12 | midlee

2.3K 183 4
                                    

Beberapa buku yang berada didalam laci meja dikutip lalu dimasukkan kedalam beg. Jesyca yang masih memasukkan barangnya kedalam beg ku pandang dengan tangan yang dicekak ke pinggang

Tok! Tok!

Mendengar ketukan itu, semua murid yang berada didalam kelas, termasuk aku memandang ke pintu kelas. Berkerut dahiku melihat kedatangan mereka ke kelas ini.

"Hai lyn, syca. Dah siap ke? Kami datang nak jemput" selepas Isya mengatakan itu, kelapan mereka, tanpa malunya menuju ke belakang kelas, iaitu tempat kami berdua.

Keluhanku lepaskan. Kalau nak jemput pun, seorang dua jelah. Apa pula nak ramai ramai. Wajah masam Lisa dan Rayan ku jeling. Jesyca yang sudah siap mengambil barangnya ku kerling seketika.

"Dah" beg diangkat dan diberikan pada Zen yang sudah menghulurkan tangannya. Beg milik Jesyca pula diangkat oleh Aider.

Hari ini, memandangkan aku dah Jesyca sudah menjadi ahli rasmi TGMG, kami pun harus wajib memasuki elite class khas untuk kumpulan itu.

Awalnya memang membantah, tapi bila aku fikirkan lagi, okeylah juga. Kat kelas tu akan ada sepuluh orang je. Guru pun jarang masuk.

Dan sepatutnya, kami tak perlu pergi ke academy sebab Yesra dah kosongkan jadual untuk empat bulan. Tapi hari ni terpaksa juga pergi academy untuk ambil barang aku dengan Jesyca kat kelas 2C dan pindahkan kat kelas TGMG.

"haa, must be good"

Bisik bisikan berbunyi diseluruh pelusuk kelas bahkan setelah kami keluar dari kelas itu. Setibanya kami tiba di kelas TGMG yang berada di tingkat teratas block A, kening ku angkat tinggi

wow~ such privileges is unbelievable

Kagum sedikit taktala melihat tidak ada satu kelas pun selain TGMG ditingkat ini. Kelas dimasuki,

"kau nak duduk mana Lyn?" tanya isya. Mata meliar kesekeliling kelas.

kelas pun Bukan main besar lagi.

Lalu Syca di pandang. Apabila melihatnya duduk berdekatan Isya dan Eka, nafasku hela sedikit lega. Sekurang kurangnya dia takkan diganggu oleh Lisa dan Rayan.

Melihatkan meja kosong dibelakang dan berdekatan tingkap, aku memilih itu. Zen lantas meletakkan begku disana. Setelah itu, beberapa barang yang didalam beg dikeluarkan dan diletakkan kelaci.

~~~

Kedudukan meja.

(meja guru)                                           (pintu depan)

(Rayan)       (lisa)        (lily)        (Jesyca)

(Zen)          (aider)      (Eka)         (Isya)

(Lyn)                                          (Aryan)

                                                               (pintu belakang)

~~~

***

Four months later

"ESOK kita akan pergi ke Midlee menggunakan Feri yang sudah ditempah. Zen, saya nak kamu ambil kad ni. Ini adalah kad rumah yang dibeli Academy untuk TGMG. Rumah ini berada tidak jauh dari stadium perlawanan.

Kamu jangan risau tersesat sebab kad ini mempunyai magic didalamnya. Ia membolehkan kamu untuk mengesan kedudukan rumah tu nanti" kad ditangannya dia beri pada Zen.

Little Light In The Dark  | su - oe |Where stories live. Discover now