10 | my guardian

2.4K 200 7
                                    

"GUARDIAN ? " gumamku perlahan.

Tidak lama dahulu, guardian adalah makhluk suci yang dimiliki setiap magician. Populasi mereka sangat banyak hingga boleh menyamai populasi manusia di dimensi Ligdar.

Namun, disebabkan mereka adalah satu satunya makhluk dari dimensi Veel yang mudah ditemui di dimensi Ligdar, mereka diburu dan dijual dipasar gelap.

Ada juga beberapa manusia yang menangkap guardian untuk dijadikan bahan kaji.

Bagi guardian, satu satunya cara mereka datang dan pergi dari dimensi Ligdar adalah melalui kebenaran Owner mereka. Akan tetapi, tidak kira apapun perintah Owner, makhluk dimensi Veel terutamanya guardian, hanya boleh berada di dimensi Ligdar selama 3 hari.

Sekiranya mereka menetap lama melebihi 3 hari tersebut, badan mereka akan perlahan lahan terbakar dan menjadi debu. Guardian yang mati di dimensi Veel akan dihidupkan kembali dalam badan guardian yang baru. Akan tetapi guardian yang mati diluar dimensi Veel akan mati dan tidak akan pernah mendapat peluang untuk hidup kembali

Sebab itulah, jumlah guardian pada waktu kini sangat sedikit. Ianya bahkan tidak melebihi jumlah 50. Kini, yang dapat memiliki guardian hanyalah manusia yang mempunyai mana yang banyak.

Semua manusia mempunyai mana didalam badannya walaupun hanya sedikit. Tetapi bergantung pada mananya, tidak semua manusia boleh menggunakan kuasa sihir. Semenjak lahir, manusia yang mananya melebihi garis normal automatic akan diberi guardian. Namun, mereka belum boleh bersemuka hinggalah Owner mereka genap umur 19.

Now that i think about it, its been 2 weeks since I've officially become 19 years old.

Kyle ku pandang.

"So you're, the one who always watching me." kataku dengan sedikit helaan nafas. Dia tersentak sebelum menundukkan kepala 

"I-i'm sorry." tuturnya dengan suara serak

"hm? " dahiku kerutkan, bingung mendengar dia meminta maaf secara tiba tiba.

"I'm sorry, the day when Darbello attack you at the village, when the people mocking you– I'm sorry  i didn't help you! " dia membongkokkan badannya. Kedua tangannya memegang sisi baju dengan erat.

Mendengarkan itu, raut wajah ku lantas berubah. Jantung berdegup kencang, bunyi desingan yang kuat menyerangku.

Darbello.

Ah, mendengar namanya saja membuatkan aku beriaksi seperti ini. Dengan perlahan, nafasku tarik dalam. Berusaha untuk tenang.

"hah, stop right there. don't talk about it anymore. i hate it " ayat terakhir ku tekan. benar benar membencinya. Sebelah tangan menutup wajahku manakala yang satu lagi dicekak pada pinggang.

"lagi satu kau kena ingat, time tu kau tak tolong aku sebab kita masih belum dan tidak boleh bersemuka. Bukannya sebab kau taknak tolong aku. Jadi tak payah mengada nak salahkan diri kau" balasku.

Lagipun, time tu aku masih lemah. Kalau ada kau pun, kita boleh kalahkan Darbello.

"mm? Kau tau yang aku tak boleh jumpa kau hingga kau umur 19?" soal nya pantas. Kepala ku angguk

"Aku baca buku 'The Veel Dimension' kat library istana Gisherd"

Kyle mengangguk perlahan. Mungkin kerana dia pernah melihat aku pergi ke istana tersebut dahulu. Manakala Yesra membuntangkan matanya

"ha?! Istana Gisherd? Macam mana kau boleh pergi sana? Diorang tak halau kau ke? "

"tak, sebab aku sorok sorok pergi sana waktu malam" jawabku selamba. Yesra membuka mulutnya sedikit, masih terkejut.

Little Light In The Dark  | su - oe |Where stories live. Discover now