24 | " what did you say? "

2.3K 162 39
                                    

"JADI secara ringkasnya, terdapat 150 monster bertingkat tinggi di dalam sana dan semuanya telah kalian basmi? "

"Benar, oleh itu hutan tersebut kini selamat untuk dimasuki" balas Zen kepada soalan General Tony.

Aku yang sedang meminum air coklat suam sekadar merenung ke luar khemah yang menampakkan para magicians dan knights yang sedang melakukan pekerjaan mereka. Malas ingin ikut berbincang bersama mereka.

" Jadi sepanjang kalian disana, ada tak kalian jumpa sesiapa? "

Zen yang memandangku dari tepi, aku pandang sekilas lalu air di tangan aku letak di atas meja. Peta hutan tadi pula aku capai bersama-sama pen yang terletak diatas meja.

"Hanya ada 6 je yang aku kesan, mayat. 4 magicians, 2 knights. Yang lain tu pasti dah dikunyah monster that's why aku tak dapat detect diorang" ungkapku sambil membulat-bulatkan keberadaan mayat-mayat tadi pada peta yang dicapai.

Selepas itu pandangan diarahkan pada Rowan yang sejak tadi diam-diam menatapku membuatkan dia tersentak.

"?" Aku menatap tepat padanya.

"Err, kelmarin saya melihat ada dua lingkaran sihir berwarna ungu yang sangat besar sebesar hutan ni. Adakah sihir itu milik anda?" soalnya dengan penuh formal.

"Ya"

"Saya tahu bahawa lingkaran sihir yang pertama itu merupakan sihir pengesan tingkat 3. Tapi ini pertama kalinya bagi saya melihat lingkaran sihir anda yang kedua tadi. Sebenarnya, dari mana anda mempelajari sihir tersebut? Dari sumber mana?"

' walaupun ini pertama kalinya aku melihat sihir itu, aku dapat pastikan bahawa itu benar-benar sihir yang luar biasa. Bahkan jika aku tidak memasuki lingkaran sihir tersebut, aku tahu bahawa magik itu sangat menggerunkan berdasarkan auranya saja' fikir Rowan, teruja

"..." tanpa menjawab soalannya, aku memeluk tubuh seraya kepala disengetkan sedikit. Membuatkan Rowan tidak senang duduk. Setelah agak lama barulah aku kembali bersuara.

"Aku tak belajar sihir tu dari sesiapa pun, sebab aku yang ciptakan sihir tu. Sebab tulah takde sesiapa pun yang tahu tentang sihir ni selain aku"

sebenarnya sihir ni bukan aku yang cipta, melainkan orang tu. tapi memang benar bahawa tidak ada sesiapa pun yang tahu mengenai sihir ini selain aku dan dia.

"A-apa?! Cipta sendiri? Anda??" dia membuntangkan matanya, terkejut. Aku sekadar menjongketkan bahu, mengiyakan soalannya.

"K-kalau begitu, kalau anda tak keberatan, boleh tak ceritakan sedikit mengenai sihir tu?" dia menyoal dengan nada yang teruja sambil mengeluarkan buku nota kecil dan pen dari begnya dengan tergesa gesa

mulut berdecit perlahan.

"Why? That's my magic. i created it myself. beside, i can't see any reasons as of WHY i should told that to you" balasku dengan nada yang tegas.

Rowan menelan air liurnya kesat. Walaupun dia merasa gerun pada tatapan tajamku kepadanya, dia tetap memberanikan diri untuk bersuara.

"Tolong beritahu saya, saya mohon. Sihir yang anda ciptakan itu amatlah menakjubkan dan dapat memberi kebaikan yang banyak pada pihak kami untuk memusnahkan monster-monster yang tersisa di tempat yang lain. Tentu saja, sebagai gantinya, saya akan memberi anda wang yang berpatutan dengan maklumat yang akan anda berikan pada saya" dia cuba meyakinkan ku.

badanku peluk sambil nafasku tarik dalam.

'even if i told him about it, there's no way they can use this magic easily. it's require a lot of hardwork. but, that doesn't mean that i'm going to give up on the money'

Little Light In The Dark  | su - oe |Where stories live. Discover now