22 | " i won't leave you "

2.1K 172 29
                                    

MALAM yang sepi, disaat semuanya sudah lena dibuai mimpi, aku berbaring diatas bumbung banglo tgmg. Menikmati suasana malam sambil menatap langit yang gelap tanpa sebarang bintang.

Tap,

"Can't sleep?"

Zen yang sedang berdiri disebelahku, aku pandang dengan ekor mata.

"Will the assassins come again today ?" Soalku tanpa menjawab soalannya.

"Yah. Salah satu bawahan aku bagitau yang assassins akan datang hari ni dan esok lusa " jawabnya sambil menunjukkan pedang yang dia pegang. 

" Kau tau tak siapa dalang semua ni?"

Dia diam seketika sebelum menjawab.

"...ya "

Mendengar jawaban tersebut, dahi ku kerutkan.

"Dah tu kenapa kau tak bunuh je dia? At least diorang tak datang lagi setiap hari untuk bunuh kau " aku menyuarakan pendapat ku.

Tidak dapat memahami kenapa Zen tidak membunuh si mastermind walaupun dia peka akan identiti si mastermind.

Kalau itu aku, tak payah tunggu satu hari, dua hari. Aku tahu je siapa dia terus aku bunuh hari tu jugak. Menyusahkan.

"I couldn't. I just... don't have the courage " keluhan kecil dia lepaskan seraya melabuhkan punggungnya disebelahku.

Dia yang sedang memandang ke atas langit ku tatap, lama.

"... Susah sangat ke kehidupan didalam istana? Kehidupan sebagai seorang putera makhota ? " Melihat dia mengukir senyuman nipis, kening ku angkat sedikit.

"I–" 

Ting !

Bunyi dentingan berlaku apabila pedang milik Zen berlaga dengan pedang milik si assassin yang bertindak untuk menyerang hendap Zen .

Zen pantas berdiri ketika tamu yang dinanti-nanti akhirnya tiba.

"Ah, lyn. Maaf. Aku urus diorang dulu, lepas aku selesai aku akan jawab soalan kau, okay? " usai berkata, dia kemudiannya bertarung dengan para assassin tersebut.

Tanpa menghiraukan pertarungan mereka, aku kembali berbaring sambil memejamkan mata.

Terdapat juga beberapa yang menghampiriku, mungkin ingin menjadikan ku sebagai hostage. Tapi cekap saja Zen menewaskan mereka sebelum sempat mereka menyentuh walau sehelai pun rambut ku.

Selesai mengalahkan kesemua, Zen menghampiriku lalu meletakkan pedangnya disebelah ku.

"Please wait for a bit. I'll make some warm water first."

Setelah kepergiannya, muncul beberapa orang berpakaian serba hitam dan memungut mayat-mayat assassin tersebut. Sebahagiannya pula membersihkan darah-darah yang terpercik menggunakan sihir.

Aku sekadar memandang perilaku mereka kerana sepertinya mereka tidak mempunyai niat untuk melawanku.

Setibanya Zen di atas atap dengan dua cawan ditangannya, orang-orang tersebut pantas membongkokkan badan mereka sebagai tanda hormat dan pergi menggunakan sihir teleportation setelah diarah Zen.

Little Light In The Dark  | su - oe |Where stories live. Discover now