19 | Heart I

2.2K 171 11
                                    

Ktang!

PEDANG diletak pada tanah sambil punggung dilabuhkan pada kerusi yang disediakan. Lalu dua keping gambar diletakkan diatas meja.

Mereka semua yang duduk dimeja tersebut mengerutkan dahi.

"Ini.." Ujar gadis berambut coklat dengan teragak agak.

Aden Danelaw menganggukkan kepalanya.

"Yes, seperti yang korang nampak, masing masing kedua gambar ini adalah ketua tgmg dan penolongnya.

First, aku nak tanya korang. Agak agak 'heart' pada tgmg siapa? Pada ahli yang terkuat ataupun yang terlemah?" Soal Aden.

Jejaka berambut hitam disebelahnya mulai bersuara.

"Memandangkan terdapat penambahan ahli baru dalam tgmg, agak sulit untuk kita mengetahui seberapa sekuatnya kedua ahli baru tersebut.

Tapi setakat yang aku perhatikan, aku yakin bahawa gadis yang berambut hijau adalah yang terlemah. Akan tetapi aku masih belum mengetahui jika yang terkuat dalam tgmg adalah Prince Zen, ataupun leader baru tgmg itu."

Pantas Aden menepuk meja kuat.

"Exactly! Kita tidak tahu siapa yang terkuat antara mereka berdua jadi kita harus berhati hati. Aku nak pesan, jika korang berada dalam situasi dimana korang terserempak dengan salah satu ini dan jumlah korang kurang dari empat, sebaiknya korang lari.

Akan tetapi sekiranya jumlah korang melebihi empat, mungkin korang boleh mencuba nasib untuk berlawan dengan mereka." Pesan Aden tegas.

"Tapi kalau tgmg berkeputusan untuk tetap bersama macam mana? Aku tak rasa kita mempunyai peluang untuk menang." Ujar jejaka yang berambut hitam yang lainnya. Yang lainnya mengangguk menyetujui pernyataan berikut.

"Don't worry. I have a plans"

———⚔

Pertandingan sudah mulai. Aku melihat sekeliling sambil memakai gelang merah pada tangan ku.

Pertandingan hari ini mempunyai hanya dua peraturan. Yang pertama, dilarang menggunakan *sihir extreme.

Kedua, peserta dilarang mencederakan peserta lain yang boleh membahayakan nyawa peserta tersebut.

Selain kedua peraturan ini, yang lainnya adalah diperbolehkan.

"SO what's our plan? Stay together or what?" Soal Eka sambil merapati Zen.

"The best option is to staying together but if there's any of you who have other plan in mind, we can discuss. Right lyn?" angguk.

Tangan ku tepuk beberapa kali untuk menarik perhatian mereka padaku lalu berkata,

" Listen well, selepas berbincang, kami telah memutuskan peranan kalian berdasarkan kelebihan masing masing. Orang yang diperankan untuk menjadi attacker adalah Zen, rayan, Eka, Aider dan lisa.

Defender, Aryan, lily, isya. Manakala healer adalah jesyca dan aku. Sekiranya kalian akan berdepan dengan masalah yang sulit untuk diselesaikan, mungkin aku akan menolong.

Walaupun begitu, aku akan tetap memprioritikan peranan aku sebagai healer. Selain itu, mohon agar 'heart' sentiasa berada dekat dengan aku. Kalau tak pun, pastikan kau tak keseorangan."

Selesai menjelaskan, aku memberikan botol mineral ditanganku pada Jesyca yang kehausan. Namun belum sempat pun dia menggapai botol tersebut, cahaya putih menerangi kami. Lantas ku pejam mata.

Little Light In The Dark  | su - oe |Where stories live. Discover now