17 | ' luros, dae, idante '

2.2K 188 13
                                    

MULUT menguap sambil kaki menuruni tangga. Mata ku tancapkan pada ahli tgmg yang sedang berkumpul di ruang tamu membicarakan sesuatu hal dengan wajah yang serius.

Sejurus menyedari kehadiranku, Jesyca berlari padaku dengan wajah yang cemas.

"Lyn! Ada berita yang gempar! "

"kenapa? " soalku pelik melihat raut wajah tidak senang mereka

"Sherly's dead!" tuturnya dengan mata yang bulat. Lantas aku berkerut, tidak percaya.

"..What? "

padahal baru je malam tadi aku jumpa dia..

"Pengetua datang sini tadi bagitau yang Sherly Franza dah meninggal. Melihatkan posisi dan keadaan badannya mereka yakin kalau dia dibunuh. Tidak ada apa apa bukti kehadiran orang lain disana jadi kes ini akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan" jelas zen.

bibir ku ketap sedikit, merasa cemas kerana teringatkan amaran sherly malam tadi. Lihatlah, kami semua telah berkumpul dalam satu tempat akan tetapi sedikitpun aura khas seorang Achlysian tidak ku kecam.

Setakat ini hanya ada dua orang saja yang ku yakin bukan seorang achlysian. Jesyca dan Zen. Bermakna, selain kami bertiga, tujuh orang lainnya adalah ancaman.

Nafasku tarik dalam.

Soon, all of this gonna be really troublesome

————⚔

Tik, Tok, Tik, Tok

DITENGAH malam ini dimana kesemuanya sudah lena dibuai mimpi, suasana sunyi dan hanya detikan jam di dinding yang kedengaran.

Aku yang tidak dapat melelapkan mata berbaring diatas katilku sambil mata tertuju pada siling.

Sherly Franza.

berita mengenai kematiannya masih terngiang-ngiang di telinga

'what's the point of sparing her life if she's gonna died in someone hand anyway?'

gerutuku tidak puas hati.

Wajah uncle Sherly yang kutemui 6 tahun lalu terbayang dalam fikiran.

Walaupun 6 tahun sudah berlalu, aku masih mengingati kejadian yang berlaku pada waktu itu dengan jelas kerana kejadian itu adalah kejadian dimana aku membunuh Achlysian untuk pertama kalinya. Bahkan dengan jumlah yang banyak.

--flashback

"That's her! We finally find her" tutur salah satu dari mereka dengan nada yang gembira

"Ahh, akhirnya pencarian kita selama sebulan berakhir juga!"

Badan ku pegun melihat banyak orang berbadan lebih besar mengelilingi ku.

"Achlysian..?" tutur ku perlahan dengan nada tidak percaya taktala melihat simbol mata yang terdapat pada tangan, kaki, muka dan badan mereka

"Kita cuma perlu bunuh dia dan bawa badan dia kehadapan lord Darbello kan?" seusai soalan tersebut kesemua mereka mulai berbicara sesama sendiri mengakibatkan suasana menjadi bising.

Bunuh? Diorang nak bunuh aku?

badan mulai menggeletar. hampir saja aku jatuh terduduk akibat kekuatan kaki yang sudah tidak kuat

aku dikepung. macam mana aku nak lari?

teleport? tapi aku tak tahu apa formula sihir teleport

padahal tujuan aku kesini hanya untuk mengutip herba, namun mengapa semua ini berlaku pada ku

" pasti lord Darbello akan senang hati dan memberi imbalan yang lumayan sekiranya kita menghantar mayat budak ni kat depan dia" serentak itu kesemua mereka menatap ku

Little Light In The Dark  | su - oe |Where stories live. Discover now