijakanku.

"Pegang tangan aku, kita akan teleport tempat Jesyca. Diorang dikepung" tuturku sambil menghulurkan tangan.

Dia menyambut huluran tersebut dan dalam sekelip mata, kami berada di kawasan yang luas.

"Lyn!" Panggil Jesyca cemas. Mereka bertiga sedang berdiri membelakangi satu sama yang lain untuk menghadapi kumpulan Aden yang mengelilingi mereka

"Ada yang cedera?"

"Lily! Aku tak sempat heal kaki dia tadi." Sampai sahaja tapakku pada tanah, lingkaran hijau yang sederhana besar, cukup untuk ketiga mereka muncul pada tanah.

Luka pada kaki Lily bercahaya sebentar lalu lenyap.

" Thanks Lyn." Ucapnya.

Zen dan Lily langsung maju kehadapan untuk bertarung memandangkan mereka adalah attacker manakala Lisa, jesyca dan aku berdiri rapat antara satu sama yang lain.

" Hey lisa, defend me for a while" setelah itu mataku pejamkan. Mulut bergumam membaca mentera. Tidak lama setelah itu, Isya, Aider, dan ahli tgmg yang lainnya muncul dari lingkaran sihir berwarna ungu.

" UWAH! Apesal aku tetiba kat sini ni ?! " kata Rayan yang terjatuh pada tanah kerana tidak mendarat dengan baik.

" Jangan banyak cakap, pergi tolong diorang sekarang juga" arahku dengan dahi yang berkerut kesakitan akibat kesan sampingan menggunakan sihir tingkat tinggi

Bagiku, menteleportkan seseorang tidaklah sulit mana sekiranya mereka berada disampingku. Akan tetapi, aku agak sulit untuk menteleportkan seseorang secara paksa yang berada jauh dariku.

Apatah lagi dengan jumlah yang banyak.

Ini bukan kerana aku tidak cukup kuat, akan tetapi kerana kesan sampingan yang akan menimpaku yang membuatkan aku sering teragak agak untuk menggunakan itu.

Ini semua disebabkan sebahagian manaku yang disegel semenjak masih kecil.

Walau begitu, aku yakin ini adalah keputusan yang terbaik. Lawan kami bukan hanya mereka, bahkan dengan academy yang lain lagi. Kami tidak boleh menyia yiakan seluruh kekuatan kami pada satu hal sahaja.

Little Light In The Dark  | su - oe |Where stories live. Discover now