23 | reverse technique

1.9K 141 21
                                    

Boom !

PELUH yang membasahi wajah aku lap menggunakan hujung lengan baju sambil memandang Zen yang sedang berlawan dengan monster-monster tidak jauh dariku.

"This is bad..." keluhku sambil bertarung dengan monster yang tak habis-habisnya menyerangku.

Aku sebenarnya tak nak ambil kisah pun dengan si Zen tu.

Tapi cuba kau bayangkan kalau dia mati dibunuh monster, siapa dapat masalah? Aku juga kan. Sebab kami berdua yang urus mission ni tapi yang royalty mati, padahal yang commoner pula hidup. Kalau dari segi pandangan umum, mesti diorang sebulat suara nak Zen hidup daripada aku. Apatah lagi rakyat kerajaan Atleand.

Dia tu dahlah keturunan diraja, satu-satunya pewaris takhta kerajaan Atleand. Dengan kekuatan aku yang sekarang, manalah aku dapat lawan satu kerajaan tu.

"Urg..! Whatever, i'll just forcefully teleport him out from here " Tak betah ingin risau lagi, telapak tangan ku arahkan padanya yang sibuk bertarung. Belum sempat pun aku selesai membaca mentera, salah satu dari berpuluh-puluh monster tersebut menyerangku secara tiba-tiba dari belakang.

Disebabkan tadinya aku terlalu sibuk membaca mentera, serangan monster tersebut tidak dapat ku elak dengan baik. Hasilnya, aku terlempar sejauh 20 meter dari tempat asalku.

Kelopak mata ku buka, selepas itu mata ku pejam dan buka, pejam dan buka. Terasa silau.

Badanku yang berlumuran darah ku tatap, lalu pandangan ditujukan pada persekitaran ku.

"Did I just fainted?" tuturku perlahan. Walaupun hanya beberapa minit, tapi aku yakin aku telah pingsan. Gigiku ketap kuat

"This is why I f*cking hate to forcefully teleport someone ! " gerutuku, kesal.

Menteranya bukan main panjang nak baca, sempat lagi aku mati tadi.

Perlahan aku berdiri, darah yang tak segan-segan keluar secara membuak-buak dari badanku serta merta terhenti selepas aku menggunakan sihir penyembuh untuk diriku.

"Lyn!" Zen yang tiba-tiba muncul dihadapanku menggunakan sihir teleportnya memegang kedua bahuku.

"Apa?" balasku sepatah secara acuh tak acuh.

"You're bleeding"

"I am not"

"YOU ARE!" ujarnya dengan mata yang bulat sambil melihatku dilumuri darah

"I AM NOT! I'VE HEALED MYSELF EARLIER! " berasa geram, dia ku tolak kasar ke tepi untuk melihat para monster yang laju menuju ke tempat kami

Monster yang tadi berpecah kumpulan kerana berlawan dengan kami kini mulai bergabung untuk menyerang kami.

"Why so manyy" rungut ku sambil menghala tangan kearah para monster tersebut.

"Luros, Dae, Idante !" serta merta selepas ku ucapkan mentera tersebut, monster yang maju mendekati kami terbelah-belah kepada beberapa bahagian, darah mulai membasahi tanah.

"You.." Zen yang terkejut ku kerling sebentar.

"Why? Does this look disgusting for you?" tuturku dengan senyuman sinis sambil mengelap darah yang ku batukkan sebentar tadi.

Monster yang masih banyak ku pandang dengan dahi yang berkerut.

Padahal aku sudah menggunakan sihir yang kuat, namun jumlah mereka malah hanya mengurang separuh. Kalau aku tahu akan jadi macam ni, baik aku guna dengan kekuatan penuh.

Little Light In The Dark  | su - oe |Where stories live. Discover now