28 |

1.5K 143 15
                                    

NAFAS ku hela kasar apabila aku tidak dapat melelapkan diri. Jaket tebal yang ku letak pada kerusi dipakai. Selepas itu kaki melangkah menuju ke taman sebelah bilikku dengan senyap. Tidak ingin disedari ahli TGMG yang lain.

Punggung mulai dilabuh kan pada kerusi lebar mirip buaian sejurus mata dipejam. Kepala sibuk memikirkan pelbagai perkara.

Bongkar identiti dan.. Perperangan?

Berat saja keluhanku mengingati perkara tersebut. Kepala yang tidak gatal digaru kasar.

"Kau ada masalah ke lyn?" terkejut aku apabila disoal secara tiba tiba. Zen yang berdiri disamping kutatap dengan mata yang bulat. Lalu tanpa sebarang kata dia melabuhkan punggung disebelahku

"Sejak akhir akhir ni aku perasan yang kau macam serabut. Kau jarang makan sama ahli TGMG yang lain. Time pembelajaran pun kau asyik termenung" tuturnya perlahan. Aku terdiam sejenak.

"Sibuk betul kau dengan hidup aku ya?" Balas aku tidak lama kemudian. Dia hanya tertawa kecil.

"Mestilah.."

Diam.

"Lyn.."

"Hmm"

"Aku tak main main tau masa aku cakap yang aku suka kau" berkerut dahiku ketika dia mulai membahas soal perasaannya.

"Aku tak cakap pun yang kau buat lawak" Dia mengerling ku lalu menggelengkan kepalanya.

"Kalau aku lamar kau jadi kekasih aku.. Kau terima tak?"

"Hah?" Tersentak aku mendengar soalannya. Kekasih?

"Kau terima tak?" Soalnya lagi. Aku menarik nafas dalam. Ingin meredakan rasa gugup.

"Aku tak faham lah dengan kau ni. Banyak banyak perempuan luar sana aku juga yang kau suka. Aku bukannya layan kau dengan baik pun." Kataku perlahan. Pipi yang terasa berbahang ku usap perlahan.

"Aku suka kau.. Sebab kau menarik" Dia memandangku. Aku mengemamkan bibir apabila dia mulai mendekatkan wajah nya dengan ku membuatkan aku terundur. Dadanya ku tolak menjauhiku.

"K-kau buat apa ni bodoh?!" Cepat cepat aku berdiri. Zen yang sepertinya kembali waras hanya mampu meraup wajah nya kasar.

Dada yang turun naik kukawal. Dengan pantas aku meninggalkannya.

***

"WEH, tahu tak Lyn?"

Aku yang sedari tadi termenung tersentak. Jesyca yang sedang berdiri didepan mejaku, aku pandang bosan.

"Gosip apa lagi yang kau nak cerita dekat aku hah Syca?" Dia hanya tertawa mendengar bicaraku.

"Ni bukan gosiplah. Serius betul." Dia membulatkan matanya kearahku. Mencoba menyakinkan aku yang sepertinya tidak berminat terhadap gosipnya.

"Aku dengar, baru tadi ada beberapa pelajar disekolah kita nampak Prince Avden kat sekolah kita tau. Dorang cakap dia ada urusan dengan Pengetua kita" dia berkata teruja.

"Jadi?" Kepala diletak atas lengan sejurus mata dipejam. Jesyca melopong kan mulutnya

"Jadi?? Aih kau ni lyn coba lah berlagak teruja sikit. Sakit tau mata aku nampak kau berperangai macam mayat hidup ni!" Rungutnya. Bahuku digoncang goncangkannya.

"Mata kau yang sakit bukan mata aku. Buat apa aku nak kesah. "Balasku selamba. Dia ku jeling. Namun mataku terhenti ke satu arah. Zen yang kini sedang menatapku dari mejanya ku pandang seketika. Sebelum cepat cepat kualihkan. Kejadian semalam masih segar diingatan.

"Jahat lah kau lyn. Ni, kau dengan Zen ada apa apa hubungan ke?" tergamam aku dibuatnya taktala mendengar kata katanya sebentar tadi.

"Kau ni tak habis habis merepek lah. Aku mana ada hubungan dengan dia."

"Yeke? Tapi asal aku macam perasan yang kau dengan dia asyik asyik berkepit eh?" dia tersenyum sumbing melihat perubahan riakku.

"Aku kan leader dia tu co-leader. Memang lah kami asyik berkepit sebab banyak perkara nak bincang. Dah lah! Kau cakap lagi pasal ni nanti awas eh, aku pukul kau tak lama" ugutku kasar. Badan dia ku tolak jauh. Jesyca tersengih.

"Macamlah dia sanggup nak tampar kite. Dia kan sayang kite" Ujarnya sebelum pantas berlalu dengan tawa riang. Nafas ku tarik dalam sebelum kaki melangkah keluar dan menuju ke taman sekolah.

Dalam saat saat serabut macam ni, pergi ke taman untuk tenangkan fikiran adalah yang terbaik!

Tapi belum sampai pun aku kat bangku taman, aku dah nampak dah Eden. Dia duduk diatas bangku yang disediakan kat taman sambil termenung. Aku membalik kan badan. Tidak jadi untuk ke taman.

"Eh, lyn!" Terhenti gerakanku. Eden yang sedang melambai kearahku dengan satu senyuman ku pandang. Senyuman hambar ku beri sekadar untuk membalas senyuman nya.

"Oh hai, tuanku" Berubah riak Eden mendengar perubahan panggilanku terhadapnya. Namun cepat cepat dia mengubah kembali riaknya. Senyuman kembali meniti dibibirnya.

"Kenapa berdiri saja kat situ? Meh lah, temankan saya duduk kat sini." Dengan penuh tidak rela aku memgikuti katanya. Tempat disebelahnya aku ambil.

"Lyn, panggil saya Eden macam biasa ye. Jangan panggil saya tuanku" Pelik aku mendengar katanya.

"Apasal pula? Pangkat tuanku lebih tinggi dari saya tau.Saya ni hanya rakyat biasa. Tidak layak untuk memanggil tuanku dengan panggilan rapat seperti itu" tuturku bersahaja. Dia mengeluh perlahan.

"Lyn, boleh tak lyn jujur dengan saya?" Dia memandangku redup.

"Haa?"

"Siapa lyn?" berkerut dahi ku mendengar soalannya. Siapa aku?

"A-aku siapa?" Gugup.

Dia mendiamkan diri seketika sebelum memegang kedua bahuku. Badanku kaku. Terkejut dengan perilaku Eden yang mendadak berubah.

"Listen, you're Princess Erea. The little sister of me, Avden Verend. The only daughter of King Avrin and Queen Verena. Do you remember?"

"Hah?" riak terkejut kuberikan. Namun tidak lama riakku berubah datar. Tangan Eden yang memegang bahuku aku tolak agar tidak terus memegangnya.

Niatku yang pada awalnya ingin terus berlagak tidak tahu terhadap Eden berubah taktala mengingati nasihat Arele.

"Aku tahu.." ucapku perlahan. Senyuman nipis diberikan. Eden tergamam seketika. Dia memandangku tidak percaya?

"Lyn- dah tahu?" Angguk.

"Sejak bila?"

"Sejak aku aktifkan kuasa kat Dark Forest" sekali lagi dia terkejut..

"Lama dah lyn tau??"

Aku menggaru kening yang gatal sebelum mengangguk perlahan

"Aku sebenarnya bercadang untuk bongkarkan identiti dalam masa terdekat tapi takpelah. Kau boleh tak temankan aku jumpa uncle besok? Ada perkara penting untuk dibincangkan" Eden mengangguk faham. Bahuku ditepuknya perlahan.

"Nanti abang temankan" Berbahang pipiku mendengar panggilan abangnya. Perlahan kepala ditundukkan bersama senyuman yang melebar.

Tidak jauh dari kami, berdiri seorang jejaka yang sedang berpeluk tubuh sambil badannya disandarkan pada dinding. Matanya datar memandang segala kelakuan aku dan Eden. Dia mengetap bibirnya kuat. Sebelum berlalu pergi.

Simple and hambar duh

Little Light In The Dark  | su - oe |Where stories live. Discover now